Sweet Escape~Honeymoon~


ya,kami ke Krabi,Thailand untuk honeymoon.beli tiket last minit.harga tak tau sebab suma en adha yang sponsor.hahaha...kalau tanya kang,dia ingat aku nak bayar plak.kami fly 3 Mei lepas kenduri umah en adha.naik AirAsia.pack barang pun last minit..

 
    gambar-gambar gedix kami ;P

Flight tengahri.kami penat sangat sebenarnya.so,dalam flight kami tidur.tapi,flight kejap je.tak sampai 2 jam pun.sampai je,terus cari information center.oh ye..kami tak book hotel pun.sampai sana baru terkedek-kedek cari hotel.kami memang sempoi.hahahah...mula-mula en adha agak takut gak idea gila aku yang nak book hotel kat sana je...tapi sebab percaya idea gila aku selalu menjadi.so,dia pun layankan je.hahahha...thanks hubby..
after dapat hotel,kami terus ke sana.amik taxi dari luar airport kena charge dalam 600 baht.tapi aku negotiate,dapat 500 baht.ingat nak sempoi naik bas je.tapi en adha cakap jangan nak wat gile..beg kitaorg banyak.hahaha...
kami stay kat aonang beach.nama hotel tu Aonang Buri Resort.cantik!!betul-betul depan laut,tapi still kena cross jalan la.
kami dapat harga promo 2000 baht/night.lebih kurang   RM200/malam.kami honeymoon 4H/3M.Sampai je time tu dah petang.Waktu kat Krabi ni sejam lewat dari kita di Malaysia.Lepas check in,kami mandi and terus tidur.memang penat tak tau nak cakap.sedar-sedar dah nak malam.lepas makan dalam bilik,kononnye nak jalan tepi pantai.tapi apa pun takde.heheheh...dah malam katanya.but,kami tetap lepak kat tepi pantai sambil minum air kelapa and blended.wahhh...sangat sedap..felling2 romantik la kononnya.ahakssss....

Lepas je minum air kelapa,kami pulang ke hotel.terus ambil pakej tour untuk esok.dalam banyak-banyak pakej,kami tertarik nak amik pakej Phi-Phi Tour.aku pun dah tak ingat details tour tu.pamplet dia hilang masa  tour itu hari.huhuhuh....yang aku ingat ada 5 tempat kami pergi.ada 3 tempat snorkeling.aku sebenarnya tak suka snorkeling,so,aku hanya jadi photographer untuk en adha..


en adha sedang bersnokeling

air yang sangat jernih

beliau dulu ahli angkat berat.sila jangan percaye ;P

chicken island

kami dah kawen ye ;P

Tour ni lengkap dengan makan dan insurans.so,tak perlu nak takut.tour mula pukul 9 pagi and habis pukul 4 ptg.memang enjoy sangat2.esoknya,kami sewa motor skuter.sudah tentu en adha yang bawa.saya tak tau bawa motor.hahahahah...kami wat tour sendiri.pusing sepanjang Aonang beach and berjalan sepanjang kedai-kedai sambil cuci mata.
kat sini agak susah nak communicate.mereka tak berapa pandai speaking in english.so,kalau nak nego harga,mula la tekan calculator.waduhh...udah macam ayam dengan itik.harus diingat,harga tak murah mana pun.kami beli banyak gak souvenir untuk kawan-kawan and family.siap tukar duit lagi kat sana.al-maklum la dah ada 2 family.T-shirt paling murah pun RM15.tu dah habis nego.mahal-mahal pun,banyak gak aku borong.hahahha..en adha siap sound,nak g honeymoon ke nak g shopping..ampunkan saya ;P
 Bab makan plak,takde la susah sangat nak cari yang halal.sebab majoriti kat sini adalah islam.aku memang suka makanan Thai especially tomyam.memang heaven aku rasa.pastu,kami ada gak try makan pancake yang amat famous kat sana.memang sedap.siap boleh pilih flavor.tapi kami rasa banana paling sedap.lagi satu makanan yang harus dicuba ialah Pad thai. Last day kat sana,kami sewa lagi motor.still shopping.nak habiskan duit Thai.simpan pun watpe kan.then,kami ronda-ronda wat photo shoot..wahhh...macam artis plak.hehehhe...





Overall kami amat berpuas hati.aku paling happy sebab en adha sanggup layan pilihan destinasi honeymoon ni.aku yang paksa g Krabi.hahhaha...paling best bila en adha cakap nk datang lagi.yahoooo!!!!kepada bakal pengantin yang masih cari tempat honeymoon tu,aku suggest g Krabi.memang berbaloi ;P


Bon Voyage ;P





1 comments: (+add yours?)

IRYANI ALIAS said...

sepi je blog..bz kah? or tak sihat pening2 muntah2 kah..heheheh..

Post a Comment

any idea or comment?just drop here