Perkara remeh yang penting semasa kenduri kawin

Aku sebenarnya tak tau tajuk apa yang sesuai nak letak.So,jadilah seperti tajuk di atas.Tajuk x penting,yang penting isi entry nya,betul tak?Aku nak share apa yang aku rasa agak penting dalam sesuatu kenduri kawin tapi agak tak diambil berat oleh kita.Sebagai seorang ex-bride aku pun tak rasa wedding aku haritu perfect.Masih ada cacat cela di sana sini tapi aku akan share kat sini supaya dapat jadi panduan kepada bride 2 be yang lain.Ini juga adalah pengalaman aku sebagai pengunjung tegar ke majlis kawin kawan-kawan.


-Pengantin please be punctual.Ni memang penting.Sebab aku pernah pergi kenduri yang orang terpaksa tunggu pengantin berjam-jam.Dalam kad tulis pengantin bersanding pukul 1,tup-tup pukul 2 baru sampai.Kena ingat,tetamu yang datang tu mungkin dari jauh or ada kenduri lain nak attend.Kalau yang datang tu kawan kita,sure kesiankan diaorang nak kena tunggu lama-lama.So,what we can do,before print card make sure dah inform semua yang terlibat,FIL,MUA and others.Discuss pukul berapa agak-agak waktu yang sesuai untuk bersanding.Kalau rasa pukul 2,tulis dalam kad pukul 2,so orang takkan tertunggu-tunggu and kawan-kawan pun boleh plan pukul bape nak datang.If ada pasangan yang munkin berlainan negeri,may be boleh datang awal sehari or plan your journey earlier.Mungkin ada yang rasa kita ni Raja Sehari orang tak kisah,tapi kena ingat gak,tetamu kena dahulukan.They make an effort utk datang, so layan tetamu anda jayanya :-))


-Situasi di atas adalah sambungan di sini.Ermmm..kebiasaannya ada antara kita yang akan datang awal sebab dah janji dengan kawan-kawan lain sedangkan pengantin hanya akan muncul sejam selepas itu.Makan sudah, tapi takkan nak melepak-lepak di meja sedangkan tetamu lain sedang tercangak-cangak nak cari meja kosong.Korang pernah tak kena camni??Jadi berlaku la senario gadis-gadis comel berdiri di tepi-tepi khemah tunggu pengantin.Untuk mengelakkan ini berlaku,why not korang sewa extra kerusi dari orang khemah.Then,letak je kerusi tu kat tepi-tepi  khemah or kat tempat yang teduh skit.Takde la orang berdiri lama-lama especially kalau tetiba pengantin datang lambat.


-Pesan kat DJ bertugas jangan la pasang lagu kuat-kuat. Pernah aku g 1 kenduri ni,punya la kuat dia pasang lagu sampaikan nak cakap pun terjerit-jerit.Suruh DJ tu test sound system betul-betul.Kalau kenduri korang ada karaoke,cari la yang suara sedap-sedap ye.Macam aku haritu,aku memang x benarkan karaoke.hehehe...Rosakkan mood aku je kang..


-Kat meja beradap tu tak yah la makan macam dah takde makanan nak makan lepas tu.Makan just untuk alas perut cukup la. Sebab apa aku cakap camni sebab time ni ramai yang tunggu pengantin untuk bersalam and ambil gambar.Kesian kat tetamu tunggu kita lama-lama.Aku haritu memang makan sikit sangat.Asyik sound en adha suruh cepat sebab aku tak sampai hati tengok kawan-kawan aku kat belakang khemah tengah tertunggu-tunggu.


-Masa bersanding after dah tepung tawar and ambil gambar dengan family,may be boleh terus proceed dengan acara bersantap.Pesan kat photographer post-post korang berdua kat pelamin buat after tetamu dah kurang.Tak perlu la nak amik time tu gak.Korang pun sure malu-malu kambing nak wat pose-pose manja depan orang kan.Apa yang aku cuba sampaikan ialah,sila fikirkan pihak keluarga lagi 1 iaitu family mertua kita.Sure semua dah lapar time tu.Ni nak kena tunggu plak pengantin bergambar bagai baru nak makan.Maybe ada yang datang dari jauh.Photographer sure faham cuma inform earlier pasal tentative wedding korang.


-Assign ahli keluarga yang boleh diharap untuk terima hadiah dari tetamu.Selalu terjadi sampai kenduri tak tau nak bagi hadiah kat siapa.terpaksa la pegang sampai jumpa pengantin sendiri.Ada setengah malu nak masuk rumah especially kaum lelaki.Aku pernah kena masa g kenduri kawan en adha.Last-last aku yang masuk rumah sedangkan mak pengantin pun aku tak kenal.Macam kenduri aku haritu,kawan-kawan aku yang kena kerahan tenaga untuk terima hadiah.Tapi disebabkan diaorang tak larat nak ulang alik masuk dalam rumah bawa hadiah,last sekali diaorang bawa keluar meja dan letakkan kat tepi meja guest book.So,may be ini boleh diaplikasikan dekat majlis korang ;P


-Cari pengapit yang senang korang nak berkomunikasi.ermm..dalam erti kata lain yang korang rapat.Make sure dia jalankan tugas dengan penuh tekun.Jangan jadi cam kawan aku,pengapit sampai lambat.pengantin dah nak berarak baru terkedek2 nak datang.


Setakat ni jela kot.Ni je yang aku dapat fikirkan. May be ex-bride lain ada benda yang lain yang boleh share lagi.Kita hanya rancang,kadang-kadang kita dah plan seeloknya,tapi still ada benda yang tak sepatutnya terjadi.Pada aku,kalau kita dah plan sehabis baik yang selebihnya serahkan pada-Nya.Redha dan pasrah saja, yang penting majlis kita berjalan lancar.Kita hanya merancang Dia yang menentukan-Nya.. :-))


p/s:terima kasih pada follower baru saya Mama Hasya.Nanti saya link awak ye ;P

1 comments: (+add yours?)

harzharun said...

sutuju sgt sal jgn pasang lagu kuat2 tu....dah baca my entry sal yellow wedding tu?..hah, mjlis tu mmg gamat dgn lagu & DJ...nk bcakap pong susah...xtau la kot sbb kawasan kecik, tu yg jd sgt bising...

hurmmm, perkara remeh lain yea...

Pengantin, senyum yea....senyum dgn gembira & ikhlas...jgn kontrol ayu...Datin Dr Halina pong x kontrol...sempat lambai2 lg...xsalah rasanya buat g2..sbb dat is the best way to thanx people who attend...nak gi salam, jauh...so, senyum n lambai je la...

Satu lagi, kalo mjlis buat di rumah, pastikan tetamu xtertukar kasut or selipar...pesan kat sedara2, tlg la tolong makcik yg tcari2 sliparnya...hahaha...it happens to me!...my bos balik dgn kasut yg berlainan sebelah...hahaha!!

Post a Comment

any idea or comment?just drop here