Pernah Makan KODOK goreng tepung??

Semalam aku blog walking.Then,baca blog ajjah.Dia minta advice pasal trip to Jakarta.
So,memandangkan aku dah pernah g sana dua kali,aku cadangkan dia g Mayestik.Makanya,aku pun dok terimbau kenangan silam masa aku g sana.


Second trip aku g dengan makcik aku,mama aku n KKS(kawan karib selamanya) aku yah.Mayestik ni memang terkenal dengan segala macam kedai kain.Sepanjang jalan kedai kain.Lace berlonggok-longgok.Bukan lagi rambang mata,mau terkeluar biji mata.hhahaa...Trip kali ni adalah untuk misi mencari kain baju pengapit,kain baju melayu untuk jejaka dalam family aku dan kain untuk dayang-dayang yakni KKS aku.


Gambar tidak dapat disertakan kerana kemungkinan camera untuk tertinggal di kedai kain adalah tinggi.Takde sape ingat camera or aktiviti bergambar bila dah nampak kain yang lebih menarik perhatian.Setelah penat menghabiskan duit berjuta-juta,baru rasa lapar.Maka,pencarian kedai mengisi perut pun bermula.


Pada aku,agak sukar untuk jumpa kedai makan yang sedap kat jakarta compare to Bandung.Tapi akhirnya,berjaya menjumpai kedai yang menepati piawaian Pn Hamidah(mama aku).Lagipun,kata mama mesti halal sebab pekerjanya pakai tudung(tipikal la kan.pakai tudung je islam.Kot orang tu botak,nak cover,pakai tudung ;-)


Dapat menu semua muka cam dapat emas.Lapar siot...Mama paling excited rasanya.


Mama : na,mama nak air orange jus (jauh-jauh datang,order fresh oren je..ceett).Makan,kome(cakap perak yang bererti korang) order le apa-apa.Mama tak kisah
Aku : mama, nak makan KODOK tak?
Yah : wei,kat sini pun ada jual cekodok (cucur) ke?(sambil wat muka blurrr)


Apa kejadah ada menu cekodok kat jakarta.Siap ada dalam menu KODOK goreng tepung,KODOK masak cili, sup KODOK.Lepas je yah cakap camtu,aku terus bantai gelak.


Kodok (bahasa Inggris: frog) dan katak alias bangkong (b. Inggris: toad) adalah hewan amfibia yang paling dikenal orang di Indonesia(sumber yang dipercayai)


sayalah en KODOK bukan cekodok ok 


Aku : KODOK tu katak la wei....
Mama: eiii..jom le kita balik.Kembang tekak mama.Terus hilang rasa lapar..


Kami semua bantai gelak kat situ.Mama aku ada allergic kat binatang macam cicak,katak,tikus.Pernah je dia buang mug sebab ada cicak mati dalam tu.Kalau ada cicak tersesat dalam sink,dia sanggup tak g dapur langsung.Berbalik pada kejadian tadi,disebabkan dah masuk kedai tu,takkan nak keluar je tanpa order apa-apa.Just order air je.Masing-masing dah putus selera.


Mama aku lagi la,sampai air tu pun dia tak nak minum.hahahah...Moral of the story,berhati-hati kalau berjalan ke negara orang.And aku pernah tengok dalam tv,orang kat jakarta suka makan kelawar.Bayangkan kelawar masak 3 rasa.gagaggaga...So,sape-sape ke area Mayestik ni,beware ye.Aku tak ingat nama kedai tu..


Next year,aku dengan mama dah book tiket untuk vacation.Kali ni naik Air Asia X.Jauh sikit..so mesti akan ada banyak lagi makanan eksotik yang akan aku jumpa :-)


Nak tengok camne rupa KODOK goreng tepung??


pergghh..mesti rangup cam keropok kan?? ;)

p/s: hujan emas di negara orang,hujan batu di negara sendiri ;>

0 comments: (+add yours?)

Post a Comment

any idea or comment?just drop here