Review Filem::aku tak bodoh::



Filem:
Aku Tak Bodoh

Pengarah:
Boris Boo

Genre:
Komedi & Keluarga

Pelakon:
Amy Mastura, Riezman Kuzaimi, Namron, Wan Noor Aizzat, Suhaiiri Sunari,
Rohaizat Hassan, Jalaluddin Hasan & Adibah Noor


Sinopsis:


Filem ini mengisahkan tentang keluarga seorang kanak - kanak lelaki bernama Jefri yang berusia 8 tahun dan mempunyai seorang abang bernama Roy yang berusia 16 tahun. Mereka hidup dalam kemewahan tetapi merasakan tidak mendapat kasih sayang dan perhatian yang cukup daripada kedua ibu bapa mereka. Bapa mereka bekerja sebagai seorang pengaturcara computer manakala ibu mereka pula ialah seorang editor majalah yang sentiasa sibuk dan sering kali tidak mempunyai masa untuk bersama anak-anak mereka.

Ibu bapa mereka sentiasa mengkritik dan tidak pernah memuji walaupun perkara yang mereka buat itu adalah baik dan mengagumkan. Semua yang dibuat mereka pasti dikatakan tidak betul. Roy mula memberontak dan beliau juga mempunyai seorang kawan, Sudin yang juga senasib dengan beliau. Cuma bezanya ialah Sudin berasal daripada keluarga yang miskin. Oleh kerana tidak tahan dengan desakan dan kerenah ibu bapa mereka akhir mereka terjebak dengan pergaulan kurang sihat bersama budak - budak samseng jalanan.

Masalah menjadi semakin besar apabila Roy dan Sudin sudah berani menjadi pencuri dan ditangkap oleh 'polis'. Jefri juga sudah melakukan satu kesalahan yang membangkitkan kemarahan besar ibu dan ayahnya. Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah keluarga Roy akan bersatu kembali? Adakah Sudin akan berbaik semula dengan ayahnya? Adakah mereka semua akan bahagia?

Korang tak kan bodoh lepas tengok cerita ni
Aku tengok movie ni hari Selasa lepas..
Movie ni penuh dengan elemen kekeluargaan.Mesej yang disampaikan jelas.Ada part lawak,sedih,gembira...
Cerita ni menyampaikan mesej apa yang sebenarnya yang remaja rasa dan cara didikan ibu bapa di Malaysia ni
Banyak mesej yang cuba disampaikan kepada ibu bapa sebenarnya...Aku suka cerita ni

Tak semestinya bapa kita tak marah or membebel kat kita dia tak sayang kita.Maybe dia tak pandai nak tunjuk kasih sayang dia.
Tak semestinya,anak kita tak pandai dalam pelajaran,kita kena marah and pukul dia.Setiap orang ada kelebihan masing-masing.Mungkin dia ada kelebihan dalam bidang lain.
Jangan sibuk sangat mencari duit sampai anak-anak terabai.
Puji la anak anda walau dia tak pandai mana.

Tu antara mesej yang aku rasa amat berguna dari filem ni.So,aku memang suggest korang g tengok cerita ni..

F.A.M.I.L.Y

Father and Mother, I Love You

p/s:Kungfu Panda 2...menanti untuk bergelak ketawa ;P

2 comments: (+add yours?)

farahfatihah said...

oo best ek citer ni..ari tu nak tgk tp cam ragu2 je huhu

adlyn833 said...

farah>>i dah tengok.i suka.but depends gak.kadang2 taste kita berbeza..heheheh...cuma i rekomen utk g tgk la

Post a Comment

any idea or comment?just drop here