Aktiviti Minggu-Minggu Lepas

Aku tak kira, aku nak update gak even dah berzaman event-event ni lepas supaya aku ada benda untuk dijadikan memory pada masa akan datang.


Okey, last 2 week (3/6) aku balik kampung en adha sebab Sabtu(4/6) tu ada wedding kawan  UTM dia kat Kedah.

ni la Lan




Baju pengantin cantik, makanan banyak & sedap ;P. Tahniah ye Lan & Ju. Nanti kitaorang hantar hadiah kat kedai korang ye 
Lepas tu, en adha bagi idea best."Jom g Bukit Kayu Hitam".Harus gumbira berbunga-bunga. Terus call kawan dia Pak Ram yang kebetulan orang Kedah sebab nak tanya bape KM dari Kepala Batas ke Bukit Kayu Hitam."ooo..dekat je..lagi 15km je dah sampai"
Dengar 15km,bertambah laju semangat ingin ke sana. Sekali masuk je highway, Bukit Kayu Hitam 30km
Okehhh...main kasar ye ko Pak Ram. Takpe-takpe,nanti kitaorang pancit tayar kereta kancil ko -__-
Tapi redah gak sebab dah masuk highway kan..Time tu dah pukul 5ptg..

muka gembira sebab nak borong periuk cap buaya
oohhh..imej baru aku~dah tua katanya~

Hasrat nak beli periuk cap buaya terpaksa dibatalkan sebab tak sanggup nak meredah jam. Banyak gile kereta nak masuk sana. Terus bunga-bunga dalam hati layu ditasik madu -__-

tak sanggup okeh

Sebab en adha tengok muka aku dah macam asam kecut dalam kereta, terus amik hati dengan makanan yang lazat-lazat."kita g makan ketam kat Penang ye sayang".Terus senyum sampai telinga
Time ni terus call kawan-kawan lain ajak join sekali.
Episod kecewa aku datang bertimpa-timpa..sampai kedai, kedai tu TUTUP!!!Damn!!
Signboard kat luar tulis"TUTUP PADA HARI KHAMIS". Aku dah macam nak jadi hulk kat situ. Dok terfikir, aku ke salah hari..
Terus aku dibahankan dengan hilai tawa cam s*tan sebab dah 3 kali pergi kedai tu mesti tutup. Aku tak pernah lagi ke sana. Hanya mendengar cerita dari en adha je. Aku ada curse kata mereka T_T
En adha terus ajak ke kedai lain...Hati seperti ingin meletop kerana gembira tak terkata

tokti & cinta hati saya


ketam yang sedap tak terhingga


tak sampai setengah jam,clear!!

Kedai-kedai di sini memang specialty adalah ketam. Kami panggil kedai ketam. Dah habis makan, tetiba Tokti boleh cakap"tak berapa sedap la,sedap lagi kedai yang tutup tu".Kuang asam betul...Wat aku terliur. Memang akan repeat ke kedai pertama itu. Kalau tutup gak,memang nak kena bakor le jawabnya kedai tu.

Ahad dah balik KL..Aku tak singgah kampung aku sebab mama takde.Dia g Langkawi. Sanggup dia tinggalkan aku.sob3..
So,sabtu and ahad lepas aku akan update aktiviti nye next entry. Sabtu,aku g jalan-jalan cari rumah and ahad ada baby shower party yang aku attend.Nanti aku share ye ;P

p/s: seronok bertemu rakan-rakan ;P

0 comments: (+add yours?)

Post a Comment

any idea or comment?just drop here