Picnic di Ofis Waktu Puasa

Benda ni aku dah simpan dari semalam. Tetiba aku jadi emo tak tentu pasal kat ofis. Semalam sempena first day kita berpuasa sure semua pun bersemangat waja. Tetiba kejadian semalam membuatkan aku rasa sakit hati.


Okey cerita terjadi bila tiba-tiba ada sorang officemate aku makan depan-depan orang dengan muka slumber macam takde perasan. Dia seorang perempuan okeh!!!. Mula-mula dia g toilet, tetiba balik dari toilet dia bawa balik air coke sebotol, sandwich and makanan lain. Dengan suara yang konon-konon ayu, dia boleh cakap"sorry ye,baru je tau tak bleh puasa plak". Terus minum macam takde rasa bersalah.


Sebelah dia officemate lelaki aku. Depan tu ada staff lelaki lain. Mungkin ada yang rasa lantak la dia tak bleh puasa. Tapi pada aku, please show some respect to others yang tengah puasa even ko tak bleh puasa. Aku memang bengang gile semalam.Kot iye pun tak puasa,tak perlu nak bagitau semua orang. Memalukan kaum wanita sungguh.


Aku tak tau orang lain camne sebab aku jenis even aku tak puasa pun, aku takkan nak makan and minum tengah orang.Malu kot. Before g keja aku akan minum secawan air just untuk batalkan puasa. Takde plak sampai nak bawa bekal bagai nak wat picnic kat ofis. If baru tau pun yang ko tak boleh puasa, g minum senyap-senyap kat pantry sudah la. Ni siap boleh makan roti habis 1 ofis berbau. Baik ko bawa durian je.Malu wei T___T


Aku tak layak kot nak tegur sebab dia lagi tua dari aku.Lagipun aku baru je pindah dari tingkat 10 ke tingkat 1 ofis aku. Ingat semalam jela, harini pun sama. Siap tapau air teh o ais. Harini makin ramai yang join the group. Aku pun tak puasa, tapi aku memang tak join. 


Aku rasa benda ni sangat memalukan sebab kawan-kawan cina aku yang lain pun respect sampai diaorang segan nak minum depan-depan budak melayu. Before minum pun say sorry dulu.Mungkin ini boleh jadi pengajaran untuk kita.Please show some respect ye kawan-kawan.


p/s: esok entah-entah dia bawa nasi lemak -____-

2 comments: (+add yours?)

DJJ5141 said...

bangga kot leh makan depan org puasa... haish.. (buruk sangka la pulak..)

sal ya said...

ada org memang tak kisah. tp kita la malu tengok dia org buat muka selamba je kan...

Post a Comment

any idea or comment?just drop here