Volkswagen Autoshow 2011

Ahad lepas kami berdua berjaya merajinkan diri ke Bukit Jalil untuk tengok Volkswagen Autoshow 2011. En adha amat memahami minat aku terhadap kereta VW ni. Dulu aku rasa cool gile kalau ada couple naik keta volkwagen dalam kampus..Macam comel je *____*


Sekarang VW dah banyak model-model kereta yang makin menggoda jiwa aku. Bisa buat aku ternganga. Sampai Bukit Jalil dah pukul 1ptg. Hanya berjaya masuk lebih kurang pukul 2.30ptg.hahhaa...En adha budget tak ramai orang datang. Ternyata sangkaan kami meleset

Q mengalahkan nak main games kat USS
Pengalaman kat USS menjadikan kami lebih bersabar -_____-"

Bila dah dapat masuk, terus ke registration counter untuk isi survey form. Dapat chop kat tangan. Ingatkan adegan ular kena palu dah habis, rupanya kena beratur lagi. At last baru dapat masuk. Bilik ni hanya boleh muatkan 300 orang dalam 1 show. That's why kena tunggu lama. 


Live show dari VW. Semua model-model kereta terbaru dari VW

Salah satu kereta feveret aku. RM132k je...pffssttt -____-

Ini memang kereta idaman aku dari dulu. Asal nampak orang bawa sure toleh 88 kali
Tunggu pokok duit aku hidup segar, sure aku beli
T______T

Entry ni khas untuk En adha sebab birthday aku bulan depan, berharap dalam kotak hadiah ada kunci Golf GTI.hahahah....Takpe la, tak dapat kereta dapat tengok autoshow pun jadi la. ;P

p/s: Jumaat ni aku wat open house, jemputlah datang ye ;)







1 comments: (+add yours?)

eKa said...

cantik kan.eka pun suka W ni

Post a Comment

any idea or comment?just drop here