Kenapa Harus Berahsia

Masih ingat entry ini?. Lepas aku publish entry tu, ramai kawan-kawan aku call and congratulate me. But, semua tanya nape baru sekarang nak inform. Yelar, dah almost 3 bulan lebih pun aku pregnant. Kalau korang nak tau, yang tau aku pergnant cuma Yah and family aku je.

Actually aku ada problem dengan period aku after aku miscarriage haritu. Aku gugur bulan 5, ramai cakap within 1 month sure period dah normal. Tapi aku tak period dekat 3 bulan ok. Aku ada jumpa doctor but doc advise jangan stress and dia tak bagi aku makan apa-apa ubat even folic acid pun. Aku bukanlah nak terus pregnant lepas gugur tu cuma risau bila tak period. Takut ada sakit lain plak. But, akhirnya aku period gak minggu terakhir bulan 7 and aku cuma tak puasa 4 hari je yang awal-awal tu.

Aku ingat period aku dah ok. Rupanya tak juga. Adooiii...Aku cuma period sehari je bulan 9 tu. Tu pun sikit bebenor. Aku biar je. Malas dah nak g jumpa doctor.Sampai bulan 10, aku still tak period. Tapi tetiba aku macam ada instinct yang aku pregnant. T_____T

Atas nasihat en Adha, aku buat test. But the result is -ve. Tapi sebab still ada naluri yang aku macam pregnant, aku buat lagi sekali. The result is +ve. Alhamdulillah....syukur. Terus inform en adha sebab time ni dia outstation di Kedah. Petang tu terus ajak Yah g jumpa doc. Aku tak tunggu en adha sebab aku risau sebab tetiba aku bleeding. Period or ak bleeding. Terus fobia. Tambah plak aku nak g bercuti ke Guangzhou lagi sehari je. Masih ingat entry bercuti aku yang ini. Lepas aku wat blood test, tu pun lepas doc cakap wat UPT takut tak valid sebab aku dah lama tak period. Result is, im pregnant in early stage. Baru 3 weeks.

Time ni berbelah bahagi nak naik flight or tak. Tapi doc cakap it's ok asalkan aku tak gerak banyak masa kat vacation tu. Then, jangan stop ubat yang dia bagi. Bleeding di awal pregnancy adalah normal unless rasa sakit and more than 10 days rasanya.

Alhamdulillah, sepanjang bercuti aku ok. Sihat and takde mabuk-mabuk. Best kot g Guangzhou.hahahah..Nanti aku update entry Guangzhou,k. Everything is ok until 7 weeks of my pregnancy. Aku breakfast dengan en adha and kawan-kawan ofis aku. After breakfast tetiba aku rasa cam something kat panties. Aku bleeding!!! Time tu aku still tenang dan terus berdoa hope baby takde apa-apa. Nak share dengan office mate pun takde sape yang tau aku pregnant. After kerja, terus wat check up.
The worst part, doc tu terus scan and straight away cakap"ikut experience i, baby you takkan survive. Tanda-tanda nak gugur. Lagipun baby takde heartbeat". It broke our heart.. -_____-

Tapi aku dengan en adha terima seadanya cakap doc tu even dalam hati tuhan je tau. Dia suruh datang for scan another a week. Mungkin kami dah pengalaman sebelum ni, jadi kami lebih tenang. Senang dengan ayat, kalau ada rezeki insyaAlllah baby akan survive.
Next weeknya, kami terus wat appoiment di tempat lain. Doc scan and terus nampak our junior and siap nampak ada heartbeat. Alhamdulillah...Terus lega and rasa nak menangis. En adha senyum sampai ke telinga T__________T

So, lepas apa yang jadi, aku masih belum sedia nak share dengan siapa-siapa. Yah jela yang simpan rahsia sebab kalau en adha takde, dia jela harapan negara nak minta tolong. Aku tau dia sentiasa akan tolong aku. Thanks Yah *____*. Ayat kena baik, senang nak minta hadiah nanti.hahahha....

Lagipun, ini juga permintaan en adha. Dia suruh aku betul-betul dah lepas trimester pertama baru share dengan kawan-kawan. Untuk bergelar isteri mithali, aku harus patuh. huh..mithali la sangat  kan ;P

Kepasa kawan-kawan jangan kecil hati ye especially my BFF. Takde niat nak rahsia-rahsia cuma bagi kami yang pernah bersedih untuk pregnancy yang sebelum ni, maka kami lebih berhati-hati. Tak mahu terlalu excited dan harus terus berdoa semoga semuanya di permudahkan. Even sampai sekarang aku still ada rasa takut.. Doakan aku dan adlyn junior selamat sehingga ke akhirnya. Ooohh..EDD aku 30 Jun 2012. Cepatlah masa berlalu.^___^

p/s: Bulan depan aku dah 5 bulan. Apa yang aku nak beli dulu??List sangat panjang, terus blurr-____-

8 comments: (+add yours?)

~ NANA ~ said...

alhamdulillah.....jaga kandungan tu baik2 k dear :)

Nor Suhada said...

ishhh kita pula rasa x sabar bila tgk EDD tu,,excited....

selamat menempuh saat2 manis ya,,

semoga zuriat n ibu sihat sentiasa,,,amin

yannie bunny said...

salam kenal ;) congratulations! jg diri baik2 ye.

shopping baju dulu! hehehe. sbb geram sgt tgk baju baby comel2 ;p

adlyn833 said...

nana>>thanks dear..nana pun sama jaga baby baik2 tau

adlyn833 said...

pn susu>>thanks...hari2 doa supaya cepat sampai ke bulan Jun ;P

adlyn833 said...

yannie>>selamat berkenalan ;P
baju ye?actually ada beli 2 helai masa kat Guangzhou haritu.heheh...memang tak sabar nak shopping...

Eika Azis said...

insyaAllah dipermudahkan segalanya kali ni... awak jgn risau ye... jaga elok2 ja... ada kawan kite dia bleeding juga sepanjang pregnancy sebab placenta dia kat bawah sgt. tp bila bleeding je dia rest, baring ja. Alhamdulillah sekarang dah w34. take care ye awak..

adlyn833 said...

eika>>thanks ye.Alhamdulillah skrg baby saya dah ok..tapi masih berhati-hati.saya saya doakan rezeki awak plak lepas ni ye...

Post a Comment

any idea or comment?just drop here