Pergi Tak Kembali ;(

Sabtu petang yang lepas aku dan en adha dapat berita sedih, nenek en adha pergi mengadap Illahi.. ;(
Kebetulan en adha plak ada training the whole day hari Sabtu tu. Kami bertolak pun dah lewat petang. Pukul 6 baru gerak dari KL. Sampai Parit Buntar dah dekat pukul 10.30mlm. 

Rasa agak sedih sebab tetiba aku teringat kat arwah Opah aku. Aku agak rapat dengan arwah opah. So, bila dah kawin, dan kebetulan nenek en adha dijaga oleh mak mertua aku, ada juga dua tiga kali aku jumpa dia. Arwah sangat suka bercerita sama macam arwah opah aku. Masa raya tahun lepas, banyak yang dia sembangkan. Lepas raya dia terus lumpuh and dah tak boleh jalan sehinggalah dia menghembuskan nafas yang terakhir ;(

Semoga arwah dicucuri rahmat ;(

Lepas settle semua urusan, kami pulang ke KL. Sampai KL pun dah malam. Isnin terus text HR office aku cakap nak EL sebab nenek meninggal. Terus di reply katanya dapat compassionate leave untuk dua hari. Terus aku sambung tidur lepas subuh. En adha pun join sama ;P. Tapi harini aku dah masuk kerja. Sebab memikirkan Jumaat aku dah cuti g Motherhood Expo yang tak berapa best tu, so tak mahu la kerja aku tertangguh.

Even sampai harini aku still letih. Badan sengal-sengal. Jumaat tu dah g expo, sabtu g Nilai plak teman mama dengan makcik aku, petang direct balik kg.Pergghh..mencabar sungguh weekend aku. Nak update pasal expo midvalley pun dah tertangguh. Next entry ok ;P

p/s: lagi beberapa minggu nak habis trimester kedua. Nak suker ke nak takut T___T

0 comments: (+add yours?)

Post a Comment

any idea or comment?just drop here