My Breastfeeding Journey

Journey aku biasa-biasa je. Alhamdulillah until now hadif still breastfeed and moga dimurahkan rezekinya hingga dia dua tahun. Aku mula menyusukan dia setengah jam lepas kena jahit dalam labor room. Waktu tu syahdu sungguh rasanya. Saat dia menyusu then terus dia tidur atas lengan aku...^__^

Syukur aku memang takde masalah sangat dari awal dia lahir untul now untuk breastfeed dia. Cuma malam before dia kena admit sebab kuning tu dia menangis-nangis lepas aku breastfeedkan dia. Terus bapa aku cakap mungkin susu aku tak cukup and dia bising kenapa aku tak standby susu formula -___-''. Time tu amat stress hokeh but my superhero iaitu en adha menenangkan aku. Katanya, susu aku cukup and dia suruh aku try pam esoknya. Dia suruh aku usaha dulu before nak bagi FM. Selamat jadi isteri mithali dengar cakap suami. Rupanya anak aku meragam sebab kena kuning.

Cabaran kedua sepanjang BF ni waktu anak aku kena admit sebab kuning. Secara tetiba terus kena admit and aku plak tak boleh stay kat hospital malam tu, makanya hadif diberi FM malam tu. Selamat sehari je dia kena tahan. Malam yang hadif tidur ward tu, aku kena bengkak susu yang amat menyeksakan. Sakit wei..sampai dah tahap aku menangis-nangis. Pam tak boleh, try urut pun tak mau juga. Last-last aku tuam dengan air panas then telan panadol sebab aku terus demam malam tu. Alhamdulillah pagi esoknya ok.

Macam aku, selamat orang sekeliling memang bagi sokongan especially en adha. Mama plak, dia hormat decision aku even dulu dia tak pernah berjaya untuk breastfeed kami adik-beradik until 2 years. So, memang takde drama sangat dalam journey aku ni. Production susu aku macam biasa-biasa je awal-awal tu until aku pergi berurut masa pantang tu. Kak ain tu cakap susu aku banyak cuma tak lancar. Masa dia urut tu, susu aku keluar dah macam air shower, kalau tak memang segan-segan nak keluar.hahah..

Aku start buat stock masa hadif dua bulan sebab susu aku selalu keluar sampai basah baju kalau tak pakai breast pad and aku rasa rugi plak. Pam yang aku beli tu amat membantu and aku puas hati. Korang boleh refer entry ni. Tapi aku gatal tangan beli lagi 1 pam konon senang nak bawa ke mana-mana. Aku beli plak pam unimom Mezzo.Until now aku lagi suka pam manual tu. Amat mudah untuk aku bawa g mana-mana and aku rasa susu aku lagi banyak kot. Yang elektrik tu aku still pakai if aku rajin. Cuma kalau pakai manual ni aku boleh pam kat mana-mana tak payah nak cari plug bagai tapi lenguh le sikit. Overall aku memang puas hati dengan breastpump unimom ni baik yang letrik or manual.

Stock yang aku buat tu takde banyak mana pun. Hari-hari buat tapi aku tak ikut time pun. Ikut suka and ikut rajin aku. Aku start tak buat stock bila ayam,ikan semua dah takde tempat nak simpan -___-. Terus tak berapa rajin nak pam, tambah plak sampai sekarang aku masih jadi surirumah. Lagi la malas berganda-ganda. Even, last week aku dah buang sikit stock aku tu sebab dah expired. Nak menitik gak air mata aku time tu. Yelar, orang lain jenuh nak simpan, aku sampai buang-buang. Selamat aku tak simpan stock banyak sangat. Kadang-kadang aku bagi gak la guna botol, takut bila aku dah mula kerja susah plak. Cuma kalau aku kat rumah memang lagi senang direct feed dari nak bagi botol. Cepat tak payah nak panas bagai.

Mungkin disebabkan aku dah jarang pam, susu aku macam merundum skit. Dulu, pagi-pagi sure baju aku dah basah sebab susu aku keluar. Sekali pam dulu dapat gak dalam 7oz. Aku dah mula tak pam dari bulan 10. Baru-baru ni try pam balik memang jenuh nak tunggu susu tu keluar. Adalah dapat dalam 2oz. Sadis rasanya. Kalau dulu, bila weekend nak keluar aku akan pam susu dalam kereta sebab kalau tak susu aku sure keluar meniti-nitik. Merugikan..so,aku pam and bagi botol je kat hadif. Dah tak payah fikir nak nursing in public (NIP). Sekarang memang terpaksa NIP gak kalau keluar sebab kalau pam dapat sikit sangat. Nak guna stock yang ada aku macam malas sebab nak kena warmkan dulu and susu tu pun tahan 1 jam je lepas dipanaskan. Kalau yang baru pam at least boleh tahan 4 jam. Lama sikit tahannya. Tapi hadif ni pelik sikit. Kalau bawa g jalan-jalan, memang dia jarang sangat nak menyusu.Kitaorang plak jenis tetiap minggu memang keluar.Aku rasa baru berapa kali je aku NIP kat luar. Selalunya memang NIP dalam kereta masa on the way nak ke mana-mana. Kadang sampai risau sebab dia boleh relax je tak minum susu. Memang suka berjalan anak aku ni. Lapar pun lupa bila dapat keluar rumah.

Masa pregnant dulu, aku tak nak letak high hope sangat...dapat breastfeed dia until 6 months pun dah cukup hebat bagi aku. Ada lagi 2 bulan untuk aku capai target aku sendiri. Sekarang tak risau sangat sebab aku ada je kat rumah 24jam dengan dia. Takde stock pun aku rasa susu aku still cukup untuk dia sebab direct feed kan, cuma kalau tetiba aku dah keja before dia 6 bulan memang haru aku rasa.Semua pasal breastfeed ni pun aku ambil inisiatif sendiri untuk belajar. Nak tanya orang terdekat memang takde even kawan-kawan aku pun takde yang fully breastfeed anak untill 2 years.So, dapat breastfeed dia sampai 4 bulan ni pun aku dah syukur sangat. 

Aku dah set mind aku, if memang aku tak berjaya nak breastfeed dia until 2 years aku pasrah dan redha. At least aku dah usaha setakat yang aku mampu. Pada aku bagi susu FM tu bukanlah salah pun. Takde plak orang cakap berdosa and bukan kita bagi racun pun. FM tu is an option kalau dah susu badan kita tak cukup. But, pada pendapat aku kita kena la usaha dulu baru bagi FM sebagai alternatif. Aku memang tak salahkan pun ibu-ibu yang bagi FM ni, everybody have their own reason. Kita tak tau masalah orang, so, tak perlu nak berbangga sangat kalau korang boleh breastfeed anak sampai umur 2 tahun. Anggap je rezeki dari Allah and jangan lupa Tuhan boleh tarik bila-bila masa.eehh..tetiba emo.hahah..Andai kata rezeki hadif tak sampai 2 tahun, mungkin aku juga terpaksa pilih option untuk bagi FM. Cuma en adha cakap, aku kena usaha dulu sebelum menyerah kalah.wahhh...baikkkllaahh en suami ^___^

Setakat hadif 4 bulan ni, alhamdulillah masih breastfeed and sihat dan bertambah sihat sampai berat pun dah 8kg.hew...hew...Semoga aku berjaya breastfeed dia sampai 6 bulan. Lepas dah 6 bulan baru aku target sampai dia 1 tahun plak. Cuma aku sangat-sangat bersyukur tuhan permudahkan segalanya and semoga perjalanan breastfeed aku ni berkekalan until 2 years. Doakan ye kawan-kawan. Mekasih ^___^

p/s: agak kecoh pasal kes NIP sekarang ni.Aku menyampah orang smoking in public.So,sila smoking in private.Boleh ke korang nak tahan smoking nak cari tempat private??

10 comments: (+add yours?)

Asz Miza said...

ALhamdulillah rezeki hadif dapat bf lagi sampai skang. :) I plak terpaksa buat stock sebab lagi seminggu je lagi nak kerja..waaa..banyak susu u kan skali pam leh sampai 7oz..i paling banyak pun 5 oz kot..insyaallah kita akan berjaya fully bf smp 2 thn. :D Chaiyok2

adlyn833 said...

Asz>>insyaAllah.jangan malas pam even dapat skit sekali pun.Kalau niat kita baik,insyaAllah Allah akan permudahkan ;P

pae dasuki said...

Alhamdulillah, bersyukur sebab you still get to fully BF your hadif. Yes, I'm totally agree with you lin, there are some people being so obsessed to BF their child sampai sedih nangis2, mengadu sana sini bila susu dah kurang. Of course, we all mommmies feel sad when we already aimed high to fully BF our baby, all so sudden, takde rezeki..takat 3/ 4 bulan je mampu. Like my case, kadang2 bila baca forum KIM di FB bukan rasa bersemangat,lagi down ada sebab most post macam.. mommies kat situ semuanya keep posting about how proud are them to succesfully fully bf-ing their child up to 1yo..some even 2yo. Walapun semua ayat dimulakan dengan "Alhamdulillah...berjaya fully BF...." (sigh). Ada jugak yang tanpa segan silu condemn bila ada yang post a question about comparing pump price dengan harga susu FM.itu baru tanya comparison, kalau ada yang cakap psal bagi FM lagi teruk kena attack kot..huhu.

Like my case, I sampai sanggup beli FS medela sbb nak bantu increase balik my low milk supply. Milk production dropped ever since raya puasa haritu, sebab before that fasting mnth and lepas tu kurang pam..then after my baby demam at his 4mo, dia dah taknak latch..lagi menyebabkan susu mmg drop gila2. Tambah pulak kat ofis asyik busy smpai tak sempat nak curi masa untuk pam...finally, I had to top up with FM for my emir. (sigh again)

Now, I'm struggling to do a consistent pumping hoping that my supply can be improved. (Nipun baru lepas pumping session lah..haih, kena gigih jadi BFing mommy ni kan).
Oops, this is such a long comment, sorry lah ye..ter'emo jugak pagi2 buta ni, buat blog orang macam blog sendiri plak..hahaha

Happy BFing and all the best to you! ;)

Cik Puan Tqah said...

alhamdulilah..gud luck.. semoga dimurahkan rezeki susu :)

LisaLisut said...

hmmm setiap story bf ni different kan? hehe. i mmg dh lama mix FM and susu bdn. tp smpi hari ni duk gigih la angkut beg g keje n pam.skrg most of the time pkai manual avent compared to swing.mls nk cucuk2 kt plug.huhu.mcm aritu tertinggal access card nursing room kt ofis i pam je dlm toilet.hahaha

i hope my baby still nk hisap my milk till 6month.skrg ni pn if cuti je i kasi botol abis,tp xnk tdo nk jugak isap mak dia punya.awww..touching..

serius i hope i bole tahan smpai 6bulan at least huhu.

adlyn833 said...

pae>>yes,mmg ada yg terlebih obses.i pun join KIM tu but just baca info2 penting je.just keep pumping and hope kita boleh bf baby kita sampai yang termampu

adlyn833 said...

tqah>>yee...moga dimurahkan rezeki baby2 kita ;P

adlyn833 said...

lisa>>i pun hope dpt bertahan until 6 month.kita doa sama2 ye

Anonymous said...

masih guna pam unimom allegro lg ke? ok tak ?

adlyn833 said...

Anon>>yup.still guna tapi selalunya guna mezzo sebab senang tak payah nak plug in.but,allegro tu memang ok.suction pun x sakit and production pun banyak.

Post a Comment

any idea or comment?just drop here