Bila Anak Sakit

Bila anak sakit semua benda semacam tak menjadi. Hati runsing dan risau. Tu le yang jadi kat aku bila hadif demam dekat nak seminggu minggu lepas. Sebab tu juga aku dah lama tak update blog. Memula tu dia demam tak berapa teruk, start dengan bersin-bersin pastu batuk sikit. Then badan dah mula panas. Suhu masa hari isnin tu dalam 37.8. Aku just lap-lap badan dia dengan air nak bagi suhu turun. Masa ni dia aktif lagi, boleh senyum-senyum, meniarap semua. Tapi tak aktif macam biasa. Kebetulan mama memang ada kat rumah kami minggu lepas,so malam tu aku dengan hadif tidur dengan mama sebab kesian kat en adha takut nanti ganggu dia nak tidur plak if hadif asyik terjaga. Kesian dia kata mama sebab esoknya dia nak kerja. Untung betui dapat mak mertua macam mama kan -___-

boleh senyum-senyum lagi time ni

Aku memang tak lena tidur malam tu sebab hadif asyik batuk-batuk. Batuk je dia muntah, keluar kahak-kahak dia. Every 1 hour aku monitor suhu dia. Pukul 2 pagi tu suhu dia dah 38.7. Adooii..tapi hadif ni memang jenis tak meragam. Takde plak dia menangis ke apa ke. Cuma dia diam je. Alhamdulillah sangat. Bila dah suhu tinggi macam tu mama terus suruh buka baju dia. Terus lap badan dia, letak towel kat kepala dia. Dia menangis tetiba mungkin sebab air tu sejuk kan, sampai menggigil badan dia. Kesian si debab aku tu. Tak lama lepas sponging tu, terus temperature dia turun.

kena "mandi" pukul 2 pagi

Esoknya badan dia still panas tapi suhu tak setinggi macam malam tadi. Aku bagi dia ubat demam yang dapat masa g cucuk waktu 3 bulan haritu. Mungkin membantu gak kot. Tapi malam tu suhu dia naik balik. Dalam pukul 11 malam tu suhu dia terus 39.5c. Terus siap-siap bawa hadif g hospital putrajaya. Time tu terfikir hospital putrajaya je yang paling dekat. Terus masuk ubat kat bon-bon. Tapi waktu ni hadif boleh sengih-sengih lagi dengan semua orang yang acah-acah dia kat hospital tu sampai doc tanya ni demam ke tak..hahaha...

Doc suruh bagi ubat and monitor suhu. If tak ok gak datang balik untuk ambil darah sebab takut denggi. Hakikatnya memang tak ok gak. Suhu dia bila malam akan naik and even siang pun kadang-kadang 38. Bertambah parah bila dia dah taknak minum susu. Direct feed taknak, bagi botol pun taknak. Aku suspect mungkin tekak dia sakit or sebabkan flu dia jadi tak selesa nak minum susu. 

tidur memang lasak. Sampai tercabut cool fever
-___-''

Sebab tak puas hati kami bawa g klinik yang biasa aku g kat sunway tu. Time tu suhu badan dia dah stabil. Tak berapa panas tapi doc tu cakap anak aku kena Bronchiolitis.

Bronchiolitis is inflammation of the bronchioles, the smallest air passages of the lungs. It usually occurs in children less than two years of age and presents with coughing, wheezing, and shortness of breath. This inflammation is usually caused by respiratory syncytial virus. Treatment is typically supportive and may involve the use of nebulized epinephrine or hypertonic saline.Source

Kahak banyak sangat dalam paru-paru and saluran pernafasan dia tersekat. So, doc tu sedut kahak tu and bagi nebulizer. Alhamdulillah hadif sangat behave and takde buat aksi kungfu ke apa ke. Bagus ye nak..Tapi doc tu suruh anak aku admit kat mana-mana hospital supaya senang nak monitor and senang nak bagi oksigen tu every 4-6 hours. Time tu otak aku terus blank. Macam tak sanggup nak hantar anak g hospital. Bila aku cakap kat doc yang aku berat hati nak g hospital sebab baby aku BF, dia cakap dia siap-siap bagi referral letter. If things getting worse terus bawa g hospital.

Balik tu aku terus buat steaming proses untuk kurangkan kahak dia. Resultnya sangat bagus. Memang hingus tu kuar meleleh-leleh and even dia batuk pun terus muntah kuar lendir-lendir. Malam tu temperature dia back to normal. Alhamdulillah...so, both of us decide macam tak perlu untuk admit ke hospital. Dia pun macam dah ceria. Tapi kami still buat steaming tu sebab stil ada bunyi whizzing kat lung dia. Hari Jumaat tu bawa plak dia g paed yang kami dah biasa g kat QHC kat Taipan USJ. Paed takde plak, sabtu pagi baru dia ada. Adoooii..terus bawa g klinik pakar kanak-kanak kat USJ. 

So, dah cerita semuanya, doc tu cakap susah nak confirm sama ada hadif kena bronchiolitis or asthma. Sebab symptom nya sama je cuma kalau kena bronchiolitis memang amik masa yang lama untuk baik but asthma plak kalau bagi nebulizer dia akan pulih dengan cepat. Cuma kalau asthma dia baik cepat and akan kena lagi. Brochiolitis plak susah nak baik tapi tak kan kena dah. Faham tak aku explain ni?haha.

Alhamdulillah, hari Jumaat tu dia memang dah sihat. Dah mau minum susu semua. Overall demam dekat nak 5 hari terus badan susut. Timbang haritu berat jadi 7.9kg je. If tak mau dekat nak 8.2kg kot. Risau sebenarnya sebab BFF aku kawin hari sabtu tu. Kalau hadif admitted memang aku tak attend wedding dia. Tu pun still terkilan sebab dah janji nak tolong dia the whole day hari Jumaat tu. Tapi dah hadif demam, aku sempat tolong kejap je. Sorry ye nad ;(

Sekarang baru faham perasan mama bila aku adik beradik demam or sakit. Sepanjang hadif demam ni, aku memang tak cukup tidur. Syukur gak aku tak kerja. Kot idak, mau aku bantai tidur kat ofis. Thanks to mama gak sebab ada sepanjang masa dengan aku. Kalau aku sorang belum tentu boleh handle. Sanggup opahnya pun tak tidur menjaga cucunya. Untung betui budak debab tu.

Esok nak bawa cucuk untuk 5 bulan. Hope jangan le demam balik. Patutnya minggu lepas pergi, tapi dah dia demam, aku cancel. Doa sangat janganlah dia demam teruk camni lagi. Tak sanggup nak tengok bila baby kecik-kecik camni demam teruk. 

wajah ceria di hari sabtu
oohh..hensemnya anak mama ^_^

p/s: Selamat pengantin baru pn nadira ;P

2 comments: (+add yours?)

Anonymous said...

Salam kak.nak tanya macam mana buat steaming proses tu?baby saya 3 bln slalu berkahak,nafas pun dgr mcm berkahak je.

adlyn833 said...

amik air panas letak dalam baldi. then, u meniarapkan baby atas u punye peha.kiranya u dalam keadaan duduk and baldi tadi kat bawah. biarkan wap panas kena muka baby. after that, u tepuk belakang baby.
nak lagi details, u try google steaming process. ada je yang share dgn gambar ;P

Post a Comment

any idea or comment?just drop here