Cerita Solid Food Hadif

Aku dah lama nak share pasal solid food hadif tapi asyik pending je. Kali ni aku cerita betul-betul. Taip dengan sungguh-sungguh. Sekarang anak debab aku tu dah nak masuk 10 bulan pun hujung bulan ni. Kiranya dah dekat 4 bulan aku intro dia dengan solid food.

So far, menu hadif adalah seperti berikut. Ayat surat rasmi aku guna.hehehe

6 bulan
- Puree sahaja. Apple, pear, pisang,avocado, keledek, labu

7 bulan
- Oat, bubur nasi. Aku campur dengan puree macam buah-buahan kat atas tu

8 bulan
- Ayam, ikan bilis, couscous, roti, telur
Aku dah start bagi bubur nasi campur dengan sayur, buat bubur dengan ayam. Grill ikan campur dengan nasi. Still remain benda-benda kat atas tu juga. Cuma campurkan je ikut kesesuaian.

*mungkin ada makanan lain yang aku bagi tapi aku dah lupa.

Basically, aku follow juga food chart tu. Since aku memang 24jam duduk rumah, aku memang masak untuk hadif. Kira hadif makan homemade food. Dah duduk rumah, jangan nak malas sangat boleh tak -___-''. Tapi aku rasa semangat berkobar-kobar dengan kerajinan aku tak seiringan dengan selera makan hadif. Sentap mak.sob3..

Meh aku story perihal anak teruna aku ni...Kome nampak badan dia debab kan? Asal orang tengok dia, sure semua cakap montel,chubby dan semua yang sewaktu dengannya. Mesti ada yang tanya, aku bagi dia makan apa. Pada hakikatnya, dia bukan jenis pemakan. Mamanya ni berkobar-kobar cari resepi bagai sebab excited nak tengok dia makan. Tapi nan hado...

Antara menu yang aku pernah try masak, bubur ayam berkeju, bread pudding, cheezy pumpkin ball, chicken bolognese dan ada 3-4 resepi lagi yang aku cuba masak. Bersungguh aku masak. Bak kata orang, masak dengan penuh kasih sayang. Tapi bila bagi dia makan, ada la 3-4 sudu. Yang pumpkin ball tu dia wat lenyek-lenyek kat high chair. Bread pudding tu, 2 sudu je kot. Pastu dia macam dah nak muntah -__-''

Merintih mama ni hadif oii...sampai ketibas (ketiak basah -__-) mama masak makanan tu tau. Sampai hati taknak makan. Sob3..Rasa nak lari g batu belah batu bertangkup jam-jam tu juga.hahha...Over tak expresion aku? Tapi serius wei..rasa tak berbaloi dengan peluh betina yang keluar tapi hasilnya ke tong sampah.

Hadif lebih suka makan fresh fruit. Bagi la buah apa pun, memang dia tak menolak. Especially buah naga. Sebiji pun boleh habis. Buah pisang or betik slow skit. Nampak tak, double standard disitu. Buah-buah murah slow je dia makan. Cer bagi buah anggur, lambat skit kopek kulitnya mula dia jerit-jerit. Kalau nak bagi bubur nasi pun, dia suka letak ikan bilis pastu campur dengan sayur. Sayur apa pun takpe. Carrot ke, bayam ke, sawi ke, no hal. Tapi kalau ko kekonon nak ubah selera nak bagi dia bubur ayam keju bagai, kirim salam dia nak makan. Opahnya cakap ikut tekak opah. Tekak orang kampung.

If nak bagi oat pun, just campur dengan buah je. Paling dia suka, oat campur apple. Time tu memang laju dia makan. So, kalau ikutkan memang senang kerja aku. Tak payah nak fikir menu yang over-over. Dok ulang oat campur buah dengan bubur ikan bilis. Tapi aku risau dia bosan. Lama-lama dia jemu pastu tak nak makan. Tak nak jadi macam tu.  Kalau boleh aku nak intro dia dengan macam-macam menu ikut kesesuaian umur dia.

Sebab memang ada budak aku jumpa umur dah 4 tahun, dia just makan nasi putih dengan biskut je. Nasi tu takde lauk okeh..biskut pun yang warna hitam macam biskut oreo tu je dia makan. And lagi best, dalam seminggu dia makan ada la 2 kali je nasi putih tu. Jimat beras rumah ko kan @_@.

Sejak masuk 9 bulan ni, paling tragis hadif dah tak berapa nak makan. Last week langsung tak nak makan. Just makan buah hari-hari. Aku tak risau dia lapar sebab aku tengok dia ok je. Makin aktif ada le. hahah...Lagipun, dia still breastfeed. So, tak risau mana pun. Cuma, even dia tak berapa berselera nak makan, badan tetap maintain. Debab je pun aku tengok T__T

Setakat ni tu jela perkembangan solid food hadif. Nak share menu pun aku malas sebab aku kadang-kadang terfikir mungkin aku masak tak sedap kot. Sebab tu hadif tak nak makan.hahaha.. Tapi en adha cakap, baby mana ada deria rasa lagi. Bagi aku, bab jaga anak ni kita macam try an error. Mungkin anak orang lain suka makan tapi anak kita tak suka. Ko masak puding harini, belum tentu anak ko suka. Esok try masak pasta plak So terpaksa try an error. Macam aku, even hadif tak berapa makan, aku tetap masak hari-hari. Tak kisah dia nak makan ke tak. Dari situ aku boleh tau apa yang dia suka and tak. Bila dah jadi mak-mak ni kena rajin. 

Anak korang camne plak? Ada tak kes macam hadif? Meh share..kot korang ada tips ke macamana nak bagi anak berselera untuk makan. Sharing is caring ^__^


Benda yang orang tak bagi makan memang suka sangat nak makan
ehh..opah hadif cun la
(-____-)


p/s: hadif dah mula refuse minum guna sippy cup. Nak minum dalam cawan plak sekarang ni 

3 comments: (+add yours?)

LisaLisut said...

Untung hadif mak dia rajin msk mcm2 resipi.. I pulak mmg ngaku i kurg rajin nk msk mcm2 cz tkt hannah xnk makan. Tp.... Kuat makan bdk ni smpi i yg rs loser xdpt msk sdp2 utk dia. Teringin nk msk mcm mak2 lain mcm u mention ayam bkeju bagai kt ats tu hehe tp ntahla.. I ni malas benarrr kot. Balik2 bubur carot bayam ikn bilis bubur ayam, labu tu je. Buah if rajin. Lain biskut milna. Haih kesian anakku .. Tp kdg2 xsempat letih huhu. Hadif xnk mkn sgt pn tp bdn bam2. Hannah kne makan nk kasi naik berat bdn huhu...tp selera hadif tu yg ala kg tu lebih kurg hannah hehe cuma hannah jnis telan sume benda gagaga

adlyn833 said...

lisa>>i pun takde rajin mana pun.tapi dah dok umah je kejanya..kang hubby kata malas melampau plak.hahaha..i fhm camne letihnya kerja sbb i pun pernah keja dulu.tambah plak dah ada anak kan.xpe,take ur time...pndai2 adjust time..nanti aura rajin mesti datang.hehehe

IRYANI ALIAS said...

Try bg nasi ayam gwmas mustafah..sure x menolak.anak aku 2 pinggan palung sikit..huhu..

Post a Comment

any idea or comment?just drop here