Mana nak beli hand blender yang murah

Abaikan tajuk post ni. Nak fikir tajuk pun dekat nak 10 minit. Sebenarnya, ada 2-3 orang reader blog aku yang tanya mana aku beli hand blender lepas aku cerita dalam entry solid food ni. Even, ada kawan-kawan aku pun tanya. Yang mana kawan-kawan of course aku bagitau direct je sebab nak tunggu aku cerita dalam blog ni entah bila kan.

Ulang tayang hand blender yang aku beli

Kenwood Hand Blender HB605 White
Source: LAZADA

Aku beli hand blender ni kat Lazada. Time aku beli tu harga RM126. Tapi boleh redeem 
voucher RM 10. Just sign up untuk news letter, korang entitled untuk dapat voucher tu. Lepas aku beli, mana yang kengkawan aku yang baca blog aku ni, sibuk nak beli gak. Even yang takde anak pun sibuk nak beli.hahah..

Tapi yang bestnya, kalau korang beli sekarang, lagi murah sebab tengah ada promosi. Harga RM95. Korang redeem voucher RM10. Haa..penjimatan yang berganda.Aku bagi link siap-siap supaya senang korang membeli


Servis Lazada setakat ni ok. Even ada kawan aku yang pembeli tegar kat Lazada pun takde experience yang teruk. Kadang-kadang je barang lewat sampai. Tapi jarang sangat. Masa aku beli blender ni, aku beli pagi, esok tengahari dah sampai.

Performance blender tu macamana plak? Review dari aku yang dah guna nak dekat 6 bulan ni..aku puas hati. Senang nak guna. Cepat and senang nak bawa travel. Kalau nak basuh pun senang sebab dia tak banyak part yang nak kena buka. Sekarang aku dah jarang guna untuk blend makanan hadif sebab dia dah start makan benda yang kasar. So, blender still aku guna untuk buat mushroom soup ke. At least, lepas anak dah besar pun still boleh guna.

So, hopefully aku dah menjawab soalan korang semua. Ada lagi soalan lain yang aku belum jawab. Pasal car seat, stroller..hahah..Nanti aku jawab satu-satu ye. Bila tu tak tau lagi. Tak nak janji sebab takut tak ditepati.

p/s: aku busy prepare party birthday boy. Ada kawan blogger nak datang tak??

0 comments: (+add yours?)

Post a Comment

any idea or comment?just drop here