Smocking Dress Cantik & Murah

Assalamualaikum, lama tak menulis. Sejak puasa aku dah tak update blog. Gaya macam busy masak je. Mengalahkan orang amik tempahan jahit baju kan. Aku ada je. Tak busy mana pun cuma otak beku nak mengeluarkan idea nak share kat sini. Harini baru dapat ilham.

Aku nak promote kat korang baju dress untuk anak-anak perempuan. Yelar, takkan anak lelaki plak nak pakai kan. Ni bisnes kawan aku. Aku tolong promote je. Aku jeles sebab tak dapat nak beli. Makanya, aku share dengan dengan korang. Kalau aku ada anak perempuan, entah berapa helai aku beli agaknya.

Meh aku tunjuk korang gambar baju nya..





Saiz ada dari new born sampai budak umur 6 tahun. But, depends saiz budak. Material kain cotton yang tak panas. Amat sesuai untuk budak-budak. Design semua cantik-cantik. Warna lagi la. Ko cakap nak warna apa. Polka dot pun ada tau. Merah mak ngah pun ada.hehe...

Polka dot


Dusty Pink.
Suka la warna ni.sweet macam candy
^_^

Mesti ramai yang nak tau harga kan. Untuk baby, harga RM35, toddler RM45. Harga dah termasuk penghantaran. Murahkan + berbaloi sebab baju cantik and material memang kualiti sangat. Tak payah korang nak keluar berpanas-panas nak beli baju cantik & murah. Aku ni sebab hadif tu lain jantina je. Kot idak, memang dah berhelai-helai aku beli. Kenapa baju budak perempuan comel sangat ha??

Kalau korang nak tengok lagi gambar lain and nak order, boleh g kat page


Selamat bershopping.

p/s: hari ni nak g cari baju melayu hadif. Sedih sebab tak bleh beli smocking dress.sob3

4 comments: (+add yours?)

safurara said...

ala kalau kecik sikit boleh beli.

adlyn833 said...

rara>>baby umur brape?ada saiz dari new born.try tengok page tu..

cha said...

alahai comelnya pakkal la i xde anak lg kalau ada memang dh beli haha

adlyn833 said...

cha>>memang comel.tula,i pun x bleh nak beli sebab anak i lelaki..sedih tau.heheh

Post a Comment

any idea or comment?just drop here