Dah Balik Beraya ke?

Aku dah bersiaran dari kg ye kawan-kawan. Hari sabtu lepas sahur zass kami bertiga beranak pulang ke kg halaman. Beraya mana tahun ni?hohh!!cepu emas sungguh soklan tu. Tahun ni turn beraya di kg en adha kat Parit Buntar. Tapi as usual before balik sini for sure singgah tapah dulu. So, sabtu dengan ahad lepak tapah dulu. Semalam lepas zohor baru balik Parit Buntar.

Best bebenor rasanya dapat balik kg lelama. En adha balas dendam sebab dah berkurun tak amik cuti. So, dia apply cuti 10 hari. Hamek ko...sampai ahad depan cutinya. Dah macam budak sekolah. Tu pun cuti dia ada lagi 14 hari. Haa..punya dia komited dengan kerja sampai replacement leave pun berlambak-lambak.

Kami lepak parit buntar dari semalam sampai raya kedua. Raya kedua lepas subuh terus gerak balik tapah. Yahhoo!!sambung raya kat rumah aku plak. Menu raya dah siap dari raya pertama sampai raya keempat kat rumah aku. Heaven betul raya. Malam raya ketiga as usual kat rumah family aku akan buat BBQ. Time ni semua sepupu sepapat akan lepak kat rumah kami. Time ni la nak kumpul ramai-ramai.

Pada aku raya kat mana pun sama je. Tapi of coz kat rumah sendiri lagi best. Tambah plak mama jenis suka masak kalau semua anak-anak dia balik. Siap kawan-kawan aku nak datang pun boleh request nak makan apa. Confirm mama masak. 

Oklah, ada masa update lagi. Cerita pasal shopping raya pun aku tak publish. Entry ada dalam draft. Puasa tahun ni lemau betul nak update blog. Kalau rasa rajin aku upload nanti ye. Ada ke orang nak baca cerita shopping raya lagi?hahah...

Seronok benor dapat main buaian kat rumah opah anjang

Gambar malam tadi
Aktiviti bulan puasa kat P.buntar...
Makan kerang + segala seafood. Heaven sungguh
Rugi plak tak amik gambar. Kalau tak boleh share story dengan korang.


p/s: Harini nak g Penang. Shopping raya tak habis lagi. Selagi belum raya katanya ;P

1 comments: (+add yours?)

LisaLisut said...

I balik tapah ahad. Tp skjp je drop mak i dlu. Then ke kuala kangsar umh mil sbb nk tlg skit. Slasa balik tapah balik cz raya thn ni my turn kt tapah hehe. 2nd raya br balik kuala tmpt. Husben i hehe. Slmt hari raya!

Post a Comment

any idea or comment?just drop here