Pengalaman Bawa Hadif Naik Flight

Jangan plak ingat aku terbang bawa si hadif tu. Nak cerita pasal pengalaman bawa Hadif naik flight masa g Perth haritu. Nightmare ok. Rasa macam lepas ni g mana-mana naik kereta jela -___-''

Before aku story lebih lanjut, cerita camne aku boleh ke Perth tu pun agak mencabar minda. Actually, masa bz beraya kat kg haritu, en adha dapat phone call dari boss dia, bagitau yang dia kena g Perth end of Aug. Time tu memang terkejut sebab less than 2 week je dari msa dapat call tu. Balik KL terus settle untuk flight tiket. Semua company dia yang uruskan.

So, bila dah settle semua, en adha tanya aku nak ikut ke tak. Ehhh..lagi mau tanya. Of course jawapan adalah hendakkan. Dia pergi dua minggu. Kitaorang decide untuk pergi lewat seminggu dari en adha. Haruslah aku membawa bonda tercinta ku sekali sebagai peneman. Lagipun en adha dapat bilik besar kt sana. 1 queen bed, 1 single bed. So, hotel dah kira free. Tinggal bayar duit tiket. Sebab tu aku suka kerja baru en adha ni. Kalau kerja lama dulu, asal outstation mesti g tengah laut dok atas pelantar.

Setelah di timbang atas dacing, maka aku sepakat dengan mama nak naik MAS instead of AirAsia sebab kan timing and juga atas faktor keselesaan. Bukan apa,sebab ni first time aku naik flight bawa hadif and en adha takde dengan kami. Untuk tidak mengambil sebarang risiko, pejam mata bayar jela flight tiket MAS tu. Maka terbang la kami ke Perth hari Jumaat 30 Ogos. Sangat tak patriotik pergi meninggalkan negara di kala kemerdekaan kan.hehehe...


Pasport budak nepal kata adik aku -___-''
Masa first tengok pasport ni, terus dia gelak macam hape. Pastu upload dalam IG dia. Kuang asam punya adik.

Senang betul proses nak buat pasport sekarang. Tak payah nak isi form bagai
Haritu aku buat tak sampai sejam siap. Aku buat kat Ipoh

Disebabkan semua benda last minit, aku lupa nak call untuk reserved kan seat -___-''. Pandai sangat aku ni. Sudahnya, aku dengan mama tak dapat duduk sebelah menyebelah. Kebetulan pulak, flight memang full. Ramai sangat le pun nak g Perth. Konon-konon nak minta tukar seat dengan orang sebelah aku, sekali nenek tua mat salleh tu cakap, dia memang book seat tepi tingkap tu. Maka, aku duduk sebelah gak dengan mama cuma dipisahkan oleh lorong dengan seat sebelah. Aku dok seat 2 orang, mama duduk seat yang 4 orang.

Waktu nak mula take off, hadif ok lagi. Diam je duduk atas pangku aku. Lepas setengah jam, dia mula menangis. Bukan menangis je, meraung ok. Kebetulan masa aku g tu, ada dua lagi baby yang travel dalam flight tu. Baby tu dok menangis juga. So, mula-mula aku tak heran sangat. Tapi, bila baby tu dah diam, hadif tak juga diam-diam. Aku siap bangun bawa dia jalan 1 flight. Dari depan sampai belakang aku dukung. Memang mencabar minda bila dukung baby dalam flight. Dengan sempit, pastu hadif tu debab...berat dia je 10kg. Macam nak pengsan aku rasa.

Duduk je, dia meraung balik siap dengan pakej meronta-ronta. Time ni aku memang dah nak menangis. Rasa macam give up. Mama dok pujuk pun dia tak nak. Aku pelik sangat sebab dia tak pernah macamni. Pastu aku syak mesti ada something wrong. Bila aku tepuk perut dia, rupanya perut dia kembung T___T. Rupanya, siang tu opahnya bagi makan buah betik banyak sangat.hahaha...Aku plak memang busy siangnya settlekan hal-hal bank en adha. Tinggal berdua dengan opah. Opah tak nak dia menangis, maka bagi dia makan macam-macam. Aku tak salahkan mama pun.

Masa naik flight plak, aku memang tak spare minyak ke apa ke. Suma aku letak dalam beg yang di check in. Selamat mama ada balm sakit kepala dia. Lepas sapu, urut-urut sikit baru dia diam. Tak lama lepas tu dia tidur. Lega gila time tu. Dalam kepala otak aku, memang dah rasa tak nak bawa dia travel naik flight dah. Taubat aku.hahhaha...Bayangkan dia menangis dekat nak sejam lebih.

Masa dia tidur tu, sempat la aku makan bagai. Tak lama lepas tu, ingat aku nak tidur kejap, boleh plak dia bangun.Sob3....Sambung mengamuk balik.hahahha...Tapi tak lama pun. Dalam hati aku berdoa cepat le sampai. Lagi 45 minit nak sampai, dia tidur balik. Tapi aku memang tak sempat nak tidur. Badan letih gile.

Aku anggap ni first time experience bila travel dengan baby. Jangan le nak bagi makan yang boleh menyebabkan perut dia meragam. Lapar takpe lagi. Kalau sakit perut kembung tu yang haru. Make sure, dalam handbag standby minyak yuyi ke apa ke. Beli saiz yang paling kecik. Jangan bawa yang besar plak. Tak pasal-pasal tak boleh bawa masuk flight nanti. Bawa toys or buku yang boleh melekakan dia. Macam flight g Perth tu, 5 jam. Lama wei...bukan budak je bosan, mak budak pun bosan tau.

Ok next entry, aku sambung pasal Perth plak.

p/s: kemalasan nak update blog amat berleluasa ;)

0 comments: (+add yours?)

Post a Comment

any idea or comment?just drop here