Perth:: E-Shed Market

Orait lepas dari Kings Park kami pergi ke E-Shed Market plak. Datang sini semata-mata nak beli sourvenir. Sebab mostly suggest beli kat sini. Ramai yang cakap murah compare kat tempat lain.
Ni le rupa EShed Markets tu. Macam gudang je pun. Tapi dalam tu ada kedai-kedai 

Mostly dalam ni memang jual sourvenir je. Ada gak kedai jual makanan tapi tak banyak. Dalam ni ada kedai makanan halal. So, jangan risau kalau tetiba lapar kat sini.
Cari je kat area food court, ada 1 kedai yang halal.

View dari pintu belakang Eshed Markets


Belakang Eshed ni actually pelabuhan.

Ok. Sila pergi ke kedai Megabes Souvenir. Kedai ni dekat dengan pintu masuk

Aku memang banyak beli barang kat Megabes dengan Freo Souvenirs. Kedai ni berdepan je. Yang Megabes tu owner dia cina Spore. Yang Freo tu owner dia org Indonesia. Harga tak banyak beza sangat tapi bila korang cakap korang dari M'sia and tau kedai dia dari blog, sure dapat diskaun masa nak bayar. So, lepas korang baca ni, cakap je ada blogger suggest kat kedai dia. Untung jadi bloggerkan.

Mana yang takde kat Megabes, aku beli kat Freo.Korang pandai-pandai la survey. Aku memang beli banyak fridge magnet je. Keychain memang tak beli sebab aku tak suka. hahaha..So, aku rasa orang lagi suka dapat fridge magnet macam aku. Macam-macam ada kat sini. T-shirt, apron, beg, fridge magnet...isshh..tak tau nak cakap.hahaha...Cuma setiap kali beli mesti nak kena kali dengan 3. Terus fikir 3 kali nak beli ke idak. Katanya budget holiday, gini le gayanya.

Disebabkan aku dok Perth seminggu, memang bukan kat sini je sourvenir yang aku beli. Ada satu kedai lagi kat area hotel aku duduk tu pun sourvenir murah gak. Nanti aku share ye.

Sempat bergambar dengan kereta antik
Ehh..kereta tu ada ownernya. Maybe tengah shopping dalam Eshed.
Kat Perth memang banyak kereta camni.

p/s: ok,ada lagi beberapa entry untuk settlekan story Perth ni.

1 comments: (+add yours?)

traveller said...

Salam.nak share with u guys.i br blk dr perth.stayed in mahira holiday hmes n car rental.rumah memang best siap dgn wifi free.modern fully furnished.near city perth.max 11 org.memang harga berbaloi.servis thumb up. Owner Hj shariff.anak dia ada disini.boleh contact 0123360098 cik siti. Diaorg buat fullboard pakej juga siap 3x halal meal a day.

Post a Comment

any idea or comment?just drop here