Showing posts with label home sweet home. Show all posts
Showing posts with label home sweet home. Show all posts

Keadaan Rumah Sejak Kami Bertiga

0 comments

Sejak ada hadif ni, rumah kami dah macam tongkang aku rasa. Bukan aku nak cakap, ada anak rumah aku bersepah, jangan salah anggap ye. Cuma barang memang bertambah and dah ada little helper yang tolong sepahkan barang. 

Latest version rumah kami, dah macam taska.sob3..Serius. Bawah tangga dah segedabak inflate splash & pidy. Gara-gara en adha nak sangat bagi hadiah kat anaknya. Slide tu aku boleh terima lagi sebab tak makan space banyak sangat. Stress betul aku tengok menatang tu. Semalam arahan dah dikeluarkan. En adha kena kempiskan benda tu pastu simpan.

Area living hall dengan dining hall ni ok lagi. Sebab barang hadif memang mostly bawah tangga je. Kekonon play area dia bawah tu je. Tapi jangan bermimpi dia nak dok main je kat area situ. Haruslah dia menjelajah ke serata rumah. Sejak dia ada ni, rumah memang dah jarang nak kemas-kemas ala-ala Eric Leong. Dapat lapangkan mata dari toys dia yang selambak tu pun dah kira hebat. Kalau time dia main, memang dia jenis terbalikkan je bakul mainan tu then bersepah-sepah le ke serata alam segalam mainan. Mama dia tukang kutip + kemas. Tak sampai sejam terbalik kan lagi.

Dah dilambakkan mainan banyak-banyak tu, dia main lion plak
Disaster tak?
-___-''

Even aku surirumah pun, still kadang-kadang tak sempat nak kemas. Mana nak larat wei, kemas tak sampai sejam udah bersepah. Selalunya aku biar je mainan dia until dia tidur, baru aku kemas. Dia jaga kang bersepah balik. hahha...Before nak tidur, en adha plak kemas. Dia akan simpan semua mainan before bawa hadif naik bilik. Sambil kemas tu, mulut bebel-bebel marah anak.hahah...

Gaya macam cari harta karun

Hobi masa dia 8 bulan. Selongkar laci. Dia buka, pastu cari barang yang dia suka. Yang tak suka campak ke belakang. Geram je tengok. Gaya macam orang selongkar tong sampah. Bila dia start tarik laci, kitaorang cakap bos hadif dah masuk ofis. Time ni memang letih. Pastu dia tak serik even jari dia dah banyak kali tersepit kat situ. Sudahnya, aku beli lock untuk laci tu. Beli kat Daiso. Puas hati sebab Ofis Hadif dah kena sita.hahah...

Lagi satu feveret dia, kalau aku melipat baju. Adoii..sure dia datang sambil gelak-gelak. Dia tak usik baju yang berlonggok belum berlipat. Dia akan pergi kat baju yang dah lipat pastu tarik dengan gembira. Dia macam tau-tau je yang mak dia ni "teramat rajin" lipat baju. Memang menguji kesabaran. Selalunya memang aku lipat malam or aku hangerkan aje.haha..en adha memang dah sedia maklum yang aku paling tak suka lipat baju.

Boleh dia buat muka comel lepas sepahkan baju
Mana tak geram?

Kadang-kadang, periuk belanga aku pun ada kat living hall tau. Ni kes bila aku nak masak, kena la umpan dia bagi periuk, sudip, whisk. Tapi kalau dah budak bijak terlajak, dia lagi pandai tau. Bawa periuk tu pergi depan tv sebab dia suka tengok iklan. Kalau dok kat dapur, tak dapat tengok iklan. Tang iklan je dia suka. Yang lain tak layan. 

Junior Masterchef
"hari ni kita nak wat kek coklat ye aunty-aunty"

Atas coffee table memang clear. Tak boleh letak apa-apa. Kalau ada benda, memang kena campak ke bawah le alamatnya. Even table runner pun aku dah simpan. Bak kata mama, bila ada anak memang rumah tak boleh nak berhias. Tu pun selamat rumah aku ni tak banyak sangat perabot. Yelar, rumah pun tak besar mana. Syukur gak, sebab kalau besar lagi jenuh nak kemas.

Tu baru anak sorang, kalau dua, tiga, empat, lima....eehh..tiga je kan B??haha..mau aku pengsan. Selamat juga aku tak kerja. Selalunya, lepas mandikan hadif dalam pukul 4.30-5, aku akan cepat-cepat kemas apa yang patut. Sebab, aku akan make sure keadaan dalam keadaan kemas before en adha sampai rumah. Yelar, balik kerja penat, redah jam bagai..sure nak balik rumah hati tenang.Time ni aku akan make sure hadif  just main buku-buku je sebab time ni juga selalunya aku bacakan buku untuk dia sementara tunggu babah balik. 

Setakat ni, hadif belum lagi mendengar arahan bila suruh dia simpan balik mainan dalam bakul. Tapi insyaAllah, aku akan train sampai dia pandai. Budak-budak ni dia akan ikut apa yang orang sekeliling buat. So, selalunya bila aku kemas, aku akan buat depan dia sambil mulut pot pet bagi nasihat yang bernas.haha..

Aku memang tak marah pun kalau dia wat sepah. Biarkan je. Pada aku, budak baya hadif ni memang tengah fasa nak explore everything. Layankan je. Marah pun tak guna. Aku lagi suka dia dia jenis explorer camni dari pasif je. Haa..kalau yang tu harus risau. Tapi kalau dah besar nanti buat sepah, memang mama jadi monster hijau ye kalau tak nak kemas mainan.

Sempena nak raya ni, aku ada benda nak buat untuk cantikkan rumah ni. Sikit je pun. Tunggu dah ada rumah sendiri baru boleh nak wat cantik banyak-banyak. Sekarang, just maintain bagi kemas and sedap mata memandang sudah.

P/s: dalam dilema. Moga tuhan bagi petunjuk ;P

Shopping di Kaison

3 comments

Kali ni aku nak story 1 kedai yang dah banyak menelan duit aku. Korang pernah pergi Kaison?Pada sape yang tak tau, kedai nii kat Paradigm Mall kat Kelana Jaya tu. Tak silap aku, dia ada lagi cawangan lain kat KL ni tak silap kat KL Festival City. Before ni aku memang suka mencari barang rumah kat Ikea dengan Daiso je. Sekarang Kaison pun dah masuk list.

Nampak je kedai ni, hati dah tergedik-gedik nak masuk

Apa ada kat Kaison?MAcam-macam ada. Mostly barang untuk hiasan rumah. Kalau sesiapa yang suka nak mendeco rumah, aku syorkan korang g sini. Banyak pilihan and murah. Ada bunga, langsir, pasu-pasu, barang-barang untuk party, jam, lukisan dinding..eehh,banyaklah. Aku kalau pergi sini,sure aku nak jalan 1 kedai. Keluar sure akan beli barang. Tak sah kalau tak membeli.


Masa nak prepare untuk birthday hadif tu, banyak gak barang aku beli dari sini. Macam cupcake tier tu. Lilin birthday semua aku beli. Macam-macam lilin, lilin happy birthday, lilin no 1, lilin birthday boy. Tamak haloba tak aku.haha..Ate, harga 90 sen, RM2, memang aku amik jela. Padahal, anak bukan reti pun nak tiup lilin.haha...

Pastu aku ada beli latern. Yang ni makcik aku pesan. Harga RM2.90 je untuk saiz yang medium. Kenapa kedai ni tak wujud masa aku nak kawin. Sedih mak...Kalau tak,sure aku memborong macam-macam kat sini.


Tambah best sebab kawan baik aku memang dekat sangat rumahnya dengan Paradigm. Hari-hari dia g sana. Pada dia Paradigm tu dah macam kedai runcit. Garam habis g Paradigm, ikan takde, g Paradigm. Dasat ko kan.haha..So, dia selalu jadi informer aku. Jap-jap msg "ada stok lantern baru sampai", "Kaison ada barang baru", "cashier Kaison yang baru hensem wei"..ok,yang tu aku tokok tambah.-__-''. Makanya, memang Kaison menjadi tempat aku membuang duit. 

Meh aku share apa aku beli baru-baru ni. en adha pun tak tengok lagi sebab dia kan takde, kat JB membanting tulang. Isteri g bersuka ria shopping. Ini shopping untuk raya B..heheh...


Aku beli sarung kusyen untuk bantal Ikea yang berwarna-warni tu. Rumah aku banyak kusyen empat segi ni. Tapi sarungnya ada 1 corak je. Maka,haruslah membeli baru. Dah bosan aku tengok. Sarung tu 1 Rm5.90. Pastu jumpa plak sarung tangan pink. Even aku tak suka sangat warna pink, tapi sebabkan harganya RM1, maka wajib beli.hahaha..RM 1 dapat dua tau. Kiri dengan kanan. Mana nak dapat harga camtu kat tempat lain. So, pejamkan je mata untuk warna pink tu. Baru semangat nak buat kuih raya sebab ada sarung tangan baru. Boleh camtu?

Sempena dah nak raya tak lama lagi, bolehlah korang pergi Kaison. Cari bunga raya, pasu raya, langsir raya, kusyen raya...segala bagai raya lah. Confirm korang suka and rambang mata. Selamat shopping ye kawan-kawan.


 p/s: Daiso pun dah buka kat Paradigm..suka tak?hahah


Sepi

2 comments

Aku tak dapat bersiaran di sini seperti selalu sebab Unifi kat rumah aku ada problem. Ada jiran renovate rumah, potong pokok sampai wayar Unifi tu putus. Nak aje aku potong kepala orang tu. Damn!!
En adha dah call TM hari Sabtu lepas. Katanya appoinment pagi ni pukul 9.30am. Dengan rela hati en Adha half day sebab nak tunggu diaorang datang repair.

Pukul 10am en Adha cakap diaorang tak sampai lagi. Aku call Unifi dari ofis. Pastu diaorang boleh cakap "kalau ikut system, appoinment Pn hari sabtu ni 13hb". Terus rasa nak maki. Tapi en Adha dah pesan before aku call tu, katanya jangan marah-marah orang bulan puasa ni T____T. Bila nak marah budak TM tu, terus teringat cakap suami, terus redha.

Sabtu ni la baru aku boleh update best-best. Baru ingat nak share resipi. Nak update dari ofis ni aku tak berapa suka sangat. Konon baik la kan *___*

Lagipun, en Adha takde untuk minggu ni. Tengahari tadi dia dah g Port Dickson.Sob3.Sedihnya nak berbuka sorang-sorang harini.Hatiku sepi -____-

Sudah mahu pulang. Selamat berbuka ye kawan-kawan.

p/s: dah seminggu berpuasa ;P

Hadiah dari En Suami

14 comments

Ingat lagi entry entry ni?
Rentetan dari entry memuji en suami berbakul-bakul(untung wei puji suami sendiri)
Akhirnya segala penat lelah memerah otak telah membuahkan hasil
pergghh..ayat cam nak amik paper BM SPM
Hadiah yang diidam dan diimpikan
'
'
'
'
'
'
'
'

'
'
jeng
'
'
jeng
'
'
'
'
jenggggggggg

oven yang bergaya lagi macho
huh!!

Thanks to en adha sebab memahami aku yang suka masak ni walaupun aku failed bab-bab bakery ni.
Pandai dia pilih timing kan.Dah dekat nak raya baru beli.. ;P
Alaa..bagi hint nak suruh wat biskut raya la tu
Tak bagi beli dah macam tahun lepas
Aku tau en adha belikan oven ni sebab ada maksud yang tersembunyi.
Dia ada suruh aku wat Lasagna haritu. Jawapan klise orang malas
"Camne nak wat, nak bakar pakai arang ke"
(dalam hati melonjak riang sebab oven takde)
-____-

Sekarang no more excuse
Terus kobar-kobar nak masak untuk en adha 
Kawan aku Yah terus text
"ko wat la makan-makan kat rumah ko,aku datang tolong potong-potong"
okey Yah.memang ko layak potong-potong je
kang kek pandan elok-elok warna hijau terus jadi hitam kan

eehh..ehhh..jap
"B..tak boleh wat kek gak sebab rumah kita takde mixer"
^_____^
dasar pemalas yang takkan berakhir

p/s: anyway,thanks a lot hubby.lebiu!!lepas ni kena puji-puji lagi untung-untung dapat keta baru.gaagaagga

Bersendirian di Kuala Lumpur

4 comments

As I mention on my previous entry, aku dah pindah ke KL.Reason why, owner rumah sewa aku tu nak jual rumah tu early this year. Just inform us on middle November, then nak suruh kosongkan early 2011. Nak mencari rumah sewa di Kemaman adalah cabaran yang getir nye kawan-kawan.

Before kawin haritu en adha hari-hari pusing 1 Kemaman nak cari rumah sewa.Lagi seminggu nak kawin baru dapat rumah. So,kalau nak cari rumah dalam masa sebulan memang tak mungkin. At last,we decided to move to KL since en adha maybe akan balik juga menetap di KL dalam bulan 6 ni.InsyaAllah...Buat sementara waktu,aku akan dok kesekoran di KL ;(

Akhirnya, kami sudah berjaya menemui rumah di Kuala Lumpur. Everything is last minit.Memang aku takde masa nak survey area rumah aku tu ada kedai ke, pasaraya ke,Giant ke etc.Lepas bayar deposit semua,awal bulan haritu aku dengan en adha pun basuh rumah. Thanks to Mala and Puza. I owe you something girls ;P

Sedih mengenangkan terpaksa meleburkan duit untuk perpindahan ni. Habis elaun sara diri December aku di sekat oleh en adha.Meleleh air liur tengok Handbag Paris Hilton Nad.hahahah...Yelar, deposit je 2+1.Lori nak hangkut barang aku yang maha banyak tu je dah almost 1k.Danngggg!!!!Terus rasa nak pengsan.Terus terbayang Coach Hobo Kristin Leather handbag berlari-lari cipan meninggalkan aku.hukhuk...

But,anyway aku dengan en adha tenang hadap semua ni.Still boleh gelak even kawan-kawan rapat keep asking kitaorang nak mintak tolong apa-apa ke.Allah tu Maha Adil.Dia takkan uji umat dia  kalau dia tau hamba dia tak kuat.wahh..tazkirah petang plak.

Officially aku pindah masuk adalah 24 Jan haritu.Lori sampai pun dah malam.Dari Kemaman katanya.Aku g kerja esoknya,en adha sibuk mengemas rumah.Sampai je rumah semalam,aku dengan en adha berusaha kemas sikit-sikit rumah tu.Tengah malam buta pasang kuali astro.hahahha...Almost 3am baru kitaorang tidur.Terpaksa gak en adha pasang astro tu malam-malam buta sebab dia akan pulang ke Kemaman paginya.Haruslah aku meroyan kalau tak dapat tengok tv.

Pukul 5 pagi tadi en adha dah balik Kemaman.sob..sob..sob..Sedih-sedih pun,lepas je en adha gerak,aku terus sambung tidur balik.hahaha...Disebabkan melayan perasaan and feeling-feeling diva masa drive kereta,aku salah jalan g kerja harini.Bagus Adlyn!!!Syabas dan Tahniah diucapkan. ;P

Petang ni,aku tak tau apa nak wat.Kira macam ni adalah 1st time aku dengan en adha akan dok jauh after kami kawin.Even masa bercinta dulu aku tak kisah,but dah kawin ni memang rasa lain bila en adha takde.Rumah aku dah la 2 tingkat, 4 bilik plak tu..yang dok aku sorang.wawawawawawa...

Takmo sedih-sedih lor petang-petang ni.Kang aku sesat lagi nak balik rumah.Tu memang aku nangis dalam kereta.hahaah..Mau pulang sudah..Selamat pulang kawan-kawan ke rumah.Esok sambung kerja kembali ;P

p/s: aku suka kerja baru aku ;)

Berhijrah

2 comments

Lamanya tak update blog aku.Banyak benda yang telah berubah dalam hidup aku yang membataskan aku untuk update story.Reason aku tak update

- Aku dah pindah KL.Sedih dah tak dapat tengok laut lepas ni ;(

- Aku dah pun bekerja sekarang(kantoi...update blog time kerja) hahhaha...

Ada banyak benda nak cerita tapi aku memang agak kelam kabut sekarang ni.Rumah pun tak kemas habis lagi.Once ada masa,aku akan update semua story.

p/s: Januari yang memenatkan ;(