Sebelum 2012 melabuhkan tirainya, aku nak gak letak entry kegembiraan BFF aku yang telah menamatkan zaman couplenya, tak lain tak bukan Pn Nadira. Terus jadi Puan.Hohoho...
Firstly, aku nak mintak maaf sangat Nad sebab tak sempat nak arrage Party bujang ko. Sesungguhnya aku dah plan suku kaki bersama Yah, konon nak tema piknik..Puuii!!tapi tak kesampaian sebab takde masa. Sejak dah berhenti kerja ni tetiba aku jadi lagi busy. Actually banyak yang dah plan untuk party tu cuma memang takde masa. Im so sorry. Niat nak tolong ko the whole day masa ko nikah pun tak kesampaian sebab hadif demam. Aku memang rasa guilty sangat sebab tak tolong ko macam ko tolong wedding aku haritu. Serius!!
Oklah terus kepada topik entry, Nadira or nama comel dia Nad. Kawan aku masa sama-sama sekolah kat Sekolah Menengah Darul Ehsan. Sempat kawan sampai form 3 je pun sebab lepas tu dia dapat MRSM Jasin. Nad pandai ye tak macam aku yang hanya berjaya jejakkan kaki ke sekolah teknik yang best bangat.hahah..
Aku tak ramai kawan baik masa kat Selayang. Kawan baik aku mostly masa kat Teknik yang semuanya kawan yang merosakkan kelakuan aku yang baik ni..hehehe..So,Nad antara yang terbaik. Persamaan kami lagi, kami kawin dengan kawan sekolah kami sendiri. En adha tu 1 sekolah teknik dengan aku walaupun aku tak pernah kenal dia. Macam Nad, husband dia MAhadi tu memang kawan sekolah masa kat Darul Ehsan. Mereka rapat masa form 4 sebab Nad lari dari MRSM masuk sekolah lama balik sebab Jasin takde KLCC, nak makan pizza pun jauh -____-''
Diaorang ni bercinta lama gile hokeh!!!Almost 12 years. Setakat bertikam lidah semua tu dah tak heran. Terus percaya kata-kata"kalau jodoh tak kemana". At last both of them berjaya go through all the ups and down. Semuanya berakhir pada 30 November 2012. So sweet...
Dah takde idea nak taip. So, meh layan gambar
Wedding Nadira + Mahadi
Wedding Review-Famous Female Photographer
Sabtu lepas aku telah meraikan hari bahagia classmate aku masa sekolah teknik dulu, Rashid bersama cinta hati beliau Fatini. She was featured in the FACES magazine for ‘top ten female wedding photographers’ in June issues. Sila lawati blog fatiniz untuk melihat hasil kerja beliau yang bisa memukau ;P
Iftar Bersama Teman-teman
Seperti tahun-tahun sebelum ni, aku dengan kawan-kawan aku sure akan plan untuk iftar bersam-sama. Macam aktiviti wajib bulan puasa. Alhamdulillah tahun ni diberi kesempatan untuk berkumpul bersama-sama lagi. Tapi tahun ni kami buat kelainan dan demi memenuhi permintaan kawan aku si Yah dengan Mala. Diaorang request tahun ni iftar beramai-ramai dekat rumah aku memandangkan aku je yang dah berkahwin and tahun ni kebetulan aku dah pindah KL. En adha adalah suami yang sporting and dia tak kisah .. ;P
Terus wat formal invitation kat FB. Budak-budak ni memang senang sangat nak ajak join apa-apa aktiviti. Semua setuju. Korang memang best. Tambah seronok bila mama dengan babah pun datang. Kata mama dah lama tak jumpa kawan-kawan aku. ;P
Menu-menu semua pilihan tekak aku. Katanya aku tuan rumah kan.hehehe...Apa yang aku masak??ok...bawah ni ada gambar-gambar makanan yang aku masak
Percutian Tahun Hadapan
Belum pun habis tahun ni,aku dah ada tiket utk bercuti tahun depan -___-
Salahkan Air Asia.Siapa suruh asyik buat promo.Kalau tak buat promo,sure aku dengan Yah tak tergoda.
Pada hakikatnya,untuk tahun ni aku ada lagi satu trip percutian dengan mama aku bulan 10 nanti.
Kaya AA dapat customer cam aku..
Disebabkan ramai sangat kawan-kawan yang tak puas hati tengok gambar-gambar dari trip Singapore kami yang ohsem tu,ramai le complaint nape tak ajak mereka bersama..adooiii..
Kalau hp buruk aku boleh simpan msg sampai 3k,aku simpan jadi bahan bukti.Semua aku ajak kalau nak ke mana-mana.Antara jawapan standard
"na,aku belum habis bayar hutang negara,nanti tak lepas imigresen"(ya,duit ko habis kat kedai Zara,MNG & Dorothy Perkins)
"aku nak simpan duit nak antar mak aku g umrah"(mulia betul kawan aku ni,alhamdulillah)
"wei,aku confirmkan lagi 2 hari boleh tak"(aku beli tiket promo kot.pagi harga rm75,malam terus jadi rm180.Lagi nak tunggu 2 hari)
Akhirnya kami g berlima.So,tahun depan akan jadi lebih meriah sebab ramai plak nak join.Mungkin mereka baru tahu kehebatan aku dengan Yah merancang percutian.hahhaha....Actually banyak gile tempat yang kitaorang nak pergi.Antaranya,
Batam
Nak buat kunjungan balas untuk gf adik aku kat sana sebab dia dah datang Malaysia masa wedding aku.Kunjungan balas konon sebenarnya sebab accomodation free(ko ni memang budget betul)eehh..ehh..hye sri...kamu lagi baca blog ini kan.Terus omong indon nak tidur free punye pasal -___-"
Ho Chi Min
Nak shopping kain kononnya.Terus cancel sebab tak sempat beli tiket murah.Semua cash dah paras hidung.Pastu plak aku dengan Yah memang takde credit card.Hebat sungguh kami T___T
Sarawak or Sabah
Negara sebelah-sebelah banyak aku dah g.Tapi Malaysia pun tak habis pusing.Sampai Yah pernah tanya"wei Borneo tu kat mana".Menangis air mata darah aku dengar.Kalau tanya Rumah Mode Bandung sure ko tau kan??.
Bali
Tempat idaman Mala.Sampai terpaksa celebrate birthday Fit kat Ole-ole Bali sebab Mala dah termimpi-mimpi makan makanan Bali.Tapi end up budget tak cukup.Selamat dah bawa Mala makan kat Ole-ole Bali.Kot idak mau mengingau tengah-tengah malam.Haru!!
Akhirnya berkat usahasama aku dengan Yah,dapat gak tiket untuk trip next year.Sampai guna dua laptop.Lenguh-lenguh tangan kami isi nama passengger sebab ramai sangat T___T.
Destinasi??ermmm...next year la aku reveal..Ooohhh tak sabar nak bercuti beramai-ramai lagi.
Tetiba semalam Yah msg"Alyn,firefly dah mula promo harini.Apa kata ko check tiket g Batam"Pengsan!!
Rasa semalam gak nak tukar no hp -____-""
p/s: Batam menjanjikan spa terbaik dan seafood yang lazat ;P
Universal Studios Singapore-Tips-tips Berguna
Sebab dah terlampau ramai yang request kat aku camne kami ke USS, aku paksa diri untuk menaip. Sebab aku sayang semua readers aku. Terima kasih ye semua ;P
Hotel
Buat pengetahuan semua, aku ke sana atas tiket percutian budget. Tiket beli last year masa Air Asia promotion.Bila dah nak g, baru terkedek-kedek cari hotel. Harus diingat, bulan 6 adalah bulan GSS (Great Singapore Sales). So,mostly hotel dah fully book. Kitaorang tidur kat hotel kat area Little India. If korang nak mudah ke USS, boleh book hotel kat Resorts World Sentosa. Boleh go trough website tu and ada juga pakej untuk hotel dan USS. Mudah bukan. Tapi untuk kami memang tak la. Kami nak adventure (sebenornya budget kecik ).
Boleh dibeli secara online di web USS. Jika tidak mahu beratur atau takut kehabisan tiket pada hari kunjungan anda, boleh juga membeli tiket dari travel agent di Malaysia. Macam kami, tiket dibeli awal-awal di sini. Semua urusan kawan aku Yah yang buat.So,nak cite lebih-lebih aku tak tau~sorry~. Cuma yang tau dia beli tiket dari travel ejen di sini. Dapatkan bukti pembelian and boleh reedem dari kaunter di USS.
Singapore Trip-Universal Studios Singapore
Ke USS pada 1 July yang lepas. Sampai di depan pintu USS seawal pagi. Ingat kami paling awal, rupanya orang dah penuh macam semut hurung gula kat depan pintu USS tu.
Twitter
Facebook
Flickr
RSS





