Umur dah nak masuk 30 ni aku tetiba jadi concern plak dengan muka aku. Baru realize yang aku memang tak berapa nak jaga muka sangat. Masa zaman tak kawin, beria sangat membelek muka. Sekarang semua pun malas..tambah dah ada anak. Not good ok. Jangan ikut macam aku.
Sekarang ni plak, aku dalam fasa kemalasan yang melampau. Rutin aku setakat cuci muka je. Tu pun kadang-kadang aku tak cuci. Kalau dah cuci malas, jangankan nak pakai masker bagai. Masker clinique aku berkurun dah tak pakai. Banyak lagi. Membazir sungguh rasanya. So, kalau boleh aku nak cari benda yang tahap mudah. Tak payah nak bermacam-macam step. Lagi bagus benda tu yang aku makan pastu dia cuci segala benda yang kotor-kator. Kira macam cuci dalaman, luaran pun cantik sekali.
Bila dah ada kesedaran, mula la aku cari produk apa aku nak sapu kat muka aku yang kusam ni. Haruslah dapatkan khidmat nasihat dari kengkawan baik a.k.a pengkritik tetap.hahah..
Dari nak cerita pasal produk nak cantik, udah meleret-leret sampai entah apa kitaorang sembang. Tapi mission tetap tercapai untuk cari produk nak cantik tadi. Macam-macam produk yang kami diskus. Kawan aku si Yah dok heboh suruh try aura white, ada yang suruh try elmarino la, beautiskin la. Macam-macam produk sampai ada produk nama sama macam en adha. Produk a-DHA.hahaha...Tergelak aku dengar. Tapi ada plak pantangnya. Tak boleh pakai bedak sebulan. Ko mampu? Aku memang tak boleh. Bedak tu macam benda wajib pakai kalau nak kuar umah. Kot idak, entah rupa apa muka aku agaknya.
At last, aku fikir nak try makan kolagen je. Pure marine colagen yang tengah hot dipasaran. Sebab apa aku nak try kolagen tu? Sebab murah.hehhee...So, kalau tetiba aku makan sekerat jalan, tak le rasa ralat sangat. Nampak sangat yang aku ni memang pemalas kan. Lagipun, kawan aku si syafak tu memang duduk sabah. So, memang suruh dia je belikan. Harga lebih murah and kalau tetiba tak berkesan, aku boleh pulangkan balik rumpai laut tu.hhahaha...Tak salah nak mencuba sebab banyak khasiatnya rumpai laut ni.
Maka, rumpai laut tu dah pun selamat sampai kat rumah aku. Punya nak cepat, aku suruh syafak pos pakai skynet. Kang pakai pos laju, lambat plak muka aku nak cantik kan.hehehe...Sekilo aku beli tau. rugi beli sikit sebab postage dari sabah ke KL mahal tau. Tapi tak la aku sorang yang nak makan. Aku share dengan kawan-kawan lain gak.
Doakan aku berjaya habiskan kolagen tu and dapat kulit muka yang tulus mulus gebus.hahha..semua aku nak kot. Tak cantik macam neelofa, dapat sipi sipi pun jadi la. Tapi neelofa tu cantik ke??err...Cantik le dari aku ye tak T__T
p/s: aku dah masak kolagen tu,tapi tak mau beku plak..adooii..memang saja tak bagi aku cantik gamaknya
Nak Cantik Katanya :P
Hadif Dah Dapat Hadiah Birthday ^_^
Gigih taip entry sebab aku teruja anak dapat hadiah birthday 2 bulan awal.hehehe...
Mamanya yang terlebih excited...Alhamdulillah rezeki hadif *__*
Delivery sampai depan pagar rumah pagi semalam. Nampak je kotak besar tu, terus aku senyum lebar
Nak tau hadif dapat hadiah apa??
Jeng...Jeng...Jeng...
Al kisahnya, aku dengan en adha memang tengah mencari walker yang jenis ride ni. So, aku gigih la search mana yang elok dan yang murah. Murah tu penting ye sebab budget kami kecil je. Aku pun try gak tanya kawan-kawan yang pernah beli benda ni. Nak tau diaorang beli kat mana. Mungkin ada suggestion tempat yang murakan..
Nak dijadikan rezeki, kawan aku cakap dia nak belikan as a birthday present untuk hadif. Wahhh!!gumbira tak terkata rasanya. Memang dia pernah cakap masa anak aku umur 6 bulan haritu...katanya "nanti hadif dah pandai berdiri, aunty belikan lion tu ye". Aku just anggap dia bergurau je. Tak sangka betul-betul dia bagi.
Katanya, dia bagi hadiah birthday awal. Masa birthday nanti bawa hadiah kecik je.huhuh..Tak kisah le kawan, tak bawa hadiah dah pn takpe. Nanti aku letak kotak lion tu masa birthday hadif ye. Siapa yang bagi??hehehe..biarlah rahsia. Nanti masa birthday hadif, aku reveal. Kang ramai plak kengkawan lain claim nak hadiah lion sempena birthday anak mereka. Jenuh plak kawan aku tu nak tangkap lion je kejanya.hahaha....
Anyway, thanks sesangat kepada pemberi hadiah tersebut. Aku sayang sangat kat ko. Nanti birthday anak ko, aku bagi gajah plak.hehehe...Bersusah payah aku dengan mama pasang lion tu. En adha takde selama sebulan g JB. Susah gak aku rasa nak pasang lion tu. Ke aku memang takde talent nak pasang-pasang benda camtu. Sebab selalu pun en adha je yang buat. Hadif punya excited tengok lion tu. Sampai tertido anak teruna aku tunggu lion siap pasang. Maaflah nak oii..mama memang fail bab-bab pasang ni -___-''
Nampaknya, memang aku kena gak wat majlis birthday hadif even kecil-kecilan sebab belum birthday pun dah dapat hadiah. Siap dah ada kawan aku yang tanya apa menu birthday anak aku nanti. Pengsan!!!
p/s: plan percutian anniversary kami terpaksa dicancelkan...sob3
8 Bulan
- Officially merangkak 16/3/13. Siap ingat date sebab time ni tengah busy kat dapur, tetiba hadif ada kat kaki aku. Kalau dia meniarap memang dengar. Ini macam magic plak. Senyap-senyap dah sampai.hahha..So, officially juga dah takde mop bergerak kat umah aku -__-
- Dah mula nak tiru apa orang buat. Kalau tetiba ada orang call aku, dia pun terus capai apa yang ada kat tepi dia, letak kat telinga. Pastu tengok muka aku sengih-sengih. Ada sekali haritu, dia tengah pegang kertas A4, mama call aku, dia pun letak kertas A4 tu kat telinga. Aku bantai gelak sampai kuar air mata. Setakat ni tak sempat nak snap gambar sebab aku kan tengah bz gosip kat phone time dia tiru tu.hahah..
- Perangai terbaru sekarang, bangun tidur mesti nak menangis. Menangis sambil sebut "mama..mama" sedangkan aku sebelah dia je. Kadang-kadang geram pun ada.
- Selera makan so-so je sebab nak cakap dia berselera sangat pun tak. Tapi dah 8 bulan ni dah macam-macam dia makan.
- Dah teror memanjat dan berpaut kat mana-mana yang dia suka. Tempat feveret dia sofa, kabinet tv dengan coffee table. Lepas tu dengan senang hati nak lepas-lepas tangan. Macam dah teror sangat.
- Pandai bye-bye orang, kalau cakap busuk, dia pun lambai-lambai tangan kat hidung. Kalau nyanyi lagu "sep-sep..tom3", dia pun dan-dan tepuk-tepuk tangan.
-Waktu tidur dah agak lama compare masa 7 bulan. Cuma agak drama bila nak tidur. Sure nak mama dia pastu nak nangis-nangis dulu. Dalam 5 minit tidur, nanti mesti tetiba dia bangun pastu tepuk-tepuk tangan ke, tetiba terus baring tidur balik.hahaha..Mula-mula kitaorang macam pelik. Dah lama-lama dah biasa kot. Memang lawak gile..
- Suka memanjat, sepahkan barang-barang. Ada je kerja dia nak buat. Laci kabinet tv tu memang dah macam laci fail dia. Hadif ni jenis main toys dia kejap je. Pastu kang, dia mula explore benda lain. Main wayar la, kunci...Nak kena cari safety lock untuk laci nanti.
- Suka kutip benda kat lantai pastu masuk mulut. Yang ni paling risau. Haritu dia pandang aku, pastu sebut "mam..mam" sambil kunyah-kunyah. Sambil tepuk tangan, sengih-sengih. Tak lama lepas tu baru perasan dia makan kertas!!Aku terus korek-korek mulut dia. Ya Allah...selamat kertas. Kalau syiling ke?? Sekarang aku memang akan make sure apa yang dia buat. Kalau senyap je,kena cek apa yang berlaku.
- Dah mula kenal orang. Tapi dia ok je kalau orang yang dia tak biasa nak dukung dia. Tapi memang dia takkan senyum or gelak-gelak. Muka memang macam gengster kalau dengan orang yang dia tak kenal.
Johor Premium Outlet
Kali ni nak story pasal JPO. Aku plan g johor ni pun last minit. En adha ada kerja kat JB. Mula-mula ingat malas nak ikut awal-awal ni sebab dia da kerja kat JB tu until bulan 5. Tapi dah dia ajak, maka aku pun packing le segala barang malam sabtu tu. Mama pun ikut sekali sebab kebetulan dia ada kat KL kekonon nak teman aku dengan hadif masa en adha takde.
Malam tu dah inform en adha, on the way nak ke JB before check in hotel tu, singgah JPO dulu. Dia pun ok jela. Agak teruja nak g even ada ex-ofismate aku cakap barangnya takde la murah mana pun -__-. So, sampai je, aku tengok tempatnya kecil je. Aku ingat besar sangat. Kedai pun takde la banyak pun. Just ada 2 level je.
Vincci memang takde yang aku suka. Harga pun ala-ala kat KL time sale. Pastu fashion memang dah out dated sangat rasanya. So, just pusing 1 kedai, terus keluar. Kat Padini oklah sikit. Ada le aku beli baju untuk hadif. T-shirt dengan kemeja harga dalam RM9-RM19. Baju budak perempuan memang banyak. Lelaki biasa-biasa je. Seluar untuk baby macam jeans semua tu takde plak aku jumpa. Yang toddler ada. Tapi harga aku tak survey pun. Kemeja lelaki Seeds dengan Padini pun, en adha cakap tak murah mana sebab time sale boleh dapat harga yang sama macam kat situ. So, kami just beli baju untuk hadif je.
Aku masuk gak Coach.Kat Coach ni siap kena beratur kat luar. Tapi tak lama pun, mungkin time aku g orang tak ramai sangat. Aku tak tau nak cakap murah ke tak sebab aku memang tak pernah beli handbag Coach -___-''. Cuma masa aku g tu, semua bag ada diskaun 50%. So, rasanya boleh je kot dapat kalau beli online. Aku rasa kalau kawan aku si Nad yang pergi mungkin dia boleh bagi review yang membina sebab boleh kata dia peminat tegar Coach ni
Levis outlet plak, aku rasa berbaloi untuk beli sebab harga agak murah. Time ni memang lama aku melepak dalam kedai ni sampai hadif udah tension asyik nampak jeans kiri kanan depan belakang. Bukan aku pun yang beli. En adha punya turn nak shopping. Dia memang pakai levis 501. So, bila ditanya murah ke tak...katanya murah sebab kalau kat butik Levis harga dalam RM300. Kat situ harga paling mahal RM199. Mau tak sawan en adha time tu. Tapi mostly design nya tak banyak. Kalau ada tergantung kat situ, itu jela yang ada. Nama pun outlet kan. Apa yang ko expect. Nak design baru, yang baru bagai g butik le kawan. En adha udah try dekat nak 3 helai, akhirnya dia beli 512. 501 hanya tinggal kenangan sebab design yang dia nak takde size.teetttt...dulu masa belum jadi kaum bapa, boleh je pakai saiz 30. Sekarang saiz 31 pun dah tak boleh sarung. Macam sarung nangka katanya. Belikan juga untuk abang aku dengan babah punya. Yang Along punya tu RM125, babah punya RM140.
Yang ladies aku tak tengok sangat sebab aku tak terfikir pun nak beli jeans walaupun aku memang pakai levis je. Bukan apa, cutting levis je yang sesuai dengan pinggang saiz 24 aku ni. Aku tengok harga dalam RM150-RM170. Depends design. Aku selalu beli kat outlet wangsa maju tu. Harga sama je dengan kat sana. So, malas nak survey lebih-lebih. Cuma yang untuk lelaki banyak kat JPO lagi.
Victoria Secret aku masuk tengok-tengok gitu je. Ada sale. Amik 3 botol RM109 rasanya. Sebab aku tak pakai brands VS ni and perfume pun berlambak lagi, maka aku takde teruja mana pun. Dekat Fossil agak murah. Handbag dia semua ada sales 25%. So, mostly handbag leather tu boleh dapat dalam RM500 lebih.
Bonia memang bukan taste aku. Design kat JPO ni memang out dated. Buruk wei..err..ke aku yang tak suka.hehe..
Cotton on memang aku rasa tak rugi pun kalau tak masuk. Baju ntah zaman bila diaorang jual. Harga pun tak le murah mana pun. Adidas, Nike, Puma oklah. Tapi sebab bukan misi nak membeli barangan sukan, maka takde la beria nak survey. Clarks ada sales dalam 20%. Tapi design biasa-biasa jela. Nyaris nak terjebak belikan kasut raya hadif. Pastu opahnya sound, kalau time raya dia tak boleh jalan lagi rugi je beli.heheh..terus cancel. Selamat duit en adha.
Masuk Carlo Rino baru macam semangat skit. Ada sales 50%. Mama beli leather bag dalam RM300 lebih. Selalunya mesti RM500 ke atas. Aku pun berjaya gak beli 1 handbag.Err..en adha belikan. Thanks hubby. Tak tau nak cakap murah ke tak sebab aku dah lama tak survey handbag sejak dah tak kerja ni. So, bila en adha suruh aku pilih nak yang mana, haruslah tiidak melepaskan peluang yang ada.
Kedai yang aku tak review tu means aku dah lupa or aku tak masuk.heheh...Macam Burberry, Polo semua tu aku tak masuk pun. Timberland pun tak masuk. En adha cakap takut terjebak lagi nak beli benda.hehhe.. Overall, aku rasa JPO ni biasa-biasa je. Harga pun takde murah mana pun. Dia kena banyakkan kedai lagi. Ada Zara Outlet ke, MNG ke...best skit. Ni dua tingkat je pun.
Sebab dah hujan lebat, maka kami terus chow dari sana. Budak debab tu pun dah ngamuk-ngamuk. Sejak dah mak bapak ni, nak shopping lama-lama pun fikir 80 kali.huhuh...
p/s: Esok dah nak balik KL.yahhhooo!!!
Anak Bertuah
p/s: hadif dah rindu kat rumah dia. Mula menampakkan yang dia bosan dok hotel ;P
Helooooo Johor!!
7 bulan
Anak debab dah masuk 8 bulan baru aku perasan aku tak update pasal anak kesayangan aku waktu 7 bulan. Ini semua simptom peningkatan usia -__-
Tak kisah la, aku tetap nak update untuk tatapan anak kesayangan aku di masa hadapan ^_^
- Meniarap adalah di tahap pro. Dah macam askar kalau meniarap. Laju kemain. Kalau dia ada depan mata, toleh sekali lagi dia dah ada dekat bawah meja makan. Hebat tak? Dia jadi mop bergerak dalam rumah T_T.
- Muka maintain bulat. Lengan dengan peha still ketak-ketak. Haritu saja letak atas timbang kat rumah ni, dah almost 9kg lebih. Tapi aku memang surrender nak dukung dia lama-lama. Rabu ni g cek up. Risau betul kalau nurse cakap anak debab aku tu obesiti. Sob3
- Selera makan memuaskan. Semua benda pun dia makan. Alhamdulillah takde alahan apa-apa. Setakat 7 bulan ni, aku still follow food chart. So, semua makanan hadif adalah homemade. Makanan paling favorite ialah oat. Then, semua buah dia suka kecuali betik. Betik macam kureng sikit. Dragon fruit paling dia suka.
- Alhamdulillah still breastfeed. Aku banyak baca, bila baby dah start makan, dia akan kurang minum susu. Tapi memang tak terjadi dekat hadif. Dia minum susu sama banyak dengan dia makan. Kalau nak tanya berapa oz tu susah skit aku nak cakap sebab dia DF kan. Tapi yang pasti memang kerap sangat minum susu.
- Waktu 7 bulan ni, kami dah bawa dia g bercuti ke Kedah & Penang. Agak mencabar nak bawa travel sebab dia dah mula makan kan. Tapi alhamdulillah, aku berjaya handle. Tahun ni memang tetiap bulan kami akan bawa hadif jalan-jalan dalam Malaysia. Wahh..untung betui, kecik-kecik dah travel sana sini!!
- Dah kenal orang macam atuk, opah, uncle-uncle dia. Kalau orang yang dia tak biasa pun, dia ok je kalau orang tu nak dukung. Cuma dia diam je. Muka pun masam je ala-ala gangster. hehehe..
- Manja terlebih dengan mama dia -__-. Adoi la..susah betul nak wat kerja especially kalau tinggal berdua dengan dia. Kalau aku sibuk masak and dia tak nampak aku, confirm jerit-jerit panggil mama. Tau-tau dah berpaut kat kaki. Time tidur lagi la, memang dia nak aku je. Memang dia akan rapat dengan aku la kan..dah muka aku je dia tengok hari-hari.*_*
- Sangat lasak. Dah tak nak dok atas riba diam-diam. Ada je benda dia nak buat. Kalau dia diam je, better g cek. Tau-tau kang, dia dah sampai kat rak tv main suis la, main laci. Benda paling dia suka, remote astro. Dia tau benda tu untuk TV. So, bila dia tekan button apa-apa, dia akan tengok tv. Bijak terlebih budak debab tu
- Oohh.. sejak dia dah melasak ni, aku dengan en adha dengan gigih buat playland untuk dia. Jenuh ok, transform area bawah tangga tu. Korang agak, dia nak tak main kat play land tu? ;P
- Hari-hari tetap gigih tunjuk flash card, baca buku dengan hadif. Hadif sangat suka bila orang baca buku kat dia. Good boy. Tapi nak cakap kesan pembelajaran tu, masih terlalu awal. Aku just nak biasakan dia dengan rutin membaca buku tu.
- Masalah tidur still ada. Cuma dah tak teruk macam dulu. Senang dah nak tidurkan cuma dia dah tak nak tidur sangat. Asyik nak main je kejanya
- Dah boleh duduk dengan sendiri. Skill nak duduk pun kelakar. Kalau dia duduk, dia akan angkat bontot tinggi-tinggi, pastu baru landing bontot dia. hahha...
Ok, tunggu update 8 bulan ye. Semoga penyakit malas update blog aku sembuh minggu ni ye. Banyak benda nak story cuma malas sesangat. Camne tu??
p/s: Rezeki sentiasa murah sejak ada hadif. Alhamdulillah ya Allah..
Twitter
Facebook
Flickr
RSS