Garrett Chicago Popcorn

Ok aku tau dah ketinggalan untuk publish entry pasal popcorn yang menjadi kegemaran ramai sekarang ni. Yelar, bila masa plak aku nak ke KLCC tu semata-mata nak beli popcorn. Kecuali aku menangis teresak-esak kat en adha cakap aku mengidam separa gile. Tapi mungkin juga tak dilayan sebab dia kat Terengganu -_____-. Masa aku g Singapore tu tak plak aku teringin nak mecuba.

Tapi bila di kelilingi dengan kawan-kawan yang amat baik hati dan pemurah, dapat gak aku merasa popcorn Garrett ni. Thanks to Yah sebab sudi bagi aku rasa popcorn ni. Semuanya bermula dia message aku cakap dia ada beli popcorn tu kat KLCC. Tapi dia dah sedekahkan separuh dekat officemate dia. APAKAH??Aku tambah pelik bila yang "food lovers" ni boleh bagi popcorn yang menjadi sebutan semua orang kepada officemate dia. Tambahan plak katanya dia beli popcorn tu almost RM50 -____-"". Baik makan steambot Flaming wei

Dari message Yah aku dapat agak tekak Jawa dia tak dapat menerima popcorn tu. Aku terus teruja nak rasa sebab Nad pernah review dalam blog dia di entry ini katanya sedap and dia terus addict popcorn ni. Kata Yah kalau nak rasa sila datang ke rumah dia lepas kerja. Petang tu juga lepas kerja aku terus rempit ke rumah Yah.

Kat depan pagar dia aku terus makan. Sungguh rakus mak buyong sorang ni T____T.
Apa komen aku???hahahah....wei....MANIS nak mampos. Kata Yah tahap potong kaki. Tapi pada aku dah tahap potong tangan okeh!!!Dia beli yang flavor yang Cashew CaramelCrisp. Yang lagi satu aku tak ingat tapi katanya yang tu masin tahap boleh kena darah tinggi.hahahah....Yang masin tu dia dah sedekah kat budak ofis dia. Mereka pun cakap masin gile tapi sebab Yah paksa makan, mereka terpaksa ikut sebab takut Yah garang cam rimau.hahahah...

Bawah ni flavors yang ada. What's ur choice??

Rupa memang boleh menggoda tapi MANIS

Lastly aku kutip cashew dia je T___T. Memang aku tak bleh telan and takut wei. Aku pregnant. Kang tak pasal-pasal kantoi urine test gula tinggi. Lagipun aku memang kureng benda manis-manis ni. Pada semua bakal-bakal ibu aku memang tak nasihatkan untuk makan. Kalau dah mengidam sangat cukup la rasa sikit je. Tapi tak tau la kan tekak orang lain camne. Nad cakap sedap je. Aku ni tekak kampung, Yah plak tekak Jawa. Pada Yah, tempe je paling sedap ;P

P/s: Semalam makan di Kelantan Delights.Ok..nasi tumpang tu lagi sedap and lagi murah dari Garrett ;P

3 comments: (+add yours?)

yannie bunny said...

ni my feberet! dulu xde kt kl, kalu org p singapore wajib kirim. pastu bila i pegi singapore sndr trus beli! hehe. tp mmg xblh mkn skali hadap. kencing manis dibuatnya ;p

adlyn833 said...

yannie>>yeke...u suka xpe.i setakat nak mkn skit2 oklah..kalau nak jadi sampai feveret food x kot.confirm diabetes...

nuttyNAD said...

hahhahah..ko kena try lots of times lah...first time memang tak boleh blahhh..


kalau caramel haku suggest kau amik yang ader nuts...yg cheesy tue kena try a few times

yah, memang tak leh ckp apa lah....tekak jawa..hohoh

Post a Comment

any idea or comment?just drop here