Detik Kelahiran Adli Hadif -Part 1

Terima kasih pada semua yang wish kat entry lepas. Baru sekarang aku ada mood nak menulis semula. Nak kata busy sangat tu takde la. Hadif ni senang budaknya. Perut kenyang, dia pun tidur. Time dia tidur tu banyak je benda boleh buat. Good boy ^__^


Ok, ini pengalaman bersalin aku. Saja nak share and nak jadikan kenangan dalam blog ni. Nanti Hadif dah besar, dia boleh baca betapa besar pengorbanan mama dia ni.heheheh...


23 Jun 2012


Aku pergi berjalan-jalan lepas en adha balik dari kerja tengahri tu. Time ni mama memang dah standby datang rumah aku. Takut aku bersalin dia tak sempat sampai. Lagipun, aku dah runsing sebab baby tak keluar-keluar. Stress tau tak. So, aku decide nak g jalan-jalan bagi cepat sikit baby keluar. Memang aku berjalan sampai ke malam. Siap tawaf pasar malam kat rumah aku tu. Walaupun, aku dah tak berapa larat, aku gagahkan juga.


24 Jun 2012


Bangun pagi cam biasa. Lepas solat Subuh, aku bantai tidur balik. Time ni macam dah rasa sakit, tapi aku buat tak layan sebab takde la sakit sangat pun. Kebetulan,nak g rumah sepupu aku kat Cheras kononnya sebab nak melawat dia yang eksiden Sabtu tu. Tapi bila aku cakap kat mama yang perut aku macam dah sakit, mama cakap tak yah g. Takut tetiba aku nak terbersalin dalam kereta.hahaha...Tengahari tu lepas lunch, aku rasa sakit perut cam nak terberak. Tapi bila masuk toilet takde apa pun keluar. Aku relax lagi. Yang mama asyik suruh aku g hospital cepat-cepat. Tapi aku kalau boleh nak tunggu sampai keluar tanda. Sampai pukul 4 aku tahan tapi macam takde apa-apa gak. At last aku ajak en adha g hospital. Takut gak apa-apa jadi.even aku tak rasa pun lagi contraction tu.hahah..Tetiba, masa nak tukar baju nak g hospital tu aku dah perasan ada darah kat panties aku. Yes..the time has come.


Lepas minta maaf kat mama semua,kami pun g hospital. Dalam kereta aku boleh gelak-gelak lagi dengan en adha. Siap pesan jangan pengsan dalam labour room.hahha...Sampai hospital putrajaya, en adha nak drop aku depan dewan bersalin tu, tapi aku degil nak ikut dia parking kereta. Konon, nak jalan gak wat kali terakhir mungkin boleh cepatkan bukaan. Time ni aku memang relax, tak rasa pun sakit lagi.


4.30 ptg, aku sampai kaunter pendaftaran. Lama gak aku tunggu sebab aku dengan baik hati suruh nurse tu daftarkan ada sorang kakak ni sebab aku tengok dia kesian sangat. Suami dia siap papah lagi masa sampai tu. Pastu kakak tu plak terketar-ketar dok menanggung sakit. Takut wei aku tengok..


Lepas dah daftar, nurse suruh aku masuk bilik pemeriksaan. Ambil berat, air kencing, tekanan darah, tanya pasal pregnancy aku. Lepas dah cek semua, diaorang suruh tukar kain and nak cek bukaan. Ooohhh...time ni aku tak fikir apa-apa. Aku positif time ni. Taknak fikir yang VE tu sakit. Doc yang cek time tu doctor pelatih perempuan. Aku siap-siap tarik nafas masa dia nak seluk tu..


Then, dia seluk terus cakap "puan dah buka 4cm".
Aku pun jawab "eehhh..yeke. Baguslah. Bila saya boleh bersalin ye"hahah..Tak sabar la konon
Dia cakap paling awal malam kang baru aku deliver. Pastu baru terfikir, aku tak rasa sakit plak masa dia seluk tu. Mungkin sebab dah buka 4cm kan, so tak rasa sakit T_T


Sebabkan aku under FPP, nurse-and doctor kat situ tak boleh handle kes aku. Diaorang kena refer dari doctor aku. So, terus diaorang call doctor Hamidah and dia on the way ke hospital. Before masuk labor room, nurse tu masukkan ubat berak kat bon-bon aku. Terus dia suruh aku masuk toilet sebab katanya aku akan immediate rasa nak berak.


Aku pun pasrah masuk toilet. Nurse tu cakap jangan teran. Biar kuar sendiri.hahah...Hakikatnya, dekat 10 minit aku dalam tu apa pun tak kuar.hahaha...At last, nurse tu suruh aku kuar. Time tu aku terfikir, sure aku terberak atas katil masa nak push baby nanti -__- . Damn!!hahahah...


Lepas tu, aku terus ke labor room. Nurse pasang mesin CTG untuk monitor baby and masuk air. Time nak cucuk nak pasang drip air tu, boleh plak doctor pelatih salah cucuk. Darah tak keluar. Pastu nak cucuk lagi sekali. Dia boleh complaint cakap aku kurus sangat. So, susah nak cari urat. Sengal la wei..Doctor patutnya dah teror la setakat nak cucuk je pun. Lastly, dia suruh kawan dia lagi sorang yang cucuk. Bengkak tangan aku time tu gara-gara kena cucuk dua kali :(


Waktu ni aku rasa dah pukul 6 kot. En adha pun temankan aku time ni. Dia asyik dok tanya sakit ke tak. Aku dengan sengih-sengih cakap sakit tapi ok lagi. Tetiba nurse datang nak monitor CTG. Dia cakap jantung baby aku cam drop. Time ni dengan jantung-jantung aku pun drop. So, dia minta permission untuk doctor lain cek bukaan aku sebab doc Hamidah tak sampai lagi. En adha setuju je sebab fikir baby lagi penting.


Sorang doc cina lelaki masuk. Dia buat VE and terus cakap yang aku dah buka 6cm. Dia cakap progress aku sangat cepat. Terus rasa syukur sangat-sangat. Bila dia tengok mesin CTG tu, dia cakap strong contraction siap offer suruh aku sedut gas kalau tak tahan sakit. Aku cakap still boleh tahan. Aku ingat pesan kawan aku, kalau sedut gas tu nanti mamai. Bila nak push udah tak larat.


Time ni aku dah siap-siap sms kengkawan baik aku, mintak maaf kalau ada salah silap. Siap msg merepek-repek.hahahha..Kawan aku si nurse tu siap bagi tips nak meneran, tapi masa dia msg tu baby aku dah kuar pun. Tak lama lepas tu nurse cakap yang doc Hamidah just call cakap dia tak sempat sampai and dia dah suruh doc Hazim untuk replace dia. Kami dah redha. Tuhan yang rancang segalanya kan.


Sementara tunggu doc Hazim sampai, doc cina tadi masuk balik and dia akan pecahkan air ketuban aku. Nak tengok warna apa takut baby dah berak dalam perut. Dia cucuk pakai benda cam lidi tapi panjang kot.hahaha...Nurse tu suruh aku kuat semangat sebab lepas dari tu aku akan rasa contraction yang kuat. Alhamdulillah, aku still ok and sakit tu aku masih boleh tahan.


Tak lama lepas tu doc Hazim sampai. Dia terus buat VE sekali lagi. Tetiba dia cakap aku dah buka 8cm. Dia terkejut camne boleh cepat sangat. Siap tanya ada amik air selusuh or air akar fatimah. Aku cakap memang tak sempat nak minum apa-apa. Dia estimate lagi 2 jam aku akan bersalin. Sebab katanya selalu anak first ni nak buka 1 cm akan amik masa 1-2 jam. 


bersambung....

5 comments: (+add yours?)

pae dasuki said...

amboi..saspen ye. Dah macam style karangan time sekolah dulu2. Sila sambung ayat seterusnya-->aku... :P

Anyway, untungla sebab tak rasa sakit contractions. Mine was terribly pain. Rasa kalau pengsan time 15hrs contractions tu best jugak..Sedar2 je time bersalin. hehe..Tapi, the experience was so precious walaupun sakit macam nak mati orang kata..;)

adlyn833 said...

pae>>nmpk sgt tak baca terus publish kan.hahah...dah delete pun :)
alhamdulillah sakit tak lama.tapi i rasa seram part jahit tu.dah rasa cam dlm cite ali baba plak kena jahit2.

Eika Azis said...

Cepat cepat sambung part 2.. Congratz awak!

Unknown said...

Haih.. Tingat time hannah dl.

Unknown said...

Haih.. Tingat time hannah dl.

Post a Comment

any idea or comment?just drop here