Review :- Wad FPP Putrajaya

Anak dah masuk 3 bulan baru nak cerita pasal servis FPP Putrajaya ni. Oklah dari tak cerita langsung. At least aku share something pada sape-sape yang nak deliver under FPP ni. Ikutkan aku ada cakap yang nak deliver kat KPMC, Kajang. Tapi lepas discuss dengan en adha, dia suruh aku deliver je kat FPP sebab aku g check up kat KPMC tu pun tak sampai 5 kali. So, doctor Hamidah lebih tau pasal condition aku in case kalau jadi apa-apa.

Kalau tanya aku puas hati or tak dengan servis kat FPP ni, aku sangat puas hati. Even aku ada baca bad  review orang lan pasal FPP ni, alhamdulillah time aku semua ok. Bahagian masing-masing aku rasa. Cuma aku ralat, doctor Hamidah tak sempat sampai masa aku nak deliver. Untuk yang amik skim FPP ni, masa hari nak deliver tu, sila ke wad bersalin hospital Putrajaya yang atas bukit tu. Masa daftar just inform yang u all under FPP. Sementara nurse tu daftarkan korang, husband kena g bayar bayaran cagaran RM3000.

Bayaran tu untuk bil. If kurang dari 3 ribu, diaorang akan return back tapi kalau lebih kena tambah. Selalunya normal delivery tak sampai pun 2 ribu. Untuk part birth experience aku, korang boleh refer entry ni

Detik Kelahiran Adli Hadif-part-1

Detik Kelahiran Adli Hadif-part-2

Lepas je settle semua delivery proses dan proses jahit menjahit tu, nurse tu transfer aku ke wad. Untuk FPP patient, diaorang hantar ke wad 5A. Masa aku sampai kat sana, terus terdetik,oohh..ok not bad wad nye. Sangat selesa dan rasa macam private hospital. Toilet pun memang dalam bilik tu, ada sofa, tv tapi limited channel la kan. Astro memang takde la. Takde makna nak tengok tv lepas bersalin tu, mata rasa nak tertutup je pun.hehehe...


Tak lama lepas tu, ada nurse masuk untuk bagi penerangan pasal wad tu. Nursery room untuk baby memang takde. So, baby memang akan tidur dengan ibu sepanjang malam. Husband memang boleh temankan sepanjang masa cuma takde katil. Malam tu en adha just tidur atas sofa je. Mata dah ngantuk and penat, kat mana pun boleh lelap -___-


Menu sepanjang dalam wad pun boleh pilih sama ada nak menu berpantang or tak. Of course aku pilih menu berpantang. Lepas aku deliver tu memang ada makan malam yang diaorang sediakan. Tapi aku rasa tu bukan menu berpantang kot sebab lauk ayam rendang rasanya. Lagipun time tu aku still kat labor room belum lagi transfer masuk wad. Aku tak makan sangat pun sebab memang takde selera.

Pagi esoknya ada bubur nasi dengan air milo kot. Aku dah tak berapa nak ingat.huhu...rasa not bad sebab tekak aku still boleh terima. Cuma aku tak minum air sebab aku memang tak minum milo. Lunch ada sup ikan tenggiri and sayur. Rasanya sedap sampai licin la aku makan.hahaha...Minum petang and makan malam berikutnya aku tak sempat rasa sebab aku dah discharge lepas lunch tu.

Malam tu, kami tidur dengan aman sebab hadif memang tidur dengan lena. Tapi dalam pukul 3 pagi, ada nurse ketuk pintu bilik tanya anak aku nangis kenapa. Aku cakap takde plak dia nangis. Rupanya, bilik sebelah anaknya menangis-nangis. So, jangan risau, if u all tak boleh handle anak masa dalam wad tu, ramai nurse boleh membantu.

Papi-pagi tu dah ada orang datang cuci toilet, cuci bilik, tukar cadar bagai. Bagi baju and kain baru. Even nurse pun datang ambil baby untuk cuci and mandikan. Layanan pun ok. Pagi tu nurse siap tanya susu aku ok tak and baby boleh latch or tak. Alhamdulillah aku memang takde problem susu sebab susu aku kuar je and hadif pun takde mengamuk tak cukup susu. Nurse tu cakap, if susu macam tak produce dia akan hantar ke unit urutan tradisional. So that, diaorang akan urut breast untuk melancarkan pengeluaran susu. Baguskan ada servis urutan camtu. At least kalau ada problem susu tak kuar ke, boleh terus g urut. Takde la stress ke apa ke.

Total charges untuk aku yang normal delivery + warded 1 malam + ubat + labour room charges = RM1469.90. Kalau charge untuk c-sect aku tak tau bape. Tapi aku pernah tanya masa mula-mula nak register dulu, kata nurse tu kalau c-sect tak lebih dari 5k. Untuk lebih kepastian, korang boleh call direct ke FPP. Camne nak book under FPP? Korang boleh baca entry aku before ni

Full Paying Patient-FPP-Hospital Putrajaya

Overall aku puas hati dengan servis FPP ni. InsyaAllah lagi 2 tahun aku datang balik.eehhheehh..hahaha..Hopefully, entry aku ni dapat beri guideline pada bakal-bakal ibu yang nak bersalin under FPP ni.

p/s: usia anak aku dah 3 bulan rupanya. Cepat betul masa berlalu ;P


4 comments: (+add yours?)

Cik Puan Tqah said...

thnks for sharing.. :)

adlyn833 said...

cik tiqah>> ur welcome ;P

Asz Miza said...

I baru deliver czer kt HPj..wlpn bkn under FPP tp okey jugak la sbb kalau lepas czer ada org boleh teman..my mum teman sampai dua hari. Nasib baik husband gov so charge free. Tp kalau dapat yg under FPP lg best..:D

adlyn833 said...

Asz>>tahniah dah dapat baby!!servis kat HPJ ni memang ok.nurse pun baik2.wahh..untunglah keja gov..takpe,next baby amik under FPP ye ^__^

Post a Comment

any idea or comment?just drop here