Our Weekend *__*

Cerita hari sabtu yang lepas. Dah nak berapa minggu berlalu baru sabtu lepas aku dapat celebrate birthday aku dengan en adha. Wahh..busy sungguh kami sampai nak celebrate birthday pun tak sempat-sempat. Aku sebenarnya tak kisah pun tapi en adha yang beria sangat nak belanja makan. So, birthday girl pilih nak makan kat Serai, Empire Subang.

Aku dah lama teringin nak makan kat sini cuma tak berkesempatan even kawan aku Yah asyik le ajak dulu. Masa nak g dengan dia, dah plak tutup sebab kes empire meletup haritu. So, sampai ke sudah tak perginya.

Sempena birthday ke 29 akhirnya impian ke Serai tercapai. Sampai je aku dah bengang dengan waiter tu sebab bagi kami seat paling belakang yang kat bahagian dalam. Diaorang tak nampak ke yang aku tengah tolak stroller. Memang ada orang tinggalkan stroller kat luar, tapi anak aku baru 4 bulan, tengah tidur plak tu. Kalau dah besar, boleh le aku letak dia dalam high chair tu. Takpe la, en adha pun berusaha la tolak sampai ke dalam siap angkat stroller tu sebab macam ada part yang bertangga kan. Tambah hangin, waiter kat tepi tu pandang je bukan nak tolong ke apa.Puuiiii!!!


Nak pengsan kot angkat stroller tambah plak dengan budak debab ni

Dah sampai kat belakang tu, boleh dia bagi kitaorang seat yang untuk berdua meja ala-ala couple nak bercinta. Habis tu stroller anak aku tu nak letak mana? Lipat-lipat masuk poket ke? aku dengan slumber g je dok meja untuk 4 orang yang kebetulan kosong. Dan-dan tu kami nak pangkah kedai Serai. Terus spoil mood birthday girl ok. Selamat hadif ni jenis kalau bawa g berjalan sangat behave. Kalau dia mengamuk lagi bertambah spoil mood kami.hahah...

Hati dah panas dah tentu-tentu perut lapar. Lunch tu kami pilih untuk makan tomyam sea food, nasi ulam ayam bakar and spicy thai rice. Aku pilih nasi ulam and en adha amik spicy thai rice. Sampai je makanan terus lupa pasal bengang dengan waiter sebab makanan tu super sedap.hahha..Semua pun sedap plak tu. Memang tak bercakap time makan tu.


Spicy Thai Rice

Nasi Ulam Ayam Bakar

Air Teh Serai
Memula aku macam risau nak minum
Bila dah minum rasa nak lagi
T___T

Overall sangat puas hati dengan makanan sampai terlupa dengan sakit hati yang memula tadi. Selamat makanan sedap. Betul kata pepatah, kenyang perut senang hati. Total damage tak sampai pun RM100. Tapi tu pun aku dah tak larat nak order cake. En adha suruh aku order Pavlova yang famous kat Serai ni. Tapi memang dah tak larat. Perut memang dah takde space. Maka untuk cake, aku paw en adha cake Secret Recipe je. Aku beli slice je tapi 5 cake.hahah..Puas hati aku.huhuh...

Tu jela celebration birthday tahun ni. Takde surprise-surprise pun. Lagipun tahun ni dah cukup banyak benda yang menggembirakan kami dah celebrate. Paling penting tahun ni celebrate bersama dengan anak debab kesayangan kami. 

Thanks to en adha sebab belanja makan and memenuhi impian aku untuk makan kat Serai. Next time boleh kita makan lagi ye. Hadiah je belum dapat lagi..teeeeeeeeeeetttttttttttt!!!

p/s: tetiba tersuka plak kat bracelet pandora..opppsss ;P


0 comments: (+add yours?)

Post a Comment

any idea or comment?just drop here