Wedding Nadira + Mahadi

Sebelum 2012 melabuhkan tirainya, aku nak gak letak entry kegembiraan BFF aku yang telah menamatkan zaman couplenya, tak lain tak bukan Pn Nadira. Terus jadi Puan.Hohoho...

Firstly, aku nak mintak maaf sangat Nad sebab tak sempat nak arrage Party bujang ko. Sesungguhnya aku dah plan suku kaki bersama Yah, konon nak tema piknik..Puuii!!tapi tak kesampaian sebab takde masa. Sejak dah berhenti kerja ni tetiba aku jadi lagi busy. Actually banyak yang dah plan untuk party tu cuma memang takde masa. Im so sorry. Niat nak tolong ko the whole day masa ko nikah pun tak kesampaian sebab hadif demam. Aku memang rasa guilty sangat sebab tak tolong ko macam ko tolong wedding aku haritu. Serius!!

Oklah terus kepada topik entry, Nadira or nama comel dia Nad. Kawan aku masa sama-sama sekolah kat Sekolah Menengah Darul Ehsan. Sempat kawan sampai form 3 je pun sebab lepas tu dia dapat MRSM Jasin. Nad pandai ye tak macam aku yang hanya berjaya jejakkan kaki ke sekolah teknik yang best bangat.hahah..

Aku tak ramai kawan baik masa kat Selayang. Kawan baik aku mostly masa kat Teknik yang semuanya kawan yang merosakkan kelakuan aku yang baik ni..hehehe..So,Nad antara yang terbaik. Persamaan kami lagi, kami kawin dengan kawan sekolah kami sendiri. En adha tu 1 sekolah teknik dengan aku walaupun aku tak pernah kenal dia. Macam Nad, husband dia MAhadi tu memang kawan sekolah masa kat Darul Ehsan. Mereka rapat masa form 4 sebab Nad lari dari MRSM masuk sekolah lama balik sebab Jasin takde KLCC, nak makan pizza pun jauh -____-''

Diaorang ni bercinta lama gile hokeh!!!Almost 12 years. Setakat bertikam lidah semua tu dah tak heran. Terus percaya kata-kata"kalau jodoh tak kemana". At last both of them berjaya go through all the ups and down. Semuanya berakhir pada 30 November 2012. So sweet...

Dah takde idea nak taip. So, meh layan gambar


Sekali lafaz maka mereka pun husband & wifey
Congrats to Nad & Madi


Pelamin malam nikah
Serius sangat cantik
Hasil air tangan Nad & adiknya

Majlis resepsi plak esoknya kat kem tentera Jalan Ipoh. Mahadi is air force at Penang base. So, dapat la bersanding di kem tentera. Disebabkan dua-dua pun orang Selayang, maka penjimatan harus dilakukan dengan majlis diadakan bersama.Best kot sebab tak banyak kerja. Sekali kerja je lepas tu settle. So,mari berkahwin dengan orang sekampung.

Perarakan masuk pengantin
Ada sword bearer
Kapten Mahadi + Queen Nadira

Budak baju coklat yang cam Mak Jemah tu haku
Excited nak tunggu nad lalu
Ha..Ha..Ha..

Dah melambai-lambai macam nampak tengok perarakan kereta berhias
Damn!!!
Sempat plak en adha snap




Sesi Bergambar di photobooth
Group kitaorang paling kecoh
^__^

Sesi membuli hadif oleh mama & opah
err..dia single lagi
ada yang nak wat calon menantu?

Kawan-kawan teknik aku pun dah jadi kawan Nad
Meriahkan??

Kami bersama pengantin

Tahniah sekali lagi Nad. Wedding yang sangat sweet, pelamin cantik+makan sedap + gamelan best + teruja tengok ko jalan bawah pedang.hahahha...Semoga berkekalan sehingga hujung nyawa. 


p/s: lagi beberapa hari dah nak habis 2012 ;P

0 comments: (+add yours?)

Post a Comment

any idea or comment?just drop here