Alhamdulillah adlyn jr dah nak masuk 5 bulan. Baby dan mama ok2 saja. Awal-awal trimester kedua ni aku selalu pening-pening. Tapi awal dulu je. Sekarang dah ok. Kejang kaki di waktu malam pun selalu gak. Rasa macam nak menangis wei. Kalau en adha ada, memang dia akan tolong. Orang cakap sebab kurang kalsium. Tapi aku minum susu sejak aku pregnant ni even susu tu adalah musuh utama aku sebelum ni -____-
Mama pesan pakai stokin waktu tidur. Mula-mula je aku wat pastu haram.huhuh..Susah nak bangun shi-shi waktu malam. Tapi sekarang dah jarang kena.
So, sekarang dah tak muntah-muntah. Semua benda pun boleh makan. Cuma nak cakap selera aku bertambah pun tak. Biasa-biasa je. Berat aku last checkup haritu pun 44kg je. Time ni aku dah larat nak berjalan jauh-jauh. Cuti raya cina haritu aku g Kuala Perlis(cerita dah berkurun baru sekarang update). Journey dari KL-Tapah-Parit Buntar-Kuala Perlis.Phewww...Selamat jalan smooth and tak jam. Berhenti kat RnR pun clear senang aku nak shi-shi.hahahah...
Disebabkan kami sampai agak awal, nak check in hotel pun tak boleh sebab hotel full time tu. Terus otak aku ligat suggest kat en adha untuk ke Padang Besar. Dah alang-alang ke Perlis, haruslah ke sana habiskan duit yang tak seberapa ye tak.huhuh....Mari aku share gambar-gambar sepanjang aku bercuti ke Perlis
|
Kami dah sampai Padang Besar T____T |
Orang memang ramai. Cuti panjang kan. Parking memang susah nak dapat wei. Tapi memang rezeki kami sebab kebetulan time tu ada gudang depan tu bagi kereta park kat situ. Cuaca memang panas sangat. Selamat aku agak aktif bila masuk trimester kedua ni. So, memang takde hal nak round Padang Besar. ^____^
|
Aktiviti shopping yang sangat menerujakan aku |
|
Aku tak beli apa pun. Cuma cari seluar dengan skirt yang selesa untuk aku pakai. Yelar,banyak seluar aku dah tak muat -____-. Dan paling gembira dapat jumpa bakul untuk isi barang-barang baby kami.weeehhooo...Nanti aku share ye gambarnya.
Then terus balik hotel, check in dan terus cari laksa Kuala Perlis. Heaven gile sebab sedap dan murah. Sampai lupa nak snap gambar. Petang tu lepak tepi pantai makan lagi T__T. Serius percutian kali ni lebih kepada jalan-jalan cari makan.hahahha...
Aktiviti malam hari diteruskan dan haruslah makan.. ;P. Kami makan seafood. Ikan kerapu, kerang bakar, mentarang, ketam, udang dan sayur campur. Semua menu tu untuk dua orang makan..eehh..silap, 3 orang makan. Order dah macam orang tak makan sebulan. Tapi habis semua licin ye..Total untuk semua makanan adalah RM60. Murah kan?
|
apa yang sedang aku lakukan?? |
Pagi tu lepas menyiapkan diri, kami terus ke cafe untuk breakfast. Walaupun, malam tadi dah makan besar, tetap lapar gak aku ni. Breakfast kat hotel ni amat puas hati sebab aku rasa semua sedap. Ada bubur nasi, kue teow goreng, spaghetti, roti, scramble egg dan lain-lain. Lama gak aku lepak cafe dengan en adha. Lepas dah kenyang, terus pergi ke tepi pantai untuk hirup udara segar. ceewaahh..*____*
|
us ;P | | |
Lepas berdua-duaan kat tepi pantai, kami balik hotel sambung tidur.hahahha....Awal lagi kot nak g kenduri tu. After dah mimpi yang indah-indah baru kami siap-siap and check out. Actually rumah pengantin dengan hotel penginapan kami ni dekat je. Tak sampai 15 minit pun. So,kami sampai awal gak and tunggu kawan-kawan en adha yang lain sampai.
|
Raja sehari
Jalan laju gile sampai en adha tak sempat nak snap
Bila ditanya nape jalan laju, jawab pengantin lelaki
LAPAQ -_____-'' | |
|
en adha bersama rakan-rakan UTM beliau |
|
Gambar wajib bila ke kenduri kawin |
Kami kumpulan isteri-isteri ;P
Itu jela cerita kami ke Perlis. Lepas ni cadang nak ke Langkawi sebab en adha belum pernah sampai ke sana. Sadis benor bunyinya. Tapi semua kena tunggu after aku deliver. Mungkin akan bertiga la ye.hehehe...Lepas ni aku akan update pasal barang baby yang aku dah beli sikit-sikit. Doakan aku rajin untuk mengarang ye ;P
p/s: cantik tak blog aku?semua kerja en adha.suka-suki dia je ubah-ubah blog aku.anyway,thanks hubby ;)
2 comments: (+add yours?)
wahh seronok jln2 g pdng besar.. sy br 4bulan pun byk seluar da xleh kancing kat perut huuu~~ ;)
fara>>sama la kita.waktu 4 bulan haritu memang dah tak muat.peha ok lagi.tang perut memang tak boleh kancing.nak beli maternity pants still besar plak even saiz S.mungkin bulan depan baru boleh beli kot..
Post a Comment
any idea or comment?just drop here