Full Paying Patient (FPP)-Hospital Putrajaya

Disebabkan gambar barang-barang baby aku belum transfer dalam laptop, aku proceed dulu entry lain. Before ni aku ada cerita yang aku buat pregnancy check up aku kat Hospital Putrajaya under skim FPP. Sebab apa aku pilih FPP? Antaranya


- dekat dengan rumah aku. Dalam 20 minit je
- setiap kali check up memang dengan sorang doctor je. So, senang sebab aku ada history       miscarriage. Aku hanya refer dekat doctor tu saja
- boleh pilih doctor perempuan. Aku tak kisah pun tapi en adha kalau boleh nak aku refer doctor perempuan. Memang rezeki aku dapat doctor Hamidah. Hope dia gak yang sambut adlyn jr nanti. InsyaAllah...
- Pakej deliver agak murah compare to private hospital ;P (Kami budget parents )


Disebabkan pengalaman sewaktu pregnant kali pertama dulu, aku lebih concern untuk cari tempat untuk buat pregnancy check up. Aku rasa macam susah je nak cari O&G yang best. Ke aku yang aku banyak songeh -____-? Mula-mula macam nak g Columbia Asia kat Puchong. Tapi memikirkan Puchong yang jam tu, terus cancel. Setelah survey, end up pilih FPP, hospital Putarajaya.


Sesiapa yang berhajat untuk deliver under FPP ni better call dulu. Jangan terus walk in sebab diaorang akan set kan appointment untuk kita jumpa doctor. Selamat aku tak walk in masa first time tu. Aku direct call FPP and diaorang terus set kan date untuk aku jumpa doctor. Masa ni dia akan tanya korang nak doctor mana.


Pakar kat sini ada 4 orang. 2 lelaki and 2 perempuan. Aku ada la wat research sikit pasal FPP ni and ramai cakap doctor Hamidah paling digemari ramai. Terus aku cakap kalau boleh nak dengan dia. But if dia tak available, doctor mana pun ok je. Alhamdulillah dia still available sebab waktu tu aku baru pregnant 2 bulan. So, dia still boleh accept aku. Ramai cakap, yang FPP hanya akan ambil kes untuk yang dah pregnant 5 bulan ke atas. Tapi aku call diaorang accept je aku. So, if korang nak deliver kat sini better call untuk confirmation,k ;P


Setakat ni aku dah tiga kali check up kat sana. So far ok je. Bab menunggu tu standard la. Even dulu masa aku pernah wat check up kat UMRA pun kena tunggu gak. Cuma mungkin takde la lama sangat macam check up kat KKIA kot sebab aku tak pernah wat check up kat Klinik Kesihatan. Sebabnya under FPP ni kita akan dapat still dapat buku pink sama macam kat KK. So, doc tu cakap aku tak perlu g KK lagi. Dah save time aku. Every appointment pun kita still boleh pilih date if date yang nurse tu bagi kita tak available cuma takde la check up waktu weekend macam kat private tu ye ;)


Tapi siapa yang FPP under doctor Hamidah ni kena sabar skit sebab sometimes if dia ada emergency case, memang lama la korang tunggu. Aku pernah tunggu almost 2 jam setengah, last-last dia suruh aku refer under doctor Norazmi sebab time tu dah dekat pukul 5 sedangkan dia ada lagi 4-5 patient dia nak kena attend. But doctor Norazmi tu tanya gak aku, aku still nak tunggu doctor Hamidah or nak dia je wat check up untuk aku. Aku memang tak kisah sangat dengan sape-sape pun. Lagipun dah tak larat nak tunggu kat situ lama-lama.


Payment plak setakat ni pada aku still affordable. First time datang, pergi kaunter pendaftaran and kena bayar RM110.00. Masa check up yang first ni aku kena ambil darah. So, yang ni charge lain. Total up jadi RM220 kot kalau tak silap. Buat pembayaran di kaunter lain. But diaorang akan deduct payment yang kita dah wat first tadi. Mula-mula aku ingat total akan jadi RM330. Rupanya tak. And lepas tu setiap kali check up cuma kena bayar RM60 tapi if ada additional things macam cucuk kancing gigi ke ada la additional cost yang kena tambah. But for me still ok and syukur sangat sebab semua cost check up ni en adha boleh claim. Alhamdulillah...Cuma kena cari duit untuk deliver nanti je. Tu pun en adha yang kena cari.hahhaha..


Charge untuk deliver plak aku tak berapa sure. Tapi mengikut kata nurse kat sana, kalau normal delivery dalam 2k and c-sect maximum pun dalam 5k. Kata Yah ada officemate dia deliver kat sini under c-sect kena dalam 3.3k. Hope aku boleh bersalin normal. InsyaAllah. Masa nak masuk ward tu nanti, kita dah kena bayar deposit 3k. If kurang diaorang akan return balik and kalau lebih tambah la ye.


Tu jela yang dapat aku review. Yang part ward and servis time deliver tu lepas aku bersalin la aku story ye. Hopefully semuanya baik-baik je. So, sape-sape yang interested dengan FPP ni boleh la call direct kepada bahagian FPP ye or try tengok website FPP di sini.


Next check up aku 1 Mac ni. Tak sabar plak sebab adlyn jr dah makin aktif sekarang. Ohh..kami juga dah tau jantina beliau ^____^. Tapi aku tak berani nak reveal lagi di sini. After aku dah wat 4D scan aku share ye. Tapi sebenarnya masa scan dengan doctor Norazmi tu dia memang dah wat 4D cuma tak berapa nak clear sebab adlyn jr tak reti dok diam. Macam mama dia bak kata en adha -____-"".


P/s: Sangat tak sabar nak ke KLCC minggu depan ;P

8 comments: (+add yours?)

thisisfarhana said...

taktau pulak ade FPP ni... kt hosp putrajaya je ek? tp baca mcm utk govt employees je kan.. yg private kne company cover br boleh ke? tak paham pulak ayat kat website tu. hehe.

adlyn833 said...

Farhana>>kalau x silap ada gak kat Hospital serdang n selayang but i x sure la :P. FPP ni open. x kisah la u swasta pun.com x cover pun boleh.i pun kerja swasta n kuar duit poket suami bayar.hehehhe...cuma kalau kat FPP ni tempat u secure.kalau nak deliver kat gov hospital and that time hospital full,diaorg akan transfer u ke hospital yg hampir.tapi kalau FPP diaorg xkan tolak kes u.if u nak tau apa2 pasal FPP boleh la i tolong if i tau ;)

Waniey said...

slm dear..i bsalin kt hos ptjya tp bukan via FPP la.3rd trimester br taw ade FPP kt hos ptjy ni sbb org ckp nk bsalin kt cni mmg slalu xde katil,penuh aje.tp alhamdullilah rezeki haeqal dpt bsalin kt cni,dekt dgn umah P9.i juz letak deposit rm800.bsalin nrmal cas xsmpai 400.lynn nurse sume baik2,mknn pun sedap ;p

umiwaniey.blogspot.com

adlyn833 said...

waniey>>kira nasib u baik sebab ada katil.lgpun i dengar kat hsptl putrajaya ni dia x terima kes if u bukan dok putrajaya.tak tau la betul ke x.i x sanggup la plak dah sakit2 nak bersalin tetiba kena transfer g hsptal lain.hehehe..terpksa la korban duit skit..

Anonymous said...

i nk tya, if kita check up kt klinik swasta lain, selewat2nya mggu ke brp nk book utk delivery?

adlyn833 said...

anon>>i ada terbaca yang seeloknya dah masuk 7 bulan u booking kat FPP. tapi untuk confirmation better call direct ke FPP sebab takut dah full.ada kawan i nak book haritu pun dah full.why not u call direct ke FPP ;P

ibnu marzuki al firdaus said...

Kini dah Ada PBBR di p8r3

pusat bersalin berisiko rendah

Anonymous said...

sis,i nk tanyerla...ape kelebihan lagi yer bersalin fpp kat putrajaya nih..contohnyer,if 2 bedded room,suami hanye boleh masuk time melawat jer ker..or boleh teman kiter di siang hari..klu 1st class,suami boley teman all d time ker?? pastu after deliver tu,die bius x sblm jahit..hihi.. tgh nk wat pilihan ni..tq..

Post a Comment

any idea or comment?just drop here