Baby Moon ;P

Assalamualaikum,

Rindu kat blog aku ni. Tajuk kat atas macam le hebat sangat.. ;P. Kejadian dah lama berlaku, tapi aku baru ada mood nak update.
Previous entry aku haritu, aku ada cakap yang aku pergi tinggalkan KL. Ala, bukan pergi mana pun. Aku dan en adha pergi merehatkan diri ke Melaka & Port Dickson. Sebenarnya, kami terpaksa celebrate anniversary kami awal disebabkan en adha dah takde masa date anniversary kami nanti. Makanya en adha bawa aku ke Melaka & Port Dickson. Tak boleh g jauh-jauh, sebab budget agak kecik tahun ni and en adha risau tengok aku yang dah jalan cam penguin ni -____-''

Kami enjoy dengan short trip ni. Pada aku lebih kepada aktiviti merehatkan diri. Dah perut pun ke depan, aku rasa lebih sesuai dipanggil baby moon ^____^. Lagipun,kami sempat buat maternity photoshoot time cuti ni. hehehe...sukerlah!!!

Kami ke Melaka dulu hari Ahad tu. Tak kemana pun, just pusing-pusing bandar Melaka, naik beca, panjat bukit ke A Famosa, g jalan-jalan cari makan. Lepas tu lepak je dalam hotel.hahaha...Nama pun bercuti dengan budget terhad ;P

First time aku naik beca kat Melaka


Bangga sebab aku berjaya mendaki sampai ke atas

Hari Isnin kami check out dari Melaka dan terus ke PD. Kami check in di Avillion Admiral Cove. Teringin nak ke Lexis, mungkin tahun depan ye hubby. huhuhu...Kami lunch area PD, check in and terus buat maternity shoot. Nak ke pantai memang tengah panas sangat time tu. Dapatlah beberapa shoot yang menarik. Nanti aku share ye..

Petang kononnya nak g pantai, tapi cuaca plak hujan. Maka,kami tidur dengan nyenyaknya.hahahha..Malamnya kami g cari seafood dekat area PD tu. Entah kedai mana yang en adha bawa pun aku tak tau. Dia agak familiar kat PD sebab selalu sangat dia buat kerja kat Esso PD. Lepas makan balik bilik layan tv. And aku bagi suprise untuk en adha sempena anniversary kami ;)

Kad dah beli tapi tak sempat nak tulis
Aku curi-curi tulis note dalam toilet -_____-''

Beliau terharu and tergaru sebab tak sangka aku belikan dia hadiah. Aku beli memang dah last minit sangat. Menipu dia satu hal konon nak cari barang baby sedangkan aku dok mencari hadiah dia. 3 jam aku tawaf Sunway Pyramid sebab tak tau nak beli apa. At last beli wallet Fossil dengan ucapan "sila cari duit banyak-banyak untuk saya habiskan".. ;)

Pagi tu just breakfast kat hotel. Kitaorang makan entah berapa round sebab food dia sedap and banyak le juga choice. Ke kitaorang yang lapar?hahhaah..

 muka gembira sebab makan sedap

Lepas sarapan, jalan-jalan area hotel pastu balik bilik terus sambung tidur,boleh??hahaha..Dalam pukul 12.30 kitaorang check out and terus balik. Lepas zohor keluar balik g IKEA cari barang baby. Kebetulan Selasa memang cuti, so lepak kat rumah je. 

Overall aku puas hati dengan percutian ni. Memang betul-betul bercuti asyik dok hotel je pun sampai tak g pun pantai.hahah...Even,sebenarnya kami plan nak celebrate anniversary kat Langkawi or Krabi tapi perancangan Allah lebih baik. Tak sangka on our second year of marriage, kami bakal menjadi ibu dan ayah, insyaAllah.

Tahun depan kami akan celebrate anniversary bertiga dan kebetulan tahun ketiga perkahwinan kami. Hope dapat g Krabi balik. En adha cakap insyaAllah kalau ada rezeki lebih. Tapi selalunya time anniversary tula dia kat tengah laut. Tension aku. 

Ooohhh..harini la anniversary kami ^____^. En adha dah fly to Labuan semalam ;(

our maternity photoshoot ;P

p/s: dah lama tak update pasal baby..soon ok T___T

0 comments: (+add yours?)

Post a Comment

any idea or comment?just drop here