Saya sangat rindu nak menaip di sini. Banyak benda nak share tapi masa macam terlampau pendek dalam hidup aku. Apa yang jadi kat hidup aku lately ni??Macam la aku GM company.hahaha...Workload agak melampau. Dah macam lori sampah terbalik. Aku sangat busy sebab auditor nak buat audit. I hate auditor -_____-
Kerja cari salah orang je. Sure auditor yang baca blog aku ni mengamuk lepas ni. So, aku sangat busy audit semua file-file last year. And im the only person yang dalam operation dept. Dah la mak buyung. Serius sangat mencabar. Sampai aku bersila kat lantai dikelilingi fail-fail. Sadis ok ;(
Di sebalik kesibukan aku kat ofis, aku sempat lagi buat sesuatu yang boleh menjana duit poket aku. Sukerlah!!!. Aku share dengan dua orang ofismate aku buat bisnes kecil-kecilan. So, sepanjang last week everyday aku balik lambat pergi cari stok untuk bisnes kami. Baru je sangat pun. But, alhamdulillah so far so good. Hujung bulan ni juga kami akan join bazar. Yang tu later la cerita. Sape-sape nak cuci mata boleh la like page bisnes kami kat FB ye Bottom Racks
Design logo hasil tangan en adha tapi idea dari aku
Still tak finalize nak pilih mana satu.
Mana yang cantik ye??
Sangat berterima kasih kepada en adha sebab sudi temankan aku ke sana ke mari. Bagi support untuk bisnes kami ni. Thanks a lot hubby. Love u soooo much!!!
Tak sah kalau tak cerita pasal junior kami. Dia sihat-sihat je. Makin aktif dalam my tummy ;P . Bulan ni pun dah belikan barang-barang untuk dia sikit. Kebetulan my BB store tengah sale and branch Kelana Jaya adalah belakang ofis aku je. Info yang aku dapat dari staff di sana, barang Tommee Tippee akan naik harga tak lama lagi. So, better mommy-mommy sekalian g beli sementara masih sale. Aku rasa sale diaorang lagi best dari expo Midvalley T____T. Nanti aku snap gambar apa yang aku beli.
Lagi beberapa minggu en adha sudah mau berangkat. Sedih bila memikirkan aku kena dok rumah sorang-sorang dekat nak sebulan lebih. Macam banyak benda tak setel. Kenduri doa selamat pun tak buat lagi. Kami decide buat kat sini je. Dah tak sempat nak buat kat kg. Maybe tunggu en adha balik nanti baru buat. Nak buat maternity photoshoot pun tak tau bila. Pastu ingat nak buat makan-makan dengan BFF aku before deliver. Aku rindu nak lepak dengan BFF aku. Serius rindu...Banyak kot benda pending lagi. Otak aku sangat serabut sekarang..
Hari-hari doa supaya en adha sempat balik before aku deliver and pujuk baby tunggu babah dia balik baru keluar ye sayang ;) Disebabkan hidup aku sangat sibuk, aku demam dari hari selasa. Aku rasa sebab badan aku tak cukup rehat. Tapi even aku dapat MC pun, aku still kena pergi kerja sebab takde sape nak backup kerja-kerja aku ni. Even, until now aku still takde replacement masa aku maternity nanti. Ikutkan hati nak je aku unpaid leave bulan 5 dok kg. So,apa-apa jadi mama dengan adik gemuk aku ada. Semoga semuanya setel before aku maternity leave, bagilah ketenangan kat saya bos...sob3
Tu jela luahan dari seorang mak buyung. Mahu tidur sebab badan aku still panas ni and esok aku ada check up kat Kajang Medical Centre. Nape tak check kat Hospital Putrajaya???sebab aku gatal dok pujuk en adha macam nak tukar hospital. Selamat dia nak layan kerenah aku ^____^
Nite everyone ;P
p/s: aku nak g merehatkan diri minggu depan.yahooo!!
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment
any idea or comment?just drop here