Bila tengok ticker kat sebelah, baru perasan digit tu dah tunjuk no puluh-puluh je. Lagi 59 hari ke date EDD aku. Perasaan??Emm...biasa-biasa je. Aku belum ada rasa berdebar ke apa. Cuma hari-hari set dalam mind aku boleh lalui semua ni and aku kena sedia mental dan fizikal if aku kena hadap sorang-sorang. En adha still takde spesifik date bila dia akan habis kerja kat Labuan tu. So, in case dia tak sempat balik aku kena handle everything sorang-sorang.. ;(
Before dia fly ke Labuan haritu, kami dah settlekan apa yang patut. Aku dah laundry baju-baju untuk our junior. Kalau nak harap aku buat sorang, memang tak larat. Sementara en adha ada haritu, baik aku gunakan sebaik-baiknya.hahaha
ni baru sebahagian je. Letih gak sebenarnya laundry baju-baju kecik ni
Aku tak serajin bakal-bakal ibu yang lain, aku dobi pakai washing machine je okeh T_____T. Tu pun semput cam hape. Aku tukang basuh, en adha tukang jemur. Lepas basuh baru perasan yang baju junior kami sikit kot.hahaha...So, terus ajak en adha terjah Pureen Warehouse sale haritu. Part tu aku malas nak update sebab rasanya ramai dah wat entry pasal sale tu kan. But, kami dapat la tambah baju-baju junior kami ;P
Lepas balik dari bercuti ke Melaka & PD haritu, aku dengan en adha terus ke IKEA beli baby cot and almari. Punya la lama decide nak beli baby cot camne, alih-alih beli gak yang kat IKEA. En adha cakap beli yang murah-murah je. If baby tak nak tidur dalam ni, takde la membazir sangat. Yang mama aku plak cakap, kalau baby tak nak tidur, buat je kayu api. Hampeh betul!!!
bakal bapa yang bersemangat waja
En adha terus pasang baby cot dengan almari tu malam tu juga. Semangat bebenor dia. Katanya, dia nak setelkan before dia fly to Labuan. Kami beli baby cot Sniglar yang harga RM165 tu je...Pastu almari Aneboda yang warna putih tu.
Cot = RM165
Tilam = RM25
Murahan = save duit mak bapak +___+
I like white color ;P
Aneboda Drawer = RM199
Dah lepas basuh baju and lipat, terus susun dalam drawer putih tu. So, everything dah settle. Beg untuk ke hospital pun aku dah kemas sikit-sikit. Tapi belum masukkan dalam kereta lagi. Beg untuk baby dah almost done, untuk aku je belum setel lagi. Patutnya aku dah kena standby letak dalam kereta. Tapi asyik tak setel-setel. Weekend ni aku kena prepare and terus simpan dalam kereta.
Botol susu semua aku belum sterilize. Tu pun aku kena buat weekend ni. Waahhh..macam banyak benda nak kena buat tapi mood aku memang ke laut. Mungkin sebab en adha takde kat sini. Bila balik rumah, aku sorang-sorang je dalam rumah tu, terus aku hilang mood nak buat segala benda. Sekarang aku jadi tak suka plak nak balik rumah sebab asyik teringat kat en adha. Adooiii....kapan mau pulang en adha??
Tapi aku sangat sangat sangat bersyukur sebab diberikan kesihatan yang amat baik hingga ke saat ini. Aku still cergas nak berjalan-jalan. Even weekend haritu siap buka booth Bottom Racks kat Rasta TTDi. Punya busy pasal bisnes sampai tak sedar kaki aku dah pun bengkak macam belon -____-. Siap MMS gambar kaki kat en adha..Katanya kaki anak gajah.hahahha...Dia juga sudah bagi green light untuk aku beli sandal baru.Yipppieee!!!thanks hubby..Sandal Clark aku sudah tak dapat nak disarung..Tapi macam rugi nak beli baru sebab lagi sebulan je pun aku dah nak bersalin. Tengok la camne nanti
Dalam masa tinggal lagi 2 bulan ni, aku still tak beli breast pump dengan set lepas bersalin. Still dalam dilema breast pump apa nak beli. Tapi, hati aku dah tertarik dengan Unimom Allegro. Ada sape-sape yang guna pump ni tak? Set bersalin pun aku dah target nak beli set Nona Roguy. Tinggal nak order je..Hope semua dapat setel dalam bulan ni..
p/s: dah takde hati nak pergi kerja. . ;(
8 comments: (+add yours?)
wah...xlama dah tu.mesti berdebar2 kan? gud luck
mahujadiibu>>alhamdulillah..dah tak lama.berdoa semoga semua dipermudahkan... ;P
x lama dah tuu.mmg patut kena wat preparation dah.gd luck dear:)
rindunya nak ada newborn. Semoga dipermudahkan utk u :)
reyna>>thanks..congrats ye dh dpt baby..;P
AJ>>thanks doakn i.dptkan lg sorang newborn.hehe...
Salam..Aneboda Drawer tu mcm mana quality nya? sy nak beli utk anak. Selepas awak pakai, ok tak?
nurul>>drawer tu sgt ok setakat ni.sebab ruang dia besar.tapi kan,drawer aneboda ni dah xde kat Ikea.start katalog baru haritu dah xde.saya pn baru igt nak beli lagi 1..
Post a Comment
any idea or comment?just drop here