Rojak

Entri kali ni aku campur-campur ikut apa yang terlintas dalam otak. First thing, benda paling lega en adha sudah pulang. Alhamdulillah..dia sampai Rabu lepas. Buat suprise kononnya. Aku balik kerja tengok dia bukakan pagar. Time tu rasa macam nak melompat-lompat ;P. Masuk rumah tengok rumah bersih bangat. Berkilat-kilat.hahah...Rupanya en adha sampai je rumah, dia terus kemas 1 umah. Sebab sepanjang dia takde, aku memang tak wat keja umah. Tak larat wei...and dia pun tak bagi buat. Sampai kawan aku nak datang pun aku tak bagi. Aku rasa dah macam rumah hantu rumah aku sepanjang en adha takde..

Dia tak beli apa pun katanya. Tak sempat sebab asyik kerja je. Duduk dalam plant katanya. Tapi still sempat borong coklat. Aku tak teruja tengok coklat banyak-banyak tu sebab aku bukan jenis suka makan coklat. Tetiba katanya ada hadiah sempena Mothers Day yang lepas. Haritu dia just wish je..OOhh...terharu. Yelar, tak sangka husband aku yang tak romantik tu ada belikan hadiah untuk aku. Thanks hubby ;P

suka sangat baunya
"ko jangan jelesnya Yah"
-____-

At the same time en adha balik hari Rabu tu, mama dengan adik aku pun datang rumah aku. Mama bercuti ke Padang hari Khamis sampai Ahad. Patutnya aku dengan en adha pun join sekali....tapi dah aku pregnant, terus burn je tiket tu. So, mama just join kawan aku Yah dengan Fit je g sana. Jeles hokey..sedih pun ada sebab tahun ni aku tak naik flight langsung.hahahh...Tapi tahun depan aku dah book pun tiket masa AA promo haritu.hahaha...Nak balas dedam katanya ;P Macam-macam mama beli sampai dia muflis nak bayar servis wrapping beg pun duit dah habis -___-

Pregnancy update...Aku dah masuk 9 bulan ;P. Alhamdulillah..dah nak sampai ke penghujung. Masih gigih ke ofis even semua pun takut tengok perut aku. Ikutkan aku memang nak cuti, tapi kerja-kerja aku masih banyak yang tertangguh. Perut aku dah selalu senak and rasa letih tu dah berganda-ganda. Adlyn jr pun dah makin aktif kat dalam. En adha memang sangat excited sampai termimpi-mimpi bakal anak dia ni ;)

Tapi still risau sebab kalau rezeki en adha murah, maybe dia kena ke tengah laut lagi middle June ni. Job tu plak luar dari M'sia. Aku tak tau nak doa semoga dia dapat job tu or doa biar dia tak dapat. Serahkan saja pada Tuhan. Perancangan dia lebih baik kan....Aku dah tak risau sangat kalau en adha takde masa aku dalam pantang sebab mama memang dah pencen bulan 7 tu. So, dia akan jaga aku. Hope kalau dia dapat job tu pun biarlah lepas aku dah deliver...InsyaAllah...

Sabtu ada event bersama kawan-kawan kesayangan. Ohh rindunya dengan mereka. Nak bergambar beramai-ramai sementara aku tengah "gemuk" ni T____T.

p/s: larat lagi ke aku nak g expo baby sabtu ni??nak cuci mata je ^____^












0 comments: (+add yours?)

Post a Comment

any idea or comment?just drop here