Garrett Chicago Popcorn

3 comments

Ok aku tau dah ketinggalan untuk publish entry pasal popcorn yang menjadi kegemaran ramai sekarang ni. Yelar, bila masa plak aku nak ke KLCC tu semata-mata nak beli popcorn. Kecuali aku menangis teresak-esak kat en adha cakap aku mengidam separa gile. Tapi mungkin juga tak dilayan sebab dia kat Terengganu -_____-. Masa aku g Singapore tu tak plak aku teringin nak mecuba.

Tapi bila di kelilingi dengan kawan-kawan yang amat baik hati dan pemurah, dapat gak aku merasa popcorn Garrett ni. Thanks to Yah sebab sudi bagi aku rasa popcorn ni. Semuanya bermula dia message aku cakap dia ada beli popcorn tu kat KLCC. Tapi dia dah sedekahkan separuh dekat officemate dia. APAKAH??Aku tambah pelik bila yang "food lovers" ni boleh bagi popcorn yang menjadi sebutan semua orang kepada officemate dia. Tambahan plak katanya dia beli popcorn tu almost RM50 -____-"". Baik makan steambot Flaming wei

Dari message Yah aku dapat agak tekak Jawa dia tak dapat menerima popcorn tu. Aku terus teruja nak rasa sebab Nad pernah review dalam blog dia di entry ini katanya sedap and dia terus addict popcorn ni. Kata Yah kalau nak rasa sila datang ke rumah dia lepas kerja. Petang tu juga lepas kerja aku terus rempit ke rumah Yah.

Kat depan pagar dia aku terus makan. Sungguh rakus mak buyong sorang ni T____T.
Apa komen aku???hahahah....wei....MANIS nak mampos. Kata Yah tahap potong kaki. Tapi pada aku dah tahap potong tangan okeh!!!Dia beli yang flavor yang Cashew CaramelCrisp. Yang lagi satu aku tak ingat tapi katanya yang tu masin tahap boleh kena darah tinggi.hahahah....Yang masin tu dia dah sedekah kat budak ofis dia. Mereka pun cakap masin gile tapi sebab Yah paksa makan, mereka terpaksa ikut sebab takut Yah garang cam rimau.hahahah...

Bawah ni flavors yang ada. What's ur choice??

Rupa memang boleh menggoda tapi MANIS

Lastly aku kutip cashew dia je T___T. Memang aku tak bleh telan and takut wei. Aku pregnant. Kang tak pasal-pasal kantoi urine test gula tinggi. Lagipun aku memang kureng benda manis-manis ni. Pada semua bakal-bakal ibu aku memang tak nasihatkan untuk makan. Kalau dah mengidam sangat cukup la rasa sikit je. Tapi tak tau la kan tekak orang lain camne. Nad cakap sedap je. Aku ni tekak kampung, Yah plak tekak Jawa. Pada Yah, tempe je paling sedap ;P

P/s: Semalam makan di Kelantan Delights.Ok..nasi tumpang tu lagi sedap and lagi murah dari Garrett ;P

Kenapa Harus Berahsia

8 comments

Masih ingat entry ini?. Lepas aku publish entry tu, ramai kawan-kawan aku call and congratulate me. But, semua tanya nape baru sekarang nak inform. Yelar, dah almost 3 bulan lebih pun aku pregnant. Kalau korang nak tau, yang tau aku pergnant cuma Yah and family aku je.

Actually aku ada problem dengan period aku after aku miscarriage haritu. Aku gugur bulan 5, ramai cakap within 1 month sure period dah normal. Tapi aku tak period dekat 3 bulan ok. Aku ada jumpa doctor but doc advise jangan stress and dia tak bagi aku makan apa-apa ubat even folic acid pun. Aku bukanlah nak terus pregnant lepas gugur tu cuma risau bila tak period. Takut ada sakit lain plak. But, akhirnya aku period gak minggu terakhir bulan 7 and aku cuma tak puasa 4 hari je yang awal-awal tu.

Aku ingat period aku dah ok. Rupanya tak juga. Adooiii...Aku cuma period sehari je bulan 9 tu. Tu pun sikit bebenor. Aku biar je. Malas dah nak g jumpa doctor.Sampai bulan 10, aku still tak period. Tapi tetiba aku macam ada instinct yang aku pregnant. T_____T

Atas nasihat en Adha, aku buat test. But the result is -ve. Tapi sebab still ada naluri yang aku macam pregnant, aku buat lagi sekali. The result is +ve. Alhamdulillah....syukur. Terus inform en adha sebab time ni dia outstation di Kedah. Petang tu terus ajak Yah g jumpa doc. Aku tak tunggu en adha sebab aku risau sebab tetiba aku bleeding. Period or ak bleeding. Terus fobia. Tambah plak aku nak g bercuti ke Guangzhou lagi sehari je. Masih ingat entry bercuti aku yang ini. Lepas aku wat blood test, tu pun lepas doc cakap wat UPT takut tak valid sebab aku dah lama tak period. Result is, im pregnant in early stage. Baru 3 weeks.

Time ni berbelah bahagi nak naik flight or tak. Tapi doc cakap it's ok asalkan aku tak gerak banyak masa kat vacation tu. Then, jangan stop ubat yang dia bagi. Bleeding di awal pregnancy adalah normal unless rasa sakit and more than 10 days rasanya.

Alhamdulillah, sepanjang bercuti aku ok. Sihat and takde mabuk-mabuk. Best kot g Guangzhou.hahahah..Nanti aku update entry Guangzhou,k. Everything is ok until 7 weeks of my pregnancy. Aku breakfast dengan en adha and kawan-kawan ofis aku. After breakfast tetiba aku rasa cam something kat panties. Aku bleeding!!! Time tu aku still tenang dan terus berdoa hope baby takde apa-apa. Nak share dengan office mate pun takde sape yang tau aku pregnant. After kerja, terus wat check up.
The worst part, doc tu terus scan and straight away cakap"ikut experience i, baby you takkan survive. Tanda-tanda nak gugur. Lagipun baby takde heartbeat". It broke our heart.. -_____-

Tapi aku dengan en adha terima seadanya cakap doc tu even dalam hati tuhan je tau. Dia suruh datang for scan another a week. Mungkin kami dah pengalaman sebelum ni, jadi kami lebih tenang. Senang dengan ayat, kalau ada rezeki insyaAlllah baby akan survive.
Next weeknya, kami terus wat appoiment di tempat lain. Doc scan and terus nampak our junior and siap nampak ada heartbeat. Alhamdulillah...Terus lega and rasa nak menangis. En adha senyum sampai ke telinga T__________T

So, lepas apa yang jadi, aku masih belum sedia nak share dengan siapa-siapa. Yah jela yang simpan rahsia sebab kalau en adha takde, dia jela harapan negara nak minta tolong. Aku tau dia sentiasa akan tolong aku. Thanks Yah *____*. Ayat kena baik, senang nak minta hadiah nanti.hahahha....

Lagipun, ini juga permintaan en adha. Dia suruh aku betul-betul dah lepas trimester pertama baru share dengan kawan-kawan. Untuk bergelar isteri mithali, aku harus patuh. huh..mithali la sangat  kan ;P

Kepasa kawan-kawan jangan kecil hati ye especially my BFF. Takde niat nak rahsia-rahsia cuma bagi kami yang pernah bersedih untuk pregnancy yang sebelum ni, maka kami lebih berhati-hati. Tak mahu terlalu excited dan harus terus berdoa semoga semuanya di permudahkan. Even sampai sekarang aku still ada rasa takut.. Doakan aku dan adlyn junior selamat sehingga ke akhirnya. Ooohh..EDD aku 30 Jun 2012. Cepatlah masa berlalu.^___^

p/s: Bulan depan aku dah 5 bulan. Apa yang aku nak beli dulu??List sangat panjang, terus blurr-____-

Kosong

1 comments

Hidup terasa amat kosong hari ini. Malam semalam en adha dah pergi ke Kemaman. Tinggallah aku dengan budak kecik dalam perut ni ;(

Semalam terjadilah cerekarama cerita sedih. Aku menangis masa en adha nak pergi. Ikut hati memang aku tak nak dia pergi. Aku memang jarang menangis and Yah sampai label aku hati kering. Tapi semalam memang rasa syahdu. Mungkin hormon mak buyong.hahaha...Mungkin juga en adha dah lama sangat tak outstation lama-lama.

Sejak dari aku miscarriage hari tu dia dah jarang tinggalkan aku sorang-sorang. Even job offshore pun dia suruh bos dia hantar orang lain. Aku pantang masa gugur tu pun dia yang jaga. Semua benda dia buat. Then, aku pregnant second time ni pun, dia jaga aku. Kebetulan pregnancy aku kali ni agak mencabar, makanya dia terpaksa handle semua kerja rumah termasuk masak, kemas rumah, basuh baju dan lain-lain. Dia juga jadi driver aku sejak aku pregnant. Serius, aku rasa amat bersyukur dikurniakan suami macam en adha. Thanks B.

So, bila pagi ni aku terpaksa bangun sorang-sorang and drive ke office, rasa sangat sunyi. Kalau tak dalam keta, mulut aku paling kecoh. Kalau senyap tu aku tidur la tu.hahaha..Bila dah terbiasa dimanjakan sebelum ni, susah sikit aku dah terasa sangat bila en adha takde. Selamat kat office aku busy, so tak terasa sangat kesedihan aku -____-

Masih bersyukur, at least en adha tak g offshore. Kalau tak sure lagi teruk cerekarama malam ni. Ni at least kami still boleh call-call waktu malam. Siang memang tak dapat la sebab HP tak boleh bawa masuk plant. Weekend pun en adha tak cuti. Bermakna cuti Chinese New Year pun aku tetap sorang. Patutnya kami plan nak bercuti ke Perlis sebab kebetulan ada kawan en adha yang berkahwin waktu tu. Nampak gayanya memang aku dok kat rumah jela. Nak drive balik kampung pun, en adha tak bagi. Bahaya katanya. Terpaksa pujuk mama datang rumah aku la nampaknya. Kalau tak memang mati kutu cuti lama-lama dok sorang-sorang kat rumah.T____T

Hope aku boleh mengharungi sebulan ni jayanya. Cepatlah masa berlalu. Tapi aku tetap kena terima kenyataan yang kerjaya en adha memang camni. Tambah plak dia dah naik pangkat. So, kerja makin banyak. Mana tau bulan depan dia terpaksa pergi Bintulu plak. So, aku memang dah kena prepare mental dan fizikal. Aku kena pandai manage kehidupan aku. Tambah plak lepas ni dah ada baby, mungkin lagi mencabar bila en adha takde nanti.

Tak mau sedih-sedih dah. Esok aku taip enrty gembira-gembira plak ok ^___^

p/s: Aku rasa macam dah bosan dengan layout blog aku. Sedang memikirkan untuk tukar layout baru :)




















2012

2 comments

*terima kasih untuk semua wish pada entry lepas. Aku akan reply semua nanti ye ;P. Sayang korang

Harini hari pertama aku kerja untuk tahun 2012. Lemau macam biskut masuk angin. Takde langsung semangat nak kerja di tahun baru ni. Asyik tengok jam bila mau pulang. Mungkin mengenangkan malam ni en adha akan berangkat ke Terengganu untuk sebulan. Sadis bila nak difikirkan. Tapi aku fikir atas tuntutan kerja aku redha dan mungkin ini juga rezeki kami untuk permulaan tahun 2012. Alhamdulillah...

So, macamana tahun baru korang semua?Aku tak tengok pun bunga api. Jangankan yang real, yang dalam tv pun aku tak tengok. Kami berdua cuma pulang ke kampung en adha je. Dah takde excited untuk celebrate New Year macam zaman muda-muda dulu. Sudah semakin dewasa kan. Wahh..still tak nak guna word tua ok.hahah..

Azam tahun ni pun masih belum difikirkan lagi.Boleh??hahaha...Ada..cuma biarlah aku je yang tau. Yang pasti tahun ini akan lebih bermakna untuk kami berdua. Semakin banyak dugaan dan cabaran untuk kami tempuh bersama. Mengenangkan 2011 yang banyak meninggalkan kenangan pahit manis, aku masih mampu tersenyum sebab berjaya mengharungi segalanya dengan tabah. Berjaya juga mengharungi setahun usia perkahwinan kami disaat ramai mengatakan tahun pertama perkahwinan adalah yang paling sukar. Setelah aku melaluinya, aku akui bukan mudah. Alhamdulillah kami berjaya ^_____^

Semoga berjaya juga untuk mengharungi untuk tahun ini dan hingga ke akhirnya. Harapan untuk tahun ni cuma mahukan kehidupan yang baik dari tahun sebelumnya. Diberikan kesihatan yang baik and dapat lahirkan junior kami dengan selamat. InsyaAllah..

Walau apa pun azam korang tahun ni, aku doakan semoga semuanya tercapai ye kawa-kawan. Last but not least, buat semua followers and readers aku thanks a lot for all your support. Sudi singgah and baca blog ini. Azam tahun ni gak, aku akan update blog ni selalu. Semoga azam yang satu ni tercapai ye. ;P

p/s: sesiapa yang ada link kan blog ni kat blog korang, sila tinggalkan link. Nanti aku link korang kat sini ye.

Bittersweet 2011

7 comments

Kita semakin menghampiri penghujung tahun 2011. Banyak sangat yang aku dah alami dalam tahun ni. Alhamdulillah dapat masih merasa kehadiran 2012. Mungkin ini entry terakhir aku untuk tahun ini. Esok aku dah nak berangkat pulang ke kampung halaman en Adha.


Ini hanya sorotan pahit manis aku dalam tahun 2011 ;)


- terpaksa berpindah ke KL bila tuan rumah tetiba nak jual rumah tu and kami memang   malas nak cari rumah sewa lain kat Kemaman.


- aku dapat kerja yang aku idamkan selama ni setelah lebih setahun aku jobless after married haritu. Alhamdulillah....


- Im pregnant :)


- One year anniversarry. Alhamdulillah..even sedih sebab tak dapat celebrate sebab keadaan aku yang tak mengizinkan ;((


- Bulan 5 aku miscarriage ;(


- En adha dapat tukar ke branch KL lepas aku miscarriage. Semua kejadian ada hikmahnya.


- Holiday bersama rakan-rakan ke Singapore. Terbaeeekkk!!!


- Manager kesayangan aku resign dan meninggalkan aku terkontang-kanting. -_____-""


- Holiday kedua ke Guangzhou bersama mama. Tahun ni berjalan jela..


- Sambutan hari jadi yang paling indah


- Hadiah hari jadi yang paling bermakna *_____*


- En adha dapat promotion. Congrats dear!!! Tak suka sebab dia makin busy*nangeess*


Tu jela kot. But, macam-macam yang aku telah aku dengan en adha hadapi. Next year kami masih menanti cabaran dan dugaannya. 2012 will be a new phase for both of us. Kami tak sabar tunggu 2012. Bye 2011 and we gonna miss you..hahahah..dah macam nak berpisah dengan kawan plak.


Penutup 2011 yang membuatkan kami masih tersenyum hingga ke hari ini


Alhamdulillah, syukur.
Our junior dah 14 weeks
T_____________T



p/s: Selamat Tahun Baru untuk semua ^____^ 

My Birthday Celebration +___+

0 comments

Entry ni dah tersimpan dalam draft berbulan lamanya. Harap maklum T____T
Saya sudah semakin tua tahun ni. Sob3 -____-
Bulan Oktober lepas umur aku dah bertambah lagi. Sambutan adalah biasa-biasa je.
Tak perlu sambutan yang hebat janji orang tersayang sentiasa ada disisi aku. Itu lebih bermakna.
Sangat suka tahun ni sebab sambutan birthday dihujani dengan makanan-makanan yang lazat ^____^

Just having dinner with en adha malam tu kat Secret Recipe. Thanks hubby.. ;P
Esoknya Yah message ajak dinner together with Zue and Yan and tak ketinggalan en adha. Kami makan-makan di Chillis, Citta Mall. Sangat  best bila rasa diri dihargai. Thanks friends.
Tapi lepas sampai rumah, aku terus banned makan Chillis atas sebab-sebab yang tertentu. Aku takkan makan Chillis setahun.hahahha..Nanti aku cerita kenapa -____-"

thanks to all

Last but not least, harus celebrate bersama BFF aku kat Selayang, Nad and Fit. Even celebrate lambat but really appreciate sebab still ingat birthday aku. Sangat terharu. Thanks to Nad for the treat. Nad telah bermurah hati untuk belanja di Marche. Namun amat sedih sebab takde gambar yang diambil. Aku tak bawa camera and everybody is busy eating.
But overall aku amat gembira tahun ni. Even umur bertambah but age is just a number. Dapat hadiah paling bermakna dari en hubby. Ohhh..sangaaaattt suker. Aku rasa antara benda best yang happen in this year is my birthday. Thanks a lot for all the wishes from my family, friend through Facebook, message, call. Im really appreciate it. Hope next year I still can celebrate my birthday. InsyaAllah....

p/s: sudah semakin menghampiri 3 series ;(


Saya Masih Di sini ;P

4 comments

Aku rindu nak menaip kat sini. Korang rindu aku tak? ;P
Hidup agak terumbang ambing dengan workloads yang sangat banyak.*nanges*.
Sebenarnya banyak benda aku dah draft tapi semua pun half way. Then terus simpan kat draft.
Aku akan publish gak entry-entry tu even dah ketinggalan zaman -_____-
InsyaAllah aku try publish malam ni kalau kerja-kerja ofis aku dah siap. Ya, aku bawa balik kerja ofis ke rumah.
Pekerja cemerlang katanya T______T

Even aku tak update blog, aku tetiap hari baca blog-blog korang semua.
Jadi silalah update blog korang ye. Jangan malas macam aku.
Lagi 4 hari nak masuk tahun baru. Saya tak sabar nak tunggu tahun depan *________*
Okeh jumpa lagi...