5 Bulan

Lagi beberapa hari je Adli Hadif nak genap 6 bulan. Dah boleh bagi makan.Yeee!!Mak lagi excited dari anak. Cerita pasal solid food nanti aku story bila aku dah suapkan si debab tu makan.

5 bulan ni apa perkembangan hadif? Dia dah sangat teror meniarap. Dah boleh berpusing-pusing. Memang dah expert. Dah pandai nak terbalikkan badan. Takde la menangis nak suruh orang tolong pusingkan dia. Dah boleh meniarap lama gak. Bila penat pandai plak baring. So cute!!!

Berat memang tak turun lagi. Masa timbang haritu berat dia dah 8.2kg. Ingat demam teruk haritu, turun le beratnya. Takde maknanye. Tinggi naik 5cm. So, graf dia level 3. Level budak debab kata nurse.haha..Lantak la kan hadif, asal sihat. Cuma mama memang dah tak larat nak dukung tau ;P

ada uncle cina tegur
uncle tu gelar dia
"chubby boy"

Dua hari lepas, ada cubaan nak merangkak. Dia angkat bontot dia tinggi-tinggi pastu terus terjun ke depan.haha..Masa tu aku dengan mama tengok. En adha kan takde, outstation kat Melaka. Makanya, terlepas aksi akrobatik anak sendiri. Yang wife pun pandai sangat, bergelak ketawa bersama mama sampai lupa nak record. Adooii!!

Mulut pulak dah riuh bukan main. Kadang-kadang dah pandai sebut "Mama" bila time nak susu. Bab minum susu memang hebat sangat. Asyik susu je kot. So, no wonder badan dia sangat bam-bam dan badan mak dia makin slim. Setakat ni masih fully breastfeed. Alhamdulillah...

Hadif ni memang jenis tak banyak ragam. Cukup susu dia ok je. Bukan jenis yang meragam. Alhamdulillah..especially kalau bawa g berjalan. Suka bebenor dia. Baik je. Dah tu ramai plak peminat kalau bawa keluar. Mesti orang geram nak cubit-cubit pipi dia.hahah...


Budak debab ni memang cucu kesayangan atuk dengan opah. Untung le hadif ye. Waktu 5 bulan ni dia demam teruk. Siap kena Bronchiolitis. Bab tidur still susah. Tambah dah pandai berpusing-pusing ni, dia memang seboleh-boleh tak nak tidur. So, aku sekarang takkan paksa. Biar dia dah betul-betul penat, nanti dia mesti nak susu then terus tidur. Malam memang takde masalah. Kalau dah tidur, memang sampai ke pagi. Cuma terjaga bila nak susu je.Tak sangka yang hadif dah nak masuk 6 bulan. Rasa macam baru je lahirkan dia. En adha dah tak sabar nak tunggu dia besar. Nak ajak main bola katanya. Yang opah plak tak bagi main bola sebab bahaya katanya. Opah nak suruh cucunya main golf.hahaha...Kita tunggu jela hadif minat main apa. Watnye semua sukan dia tak suka. Camne tu??

Topi feveret
Hadiah dari Atuk
^_^

p/s: sabtu ni nak bagi hadif makan.Tak sabar nak tengok reaksi dia camne ;P

2 comments: (+add yours?)

ieda said...

chubbynya dia.geram

adlyn833 said...

ieda>>tq.memang sgt chubby sampai rasa nak cubit ;P

Post a Comment

any idea or comment?just drop here