Bittersweet 2012

Setiap tahun pun aku suka buat recap overall apa yang aku dah lalui sepanjang tahun ni. Ohh..my..dah nak habis tahun pun. Sedih nak tinggalkan tahun 2012 sebab banyak sangat benda-benda manis sepanjang tahun ni. Looking forward for 2013. Please be kind to me...

Sebagai memori aku, ni list memori 2012 hidup aku..

- Dapat bonus + insentif dari company. Banyak le gak. Tapi semua dah lebur beli barang anak kesayangan. Alhamdulillah dapat bonus. 

- Perjalanan mengandung yang sangat dipermudahkan. Rasa happy pregnant tanpa ada perkara-perkara yang tak diduga berlaku.

- MEnyambut anniversary kedua perkahwinan bersama anak tercinta yang masih dalam perut. COnsider babymoon. 

Anniversary tahun depan budak dalam perut tu dah ada
Tiket anniversary pun dah ada untuk next year.hahha..
Semoga impian tercapai  

- Terpaksa burn tiket percutian bersama rakan-rakan dan mama waktu bulan 5 sebab time tu aku dah 7 bulan pregnant. Terus tak dapat g Padang. Ini la padahnya asal Air Asia wat sale aku gatal booking tiket. Makanya tahun 2012 aku LANGSUNG tak naik flight.Sob3...Saja Caps word langsung tu supaya en adha nampak penegasan di situ.hahha..

- Aku dengan sesuka hati declare maternity leave aku selamanya sebab aku terus hantar surat resignation. Even workmate aku pun tak tau yang aku dah resign. Semua budget aku cuti bersalin je. Aku malas nak inform sebab nanti sedih pastu semua nak buat farewell. Reason aku quit??Sebab company tu nak pindah jauh nun ke KL. 

- Rezeki datang lagi bila en adha dapat job offshore kat Labuan. Maka aku tinggal le sorang-sorang dengan baby dalam perut selama sebulan. Alhamdulillah aku berjaya. Bangga dengan diri sendiri sebab dapat berdikari waktu tengah pregnant 7 bulan.

- Decision paling berat nak dibuat oleh en adha dalam tahun ni, dia jual kereta kesayangan dia. Jual pun time dia kat Labuan. Kiranya waktu kereta tu dijual dia takde pun kat sini. Semua adik aku settlekan. Dia tak tengok pun keretanya disaat akhir. Tak mahu sedih katanya. Yelar tu first kereta yang dibeli. Kereta tu juga kereta pertama kami sebelum aku plak beli kereta. Terpaksa jual sebab family dah bertambah. Kereta dua pintu dengan ekzos yang boleh buat baby aku menangis sangat tak praktikal.hehhe..

Dalam kenangan. Serius rindu zaman muda-muda
Merempit naik kereta ni
Semoga tuan baru tu jaga kereta ni elok-elok
T___T

- Tinggal lagi beberapa minggu nak bersalin, en adha dapat kerja baru. Alhamdulillah...dah lama pun en adha nak blah dari company lama tu tapi rezeki takde lagi. Dah nak ada family ni katanya tak mahu masuk plant, g offshore. Kalau boleh nak duduk setempat je. So, job yang baru ni memang totally different. Dah tak pakai coverall macam orang nak naik bulan tu. Sekarang duduk ofis pakai kemeja hari-hari. Maka aku terpaksa iron baju wei..nyampah plak aku. Kalau tak dulu g kerja pakai jeans je. Dia happy sebab cita-cita dia tercapai. En adha sekarang jadi lecturer.hahah..aku macam tak percaya sampai sekarang yang dia bercita-cita nak jadi tenaga pengajar. Actually more to instructor aku rasa. Sesiapa yang nak amik certificate untuk job oil & gas, boleh le contact en adha. Kiranya company dia ni training centre la. Yang bestnya kalau kena mengajar kat oversea, family boleh ikut.hohoho...Part tu aku memang suka. Yippiee!!!

- 24 Jun 2012, lahirlah permata hati kami. Budak tembam yang comel, Adli Hadif B. Nooruladha. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dari aku pregnant sampai aku bersalin. Even nak jaga si hadif ni pun senang. Tak banyak kerenah. Cukup susu and tidur, dia pun ok je. Good boy..

Anugerah paling bermakna dalam hidup kami

- Rezeki di akhir tahun ni plak, en adha dah berjaya dapatkan kereta baru untuk kami 1 family. Syukur ya Allah. Walaupun bukan kereta idaman dia, tapi tetap bersyukur. Mana tau, tahun depan dapat rezeki lebih boleh la beli kereta idaman hubby tu. Proses beli kereta tak sampai dua minggu. Tau-tau kereta dah keluar. Thanks to adik aku sebab tolong dari A sampai Z. Lega bila dah ada kereta lagi satu. Kalau tak en adha bawa kereta aku g kerja. Maka susah le aku nak ke sana sini. Tapi sedih sebab tak dapat plat kereta lama kami 833. Nombor cantik sebab both of us lahir tahun 83.hahha..Sebab malas nak tunggu lama semata-mata nak dapat no tu maka redha jela no plat sekarang.

Tu jela kot antara cerita-cerita yang jadi kat kami sepanjang 2012. Biasa-biasa je kot tapi tetap menjadi memori. Alhamdulillah dengan semua rezeki yang diberikan. Berharap agar 2013 lebih berrmakna dan rezeki keluarga kecil kami semakin murah.

Semoga jumpa korang lagi tahun depan ;P

p/s: Selamat tahun baru & selamat bercuti.

7 comments: (+add yours?)

Unknown said...

as.salam lyn,
tahun yang bermakna kan? =) me too.

LisaLisut said...

waaaa u SAHM. bestnya... huhu. my husband punya frust xdpt plat yg ade number 85 masih smpai skrg.lol. i just ckp come on la.its just a number.nk sdp kan hati dia haha

happy new year in advance! :D

adlyn833 said...

Lisa>>buat masa ni je SAHM nye.lps ni dah kerja balik.sob3..haha..tula kan,its just a number tapi sedih mengalahkan apa ;P

happy new year too

adlyn833 said...

Fida>>yup..fida lagi best 2012 dah ada dua anak..semoga 2013 pun bermakna hendaknya...

cha said...

alhamdulillah everything went well kan. semoga 2013 lebih murah rezeki. paling penting suami tak jauh :D

adlyn833 said...

cha>>betul tu.syukur sangat dia dah tak payah pergi offshore..

fiona emelda said...

hubby keje bhgn training oil n gas ek... hubby saya environmental n engineering..boleh la berkerjasama nampaknyer sebab dia slalu gak anto pekerja dia gintraining...

Post a Comment

any idea or comment?just drop here