Akhirnya misi tercapai untuk mencari buku sambil menghabiskan duit kat book fair kali ni. Last year aku tak berkesempatan nak pergi. Kami pergi hari Selasa lepas memandangkan en adha cuti. Bolehlah aku cari buku sambil en adha jaga hadif.hehhe..I love u hubby ;P
Sebenarnya, aku pergi dua kali. Sekali hari Selasa, pastu adik aku plak ajak pergi. Maka pergi plak temankan dia. Pergi hari Jumaat plak. Kebetulan hari Jumaat tu BBW buat 60jam tanpa henti, so kitaorang decide g malam. Angkut Hadif juga sebab mama takut nak tinggal rumah sorang.
Misi utama memang nak belikan hadif buku supaya dia ikut jejak langkah aku yang memang suka membaca. Jangan jadi macam dia yang memang tak suka membaca. -___-''. Dengan harapan si mak supaya anak menjadi ulat buku bukan ulat bulu. ^o^
Masa sampai, memang agak jam sikit kat jalan nak masuk. Ingatkan parking sure penuh. Sejak ada anak ni, messti nak cari parking dalam building, dekat dengan pintu. Penting sebab kalau hujan ke apa ke, senang. Makanya, memusing la kami mencari parking. Banyak je parking dalam tu, so tak perlu risau ye.
Disebabkan kami belum beli baby carrier lagi, terpaksa la tolak stroller dalam tu. Memula risau gak takut tempat sempit dan sure kena maki dengan orang sebab bawa stroller, tapi bila masuk je dalam tu, kawasan nye lapang and even tolak stroller pun still tak ganggu orang lain. Walaupun ramai sangat orang, bila masuk dalam takde la bertolak ke apa ke. Mungkin hall tu besar, so memang tak nampak crowded.
Dekat nak 3 jam gak kami dalam tu. Buku semua murah-murah. Dah macam nak beli semua kot. Tapi misi memang nak beli buku Hadif, maka terus muhasabah diri. Buku kanak-kanak memang murah. Aku pilih yang harga RM3-RM5 je pun. Yelar, hadif pun baby lagi, malas aku nak beli buku-buku cerita. Beli buku ABC, shape, colours.
Buku untuk hero kami
Pop Up Book
RM10
Yang paling best aku jumpa buku siri "What to Expect" yang First Year dengan Second Year. Wajib beli sebab aku memang baca buku ni yang "What to Expect When Expecting" masa aku pregnant haritu. Buku tu sangat membantu dah jadi macam kamus pregnant aku.haha.. Harga plak RM8 dengan RM9. Rasa nak buat lompat bintang sebab buku tu kalo kat luar mau RM50 agaknya.
Semua buku ni RM8/each
Antara hasil yang aku borong
Mama for sure dok memborong buku masak. Mostly baking. Aku malas nak beli sebab resepi tu boleh google je dari intenet -___-". Tapi buku masak memang murah.. Buku Jamie Oliver, Nigella Bites semua tu dalam RM20-RM35 je. Memang sesangat murah. Total damage untuk aku yang g 2 kali ni lebih kurang RM200. Adik aku paling juara, habis almost RM250.hahha...tu pun dia dah ajak balik sebab katanya lagi lama lagi banyak habis duit.
Esok last day, so pada sesiapa yang suka membaca tu memang aku galakkan pergi. Thank to BBW sebab buat book fair camni. Hope jumpa lagi next year ;P
p/s: misi nak kemas rak buku kini bermula
2 comments: (+add yours?)
Arggggg!!...selagi x hbs BBW ni,selagi akan ada post n entry sal ni...stesss i ok...
Nak sgt gi...tp dlm musim tengkujuh gini,org tganu mmg xgi jln mn2 la...duk umah tgk hujan tunggu banjir je...huuuu
harz>>masa i dok kemaman dulu pun tension kalau tgk org KL g sale mana2.xpe, next year ada lg.hope BBW x buat hujung thn.boleh le u dtg.xpn,u kirim kat i.i tolong belikan ;P
Post a Comment
any idea or comment?just drop here