Bila dah dekat nak raya ni,mula la otak aku mengimbau kenangan zaman lampau.ecehhh..ayat,macam sastera.hahah...Bawah ni aku list apa yang aku terlintas perbezaan raya zaman dulu dengan zaman sekarang...
1- Baju raya zaman dulu tema pelangi.Sekarang semua nak tema sedondon.Yelar dulu,1 family tu macam-macam warna ada,biru la merah la,kuning dll.Sekarang 1 family dah ada tema.Mesti nak pakai sedondon.
2- Kuih raya zaman dulu semakin dilupakan,contohnya kuih sarang semut,semperit.Sekarang,kuih wajib almond london.Boleh kata semua rumah ada.Rindu betul dengan kuih sarang semut.Kesian semut dah takde kuih ;P
3- Kalau dulu,raya selalunya mesti kacau dodol dalam kawah.Sekarang dah tak payah.Beli aje dodol tu.Macam-macam warna dan perisa.perisa strawberi pun ada
4- Dulu ucapan raya semua hantar kad.Macam-mcam jenis kad.Dari kad bisu sampai kad menyanyi.Pantun "pecah kaca pecah gelas" sure ada ;P.Sekarang semua main ucapan alam maya,pakai internet,guna "muka buku" or hantar je pakai sms.Dapat msg best,tekan je forward.Mudah dan pantas.
5- Bunga api,mercun zaman dulu relax je boleh main.Apa mercun yang takde..Sampai boleh main lawan-lawan mercun dengan kampung sebelah.Sekarang semua tu dah diharamkan.boleh main mercun pop-pop je.Tak mencabar langsung ;(
6- Dulu dapat duit raya RM1 tu dah syok gila.Budak sekarang dapat RM1 mula muka mencebik."Kak Na,mana cukup kalau kita nak beli PSP (ni ayat adik sedara aku tahun lepas.Hebat tak? ;P)
7- Zaman dulu gantung lampu kelip-kelip yang warna warni.Sekarang dah ada lampu bentuk ketupat..comelkan?? ;)
8- Dulu kerepek ubi kayu ada perisa original je. Sekarang dah dimodenkan.Ada macam-macam rasa contohnya black pepper,jagung etc.But, I still prefer yang original ;P
9- Balik kampung dulu selain kereta, orang akan prefer naik bas or train.Naik plane ni jarang.Tapi sekarang,tiket plane pun macam goreng pisang panas gak."Everyone can fly" :)
10- Ketupat pun dah tak payah nak anyam-anyam macam dulu.Beli je kat kedai,balik rebus.Siap!!!
Setakat ni,tu je yang aku dapat fikirkan.Kalau ada lagi aku tambah nanti.hahaha...Tapi walau apa pun yang berubah,aidilfitri tetap disambut meriah kan.Tak kisah la raya dulu ke raya sekarang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan (^_^)
Raya Dulu VS Raya Kini
Mood Bercuti
Dah tak lama nak raya.As usual,mesti semua dah tak sabar-sabar.ermmm..aku biasa je..biasa la dah tua.kakakkaa....kalau zaman kanak-kanak dulu,time ni dah sibuk-sibuk tanya parents bila nak beli baju raya.Dok asyik terbayang-bayang umah nenek aku dah.Sekarang ni rasa excited nak raya tu still ada cuma tak se-excited dulu.
Aku lebih excited nak balik kampung sebenarnya.nak cuti panjang.syokkk!!!
InsyaAllah,aku akan meninggalkan terengganu Jumaat depan.Yahhoooo!!!Kami akan bercuti sampai 19 Sept.Puas hati...kakakka...balas dendam sebab dah lama tak balik kampung.Tapi before balik kampung tu kami akan singgah KL dulu.Ada sesi beramas mesra dengan sahabat-sahabat terbaek ;P. Can't wait to see u all.
Selain dari tu,sure la nak shopping.Kami tak beli apa-apa lagi untuk raya.lagipun semalam,en adha dah buat pembentangan budget.Budget dah diluluskan oleh en Adha.Alhamdulillah rezeki ramadhan..dapat la aku bershopping dengan amannya.kakakaka..
Hari ni kononnya nak kemas rumah.tapi aku dengan en Adha dok melepak je dari tadi.Malas..hahah..takpe,bukan apa sangat pun kemas..Kat kawasan taman aku ni dah agak sunyi sebab ada antara jiran aku dah balik kampung pun.Biasa la,semua pun macam kami,dah lama tak balik kampung and mostly kat sini semua bukann orang terengganu.So,semua for sure akan bercuti panjang.Aku juga sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung.lalallalala.... ;P
Jantina anak ditentukan melalui jadual??boleh caye ke??
Oppss...benda ni takde kaitan dengan aku.Kakaka....Aku just nak share info yang aku ada.Kalau pregnant je,sure parents akan excited nak tau apa jantina anak kita kan.Then, orang sekeliling pun akan mula jadi pak nujum..ayat yg selalu dengar"perut bulat ni..mesti anak perempuan","muka berseri je kalo pregnant,selalunya anak perempuan"..tu cuma yang biasa kita dengar dan macam-macam andaian dari pak nujum disekeliling kita...Tapi at the end,after 9 months baru kita tau lelaki atau perempuan anak kita..
Ramadhan
Alhamdulillah sebab masih berpeluang menjalankan ibadat puasa dibulan yang mulia ni.Tahun ni aku berpuasa sebagai seorang isteri.Setakat ni semuanya berjalan lancar.Tak banyak perubahan pun aku rasa compare tahun-tahun sebelumnya.Cuma bezanya dulu aku berbuka dengan kawan-kawan tapi sekarang aku berbuka berdua bersama suami.
Kalau dulu rutin sahur aku,aku akan just sms en adha suruh dia bangun.Then dia akan reply.But,kalau tak reply dalam masa 5 minit,means dia tak bangun lagi dan aku kena call untuk kejutkan.Aku memang tak penah miss sahur dari dulu lagi unless kalau aku tak sedar.sahur dah jadi rutin sejak aku kecil sebab bapa aku amat marah kalau tak bangun sahur.First day sahur,en adha kunci alarm HP dia pukul 4.30am,aku plak kunci pukul 4.45am.bila aku tanya kenapa kunci awal sangat.dia jawab nak tolong aku prepare sahur.aku senyum je.kesudahannya,aku yang tolong off kan alaram HP tu.hahahah....
Berbuka pun,aku memang akan masak even masa aku bujang lagi.Aku memang tak suka pergi bazar ramadhan.Bukan apa,nanti semua benda aku nak beli tapi sudahnya ke tong sampah sebab tak sedap.Masa belum kawin dulu,balik kerja terus masak.Sekarang pun tetap camtu cuma bezanya aku dah tak kerja.Masak simple-simple je sebab aku bulan puasa memang tak makan banyak.kadang-kadang makan kuih sebiji dua,aku dah kenyang.en adha pun tak makan banyak sejak bulan puasa ni.konon nak diet la tu.ahakss...
Walaupun kami masih berdua,tapi kami tetap bahagia.Semoga ramadhan kali ni kita mendapat keberkatan dari-Nya.InsayaAllah...selamat berpuasa semua ;P