Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Percutian Anniversary Tahun Ini

1 comments

Macam aku cakap dalam previous entry, tahun ni kami terpaksa cancel anniversary holiday kami.sob3..
Patutnya sekarang kami bertiga for sure tengah bersuka-ria tepi pantai main kejar-kejar, buat istana pasir dengan hadif, candle light dinner ke...imiginasi tak nak kalah ko ni kan adlyn. Entah-entah membuta dalam hotel je kejanya.hahah..

Sepatutnya, kami sekeluarga akan bercuti ke langkawi. Aku beli tiket tahun lepas hokeh. Masa tu hadif still dalam perut. Aku beli tiket berdua je sebab tiket infant memang takde promo bagai. RM50 jela ke mana destinasi pun. Yang aku story ni kalau naik Air Asia tau. So, kami plan dah nak pergi nanti baru beli tiket dia. Semangat tak aku? Excited sebenarnya nak celebrate anniversary tahun ketiga bersama orang ketiga. Lagipun, aku memang ada penyakit suka beli tiket promo AA. -____-''

En adha pun excited sebab dia tak pernah seumur hidup g Langkawi. Sedih tak dengar?. Aku selalu kutuk-kutuk dia sebab takde jiwa Malaysia langsung. Berjalan dah sampai ke China, tapi Langkawi tak pernah pergi. So, memang kami saja pilih nak celebrate ke sana. Tapi, tuhan punya kuasa, siapa kami nak menghalang kan. Kami terpaksa cancel sebab en adha sibuk sangat sekarang ni. Dia sekarang ada job kat JB sampai bulan depan. Masa beli tiket last year tu, en adha belum tukar kerja lagi. So, memang dah plan nak minta cuti awal-awal. Bila dah tukar kerja ni, memang susah nk minta cuti sebab kerja pun tak sampai setahun. Performance kena jaga. Tambah plak, sabtu ni sepupu aku nak kawin. Antara sepupu yang rapat. So, kami decide untuk cancelkan je holiday tu..Pasrah...

Selamat, duit tiket pergi balik tu tak sampai RM100 untuk dua orang. Tak rasa ralat sangat. Tapi aku tetap sedih sebab dah plan nak bercuti sama-sama. En adha ambil hati isteri dia ni, bawa g bercuti tempat sejuk. Bagi cool sikit hati aku.hahaha...Dia ajak celebrate anniversary awal dua minggu sebab kebetulan time tu dia takde class. Sehari je pun kami g. Jadi la kan dari takde. 

Mana kami holiday?


Kalau dah ada buah strawberry tu
Cameron Highland le
Macam takde tempat lain nak g kan
Jadi le

Aktiviti makan memang wajib
Misi mencari scones, waffle, strawberry juice berjaya
Kami makan kat Big Red Strawberry Farm
Serius sedap


Pergi tengok ladang teh 
Tapi tak beli pun teh
Dah sampai rumah baru menyesal
cettttt


Pergi Taman Rama-Rama


Budak debab yang tak reti diam
Semua benda nak pegang
Pegang rama-rama takpe lagi
Pergi tengok kaktus, nak dipegangnya kaktus
Semput dada aku kejap


Beli sayur & buah kat Kea Farm
"Headphone" tu pinjam kejap je untuk bergambar

Mak Pak nye yang budget muda
Nak poyo-poyo mengingat zaman bercinta. 
Dating dulu pakai converse dengan jack purcell


Itu jela aktiviti kami sepanjang kat Cameron. Pergi pun sehari je. Lagipun, masuk kali ni dah dua kali kami g Cameron dalam tahun ni.hehehe...But, kami tetap enjoy. Pada aku, pergi mana sekali pun best asalkan dengan orang yang kita sayang. Hope next year dapat pergi jauh sikit. Teringin sangat nak bawa hadif naik flight. Dah tak nak beli tiket awal setahun. Biar tiket mahal dari kena cancel.hahha..Lesson learn. So, tahun ni itu jela story anniversary kami. Cuma en adha ada hutang nak bawa aku g makan best-best.weehhooo!!

p/s: esok dah nak balik kg ;P

Anniversary Ketiga

2 comments


Alhamdulillah
No 3 amat bermakna untuk aku hari ini

Harini anniversary kami
Tahun yang ketiga
And tahun ni kami menyambutnya bertiga
Tahun ni 2013-no 3 belakang tu melambangkan segalanya

Tiada sambutan romantik pun since en adha ada kat Johor
But,kami dah celebrate awal 2 minggu
Suppose esok kami bertiga naik flight g bercuti untuk anniversary
Tapi terpaksa burn tiket atas banyak sebab
-___-''

Anyways, still rasa happy sebab dah 3 tahun berumah tangga
Masih dengan cinta pertama aku
Kami berjaya mengharungi segala cabaran even ada yang cakap 3 tahun tu baru lagi
Tahun ni sempena tahun ketiga, sambutan pun bertiga
Adli Hadif hadiah paling bermakna untuk kami
Tahun keempat mana tau berempat plak kan
teettttt...hahhaa

To en adha
I love so much and will love u forever
Semoga family kita diberkati dan dimurahkan rezeki
Berdoa semoga cinta kita akan bahagia selamanya
Terima kasih untuk kasih sayang, masa, cinta dan segalanya
Lastly, sayang awak sangat-sangat

Gambar anniversary kami tahun ni
*___*

p/s: hope anniversary next year dapat bercuti luar dari Malaysia...

2nd Year Anniversary

3 comments

Alhamdulillah sudah dua tahun perkahwinan kami
Bersyukur sangat kami sangat bahagia sehingga ke saat ini
Susah senang kami dah rasa dan dapat kami lalui bersama
Terima kasih Ya Allah
Lagi 2 bulan our junior plak insyaAllah akan lahir
Terasa tak sabar ;P

Buat en suami, thanks for your love and care
May our marriage be Blessed with Love, Joy and Happiness
Happy Anniversary hubby
I love you so much and my love for you is forever
+_______+

p/s: sedihnya bila anniversary camni, aku sorang2 kat rumah ;'''(

Baby Moon ;P

0 comments

Assalamualaikum,

Rindu kat blog aku ni. Tajuk kat atas macam le hebat sangat.. ;P. Kejadian dah lama berlaku, tapi aku baru ada mood nak update.
Previous entry aku haritu, aku ada cakap yang aku pergi tinggalkan KL. Ala, bukan pergi mana pun. Aku dan en adha pergi merehatkan diri ke Melaka & Port Dickson. Sebenarnya, kami terpaksa celebrate anniversary kami awal disebabkan en adha dah takde masa date anniversary kami nanti. Makanya en adha bawa aku ke Melaka & Port Dickson. Tak boleh g jauh-jauh, sebab budget agak kecik tahun ni and en adha risau tengok aku yang dah jalan cam penguin ni -____-''

Kami enjoy dengan short trip ni. Pada aku lebih kepada aktiviti merehatkan diri. Dah perut pun ke depan, aku rasa lebih sesuai dipanggil baby moon ^____^. Lagipun,kami sempat buat maternity photoshoot time cuti ni. hehehe...sukerlah!!!

Kami ke Melaka dulu hari Ahad tu. Tak kemana pun, just pusing-pusing bandar Melaka, naik beca, panjat bukit ke A Famosa, g jalan-jalan cari makan. Lepas tu lepak je dalam hotel.hahaha...Nama pun bercuti dengan budget terhad ;P

First time aku naik beca kat Melaka


Bangga sebab aku berjaya mendaki sampai ke atas

Hari Isnin kami check out dari Melaka dan terus ke PD. Kami check in di Avillion Admiral Cove. Teringin nak ke Lexis, mungkin tahun depan ye hubby. huhuhu...Kami lunch area PD, check in and terus buat maternity shoot. Nak ke pantai memang tengah panas sangat time tu. Dapatlah beberapa shoot yang menarik. Nanti aku share ye..

Petang kononnya nak g pantai, tapi cuaca plak hujan. Maka,kami tidur dengan nyenyaknya.hahahha..Malamnya kami g cari seafood dekat area PD tu. Entah kedai mana yang en adha bawa pun aku tak tau. Dia agak familiar kat PD sebab selalu sangat dia buat kerja kat Esso PD. Lepas makan balik bilik layan tv. And aku bagi suprise untuk en adha sempena anniversary kami ;)

Kad dah beli tapi tak sempat nak tulis
Aku curi-curi tulis note dalam toilet -_____-''

Beliau terharu and tergaru sebab tak sangka aku belikan dia hadiah. Aku beli memang dah last minit sangat. Menipu dia satu hal konon nak cari barang baby sedangkan aku dok mencari hadiah dia. 3 jam aku tawaf Sunway Pyramid sebab tak tau nak beli apa. At last beli wallet Fossil dengan ucapan "sila cari duit banyak-banyak untuk saya habiskan".. ;)

Pagi tu just breakfast kat hotel. Kitaorang makan entah berapa round sebab food dia sedap and banyak le juga choice. Ke kitaorang yang lapar?hahhaah..

 muka gembira sebab makan sedap

Lepas sarapan, jalan-jalan area hotel pastu balik bilik terus sambung tidur,boleh??hahaha..Dalam pukul 12.30 kitaorang check out and terus balik. Lepas zohor keluar balik g IKEA cari barang baby. Kebetulan Selasa memang cuti, so lepak kat rumah je. 

Overall aku puas hati dengan percutian ni. Memang betul-betul bercuti asyik dok hotel je pun sampai tak g pun pantai.hahah...Even,sebenarnya kami plan nak celebrate anniversary kat Langkawi or Krabi tapi perancangan Allah lebih baik. Tak sangka on our second year of marriage, kami bakal menjadi ibu dan ayah, insyaAllah.

Tahun depan kami akan celebrate anniversary bertiga dan kebetulan tahun ketiga perkahwinan kami. Hope dapat g Krabi balik. En adha cakap insyaAllah kalau ada rezeki lebih. Tapi selalunya time anniversary tula dia kat tengah laut. Tension aku. 

Ooohhh..harini la anniversary kami ^____^. En adha dah fly to Labuan semalam ;(

our maternity photoshoot ;P

p/s: dah lama tak update pasal baby..soon ok T___T

Setahun Sepuluh Bulan

1 comments

^____^

Alhamdulillah, our marriage dah setahun 10 bulan. Lagi dua bulan akan jadi dua tahun.
Lepas tu lagi dua bulan kami akan jadi parents untuk junior kami. Betapa cepat masa berlalu.
Syukur yang teramat.

InsyaAllah lagi dua bulan kami dah merancang untuk celebrate anniversary kami yang kedua tahun. Boleh dianggap sebagai babymoon juga. Tak pergi jauh kot sebab time tu aku dah masuk 3rd trimester. Dah tak larat nak g jalan jauh-jauh.

Buat en adha tersayang, i will always love you. Thanks for your love hubby *___*

p/s: seperti mahu ke tepian pantai ;P

Setahun Yang Membahagiakan

5 comments

kejadian terjadi pada hari sabtu lepas


Alhamdulillah, dah setahun aku dengan en adha hidup bahagia sebagai suami isteri. Bersyukur sangat kerana Tuhan berikan aku seorang lelaki yang sempurna pada aku. Kami masih lagi belajar untuk memahami satu sama lain. Susah senang dalam perkahwinan ini kami dah rasai dan masih berjaya untuk mengatasi semuanya.

Buat en adha yang aku sayangi, terima kasih atas segalanya. Terima kasih kerana membahagiakan sayang dan memberikan kasih sayang yang tak berbelah bagi. Sanggup mengharungi susah dan senang bersama. Semoga perkahwinan kita akan bahagia selamanya. I love u so much and my love for you will be forever.


Nota kaki: ya,aku dah lama tak update blog. Aku akan update sekerap mungkin lepas ni sebab rumah aku dah ada unifi ;P

P/s: kami dah dapat hadiah anniversary yang tiada tandingan nya. Syukur ^__^

Dua bulan sudah...

0 comments

Oppsss...aku belum pregnant ;P
Tapi kami dah dua bulan kawin.Alhamdulillah....
Actually,semalam anniversary kami.Aku lambat membuat entry ini


Source: google

Happy MonthSary for us!!!
LOVE U SO MUCH!!!!