Pernah Makan KODOK goreng tepung??

0 comments

Semalam aku blog walking.Then,baca blog ajjah.Dia minta advice pasal trip to Jakarta.
So,memandangkan aku dah pernah g sana dua kali,aku cadangkan dia g Mayestik.Makanya,aku pun dok terimbau kenangan silam masa aku g sana.


Second trip aku g dengan makcik aku,mama aku n KKS(kawan karib selamanya) aku yah.Mayestik ni memang terkenal dengan segala macam kedai kain.Sepanjang jalan kedai kain.Lace berlonggok-longgok.Bukan lagi rambang mata,mau terkeluar biji mata.hhahaa...Trip kali ni adalah untuk misi mencari kain baju pengapit,kain baju melayu untuk jejaka dalam family aku dan kain untuk dayang-dayang yakni KKS aku.


Gambar tidak dapat disertakan kerana kemungkinan camera untuk tertinggal di kedai kain adalah tinggi.Takde sape ingat camera or aktiviti bergambar bila dah nampak kain yang lebih menarik perhatian.Setelah penat menghabiskan duit berjuta-juta,baru rasa lapar.Maka,pencarian kedai mengisi perut pun bermula.


Pada aku,agak sukar untuk jumpa kedai makan yang sedap kat jakarta compare to Bandung.Tapi akhirnya,berjaya menjumpai kedai yang menepati piawaian Pn Hamidah(mama aku).Lagipun,kata mama mesti halal sebab pekerjanya pakai tudung(tipikal la kan.pakai tudung je islam.Kot orang tu botak,nak cover,pakai tudung ;-)


Dapat menu semua muka cam dapat emas.Lapar siot...Mama paling excited rasanya.


Mama : na,mama nak air orange jus (jauh-jauh datang,order fresh oren je..ceett).Makan,kome(cakap perak yang bererti korang) order le apa-apa.Mama tak kisah
Aku : mama, nak makan KODOK tak?
Yah : wei,kat sini pun ada jual cekodok (cucur) ke?(sambil wat muka blurrr)


Apa kejadah ada menu cekodok kat jakarta.Siap ada dalam menu KODOK goreng tepung,KODOK masak cili, sup KODOK.Lepas je yah cakap camtu,aku terus bantai gelak.


Kodok (bahasa Inggris: frog) dan katak alias bangkong (b. Inggris: toad) adalah hewan amfibia yang paling dikenal orang di Indonesia(sumber yang dipercayai)


sayalah en KODOK bukan cekodok ok 


Aku : KODOK tu katak la wei....
Mama: eiii..jom le kita balik.Kembang tekak mama.Terus hilang rasa lapar..


Kami semua bantai gelak kat situ.Mama aku ada allergic kat binatang macam cicak,katak,tikus.Pernah je dia buang mug sebab ada cicak mati dalam tu.Kalau ada cicak tersesat dalam sink,dia sanggup tak g dapur langsung.Berbalik pada kejadian tadi,disebabkan dah masuk kedai tu,takkan nak keluar je tanpa order apa-apa.Just order air je.Masing-masing dah putus selera.


Mama aku lagi la,sampai air tu pun dia tak nak minum.hahahah...Moral of the story,berhati-hati kalau berjalan ke negara orang.And aku pernah tengok dalam tv,orang kat jakarta suka makan kelawar.Bayangkan kelawar masak 3 rasa.gagaggaga...So,sape-sape ke area Mayestik ni,beware ye.Aku tak ingat nama kedai tu..


Next year,aku dengan mama dah book tiket untuk vacation.Kali ni naik Air Asia X.Jauh sikit..so mesti akan ada banyak lagi makanan eksotik yang akan aku jumpa :-)


Nak tengok camne rupa KODOK goreng tepung??


pergghh..mesti rangup cam keropok kan?? ;)

p/s: hujan emas di negara orang,hujan batu di negara sendiri ;>

::DIY tin can vases::

0 comments

Aku pasti kat rumah korang sure banyak tin-tin yang kosongkan?
Demi menyahut seruan kerajaan supaya kitar semula,aku buat tin tu tanam pokok keladi ;P
Tapi aku ada cari-cari idea lain untuk recycle tin-tin kosong ni..
Let me share with all of u,k


What you’ll need:
- Ruler
- Pencil
- Scissors
- Scrapbook Paper or gift wrap with interesting designs
- Decorative ribbon
- Spray Adhesive
- Containers to cover like an empty can, old unused vases and soda cans
- Floral foam
- Flowers




Instructions:
Step 1: Choose the container you would like to cover and measure a strip of the scrapbook paper to fit around the container.

Step 2: Cut the scrapbook paper into a strip that fits around the container.

Step 3: Spray a thin layer of the spray adhesive onto your scrapbook paper strip on the side you want adhered to your container.

Step 4: Wait one minute for the spray adhesive to get really sticky.

Step 5: Then, carefully adhere the scrapbook paper strip to the container.

Step 6: To add more interest to your covered container, spray measured pieces of ribbon with the spray adhesive and adhere to the container.

Step 7: Then, fill your container about halfway full with water. Cut flower stems at an angle to ensure they get the most water pumping through their stems. For a more hand-picked feel, simply cut the stems and place in the container. For more of a controlled, full look, you can use floral foam. Simply cut the floral foam into a piece that fits snuggly into your container and insert stems into foam.

Step 8: This method of covering different containers can work for a variety of containers and creates a fun, custom look for each vase covered. Great for bridal showers, centerpieces, place cards, and votives. For larger containers, you can use a fabric covering using the same methods of adhering the fabric. Be bold and be creative!


Mudah bukan?..pada B2B tu,maybe boleh jadikan idea ni as a centerpiece or untuk meja pengantin.Murah dan mudah.Pastu boleh recycle untuk letak kat rumah sendiri plak.
Aku nak amik gambar pasu pokok keladi aku,tapi camera takde battery.Next time ye.
So,selamat mencuba ;P




p/s:mood blogging hilang disebabkan internet lembap cam siput sedut

Review Filem::aku tak bodoh::

2 comments



Filem:
Aku Tak Bodoh

Pengarah:
Boris Boo

Genre:
Komedi & Keluarga

Pelakon:
Amy Mastura, Riezman Kuzaimi, Namron, Wan Noor Aizzat, Suhaiiri Sunari,
Rohaizat Hassan, Jalaluddin Hasan & Adibah Noor


Sinopsis:


Filem ini mengisahkan tentang keluarga seorang kanak - kanak lelaki bernama Jefri yang berusia 8 tahun dan mempunyai seorang abang bernama Roy yang berusia 16 tahun. Mereka hidup dalam kemewahan tetapi merasakan tidak mendapat kasih sayang dan perhatian yang cukup daripada kedua ibu bapa mereka. Bapa mereka bekerja sebagai seorang pengaturcara computer manakala ibu mereka pula ialah seorang editor majalah yang sentiasa sibuk dan sering kali tidak mempunyai masa untuk bersama anak-anak mereka.

Ibu bapa mereka sentiasa mengkritik dan tidak pernah memuji walaupun perkara yang mereka buat itu adalah baik dan mengagumkan. Semua yang dibuat mereka pasti dikatakan tidak betul. Roy mula memberontak dan beliau juga mempunyai seorang kawan, Sudin yang juga senasib dengan beliau. Cuma bezanya ialah Sudin berasal daripada keluarga yang miskin. Oleh kerana tidak tahan dengan desakan dan kerenah ibu bapa mereka akhir mereka terjebak dengan pergaulan kurang sihat bersama budak - budak samseng jalanan.

Masalah menjadi semakin besar apabila Roy dan Sudin sudah berani menjadi pencuri dan ditangkap oleh 'polis'. Jefri juga sudah melakukan satu kesalahan yang membangkitkan kemarahan besar ibu dan ayahnya. Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah keluarga Roy akan bersatu kembali? Adakah Sudin akan berbaik semula dengan ayahnya? Adakah mereka semua akan bahagia?

Korang tak kan bodoh lepas tengok cerita ni
Aku tengok movie ni hari Selasa lepas..
Movie ni penuh dengan elemen kekeluargaan.Mesej yang disampaikan jelas.Ada part lawak,sedih,gembira...
Cerita ni menyampaikan mesej apa yang sebenarnya yang remaja rasa dan cara didikan ibu bapa di Malaysia ni
Banyak mesej yang cuba disampaikan kepada ibu bapa sebenarnya...Aku suka cerita ni

Tak semestinya bapa kita tak marah or membebel kat kita dia tak sayang kita.Maybe dia tak pandai nak tunjuk kasih sayang dia.
Tak semestinya,anak kita tak pandai dalam pelajaran,kita kena marah and pukul dia.Setiap orang ada kelebihan masing-masing.Mungkin dia ada kelebihan dalam bidang lain.
Jangan sibuk sangat mencari duit sampai anak-anak terabai.
Puji la anak anda walau dia tak pandai mana.

Tu antara mesej yang aku rasa amat berguna dari filem ni.So,aku memang suggest korang g tengok cerita ni..

F.A.M.I.L.Y

Father and Mother, I Love You

p/s:Kungfu Panda 2...menanti untuk bergelak ketawa ;P

27th=Crocs+"Rahsia Resipi"+Bubba Gum+Frends+happy

3 comments

Crime scene: Curve + Ikea (cam takde tempat lain kan??hahah)
Date: 4 December 2010
Team member: Burfday girl, Nad, Fitri, Puza, Marlina last but not least en adha ;P


Aku muda lagi sebab baru celebrate birthday aku sabtu lepas.hahaha....

kaki sampan aku memang susah nak cari saiz ;(

pencarian berhasil.thanks to Nad,Fit & Ani for the present

us at secret recipe

hazel cheese yang nad & en adha tak suka ;P

next stop Bubba Gump



wajib ke Ikea untuk menghabiskan duit ;)

nad with her new look

Sangat happy.Really appreciate for the celebration,cake,crocs,bubba gum.Masa amat memcemburui (ayat tak nak kalah) kami.Tak puas bergossipan.hahahha...
Rasa diri dihargai bila dikelilingi dengan orang yang sayang kita. Pada aku tak perlu ada sahabat yang ramai,just cari sahabat sejati.

Friendship Forever 
(^____________^)

p/s: akan review pasal makanan di Bubba Gump untuk next entry,k








Nasi minyak di Ipoh & tanjung karang

2 comments

salam dan hai y'all (ucap dalam muka gembira)
Dah lama tak update kat sini.Mood tak sampai nak berkarya.
Semua entry ni dah berkurun.Maaf kan hamba.Aku rasa pengantin-pengantin pun dah balik honeymoon agaknya.

Tempat kejadian :- Ipoh,Perak
Pertalian :- Kawan aku & en adha masa sekolah teknik
Tarikh kejadian: - 20 November 2010
Nama pengantin :- Lone (nama panjang aku tak tau ;p )

mereka semua classmate en adha

aku jadi camerawoman ;P

Tempat kejadian :- Tanjung Karang, Selangor
Pertalian :- Kawan en adha masa kat UTM,KL
Tarikh kejadian: - 21 November 2010
Nama pengantin :- Ajib & Ayu


selamat pengantin baru ajib & ayu

 
ada acara baling gula-gula
(kalau baling coklat cadbury,sure aku dgn fida g rebut sekali)


Masa wedding ajib ni aku jumpa blogger pn fida.Husband dia classmate en adha masa kat UTM.Kami jela kaum hawa.hahahah....Semoga fida selamat melahirkan baby tahun depan ye.

Ada lagi 2 wedding yang aku akan storykan nanti.Tunggu ye

p/s: aku dah dapat hadiah contest haritu.thanks ajjah ;)




december = shopping

4 comments


Shopping is a good therapy.So,lets shopping :-)

Happy Thursday!!!


p/s: weekend ini akan bertemu teman-teman ;P

"aku tak pegi wedding dia sebab dia tak datang wedding aku"

9 comments

Ayat di atas merujuk kepada seorang teman.
Kejadian berlaku di online chat "muka buku"
Berkisar tentang invitation seorang teman ke wedding beliau bulan hadapan


Aku: babe,ko g tak wedding ali(bukan nama sebenar)
Beliau: tak tau lagi
Aku: nape plak?jom la..boleh jumpa ramai-ramai (taip dengan nada excited)
Beliau: malas ar,aku kawin pun dia tak datang haritu..Dia kawin,aku malas ar nak g
Aku: ooohh..ok


Pernah tak korang terjebak dalam situasi seperti di atas?Aku pernah dapat jawapan macam tajuk di atas dekat 3 kali kot.Kenapa ye jadi camtu??why..why..??


Pada aku,biar la ikhlas menjemput orang.Kita sekadar menjemput.Orang nak datang ke tak datang tu belakang cerita.Menghebahkan perkahwinan adalah wajib.Mungkin  orang yang dijemput ada hal atau perkara-perkara yang tak dapat dielakkan makanya tak dapat datang majlis kita.


Even,masa aku kawin hari tu ramai gak kawan-kawan yang tak dapat hadir.Pengapit a.k.a kawan baik aku pun tak dapat datang di saat akhir sebab mak dia sakit.Tapi aku takde plak nak dendam or nak balas sampai tak datang wedding kawan aku tu.


Cuma akan ada priority pada orang yang datang wedding aku.Contohnya,kalau ada 2 wedding pada date yang sama,mungkin aku akan consider untuk attend kawan aku yang datang wedding aku.


Aku dan en adha selalu dilabel couple yang suka attend wedding.Ramai yang cakap kami rajin attend wedding sebab takut orang tak datang wedding kami nanti(masa ni kami belum kawin).Takde niat pun camtu.Cuma memenuhi undangan je.Orang dah jemput,kalau ada kesempatan and takde aral melintang patah sure kami sampai.Tapi kebanyakannya(aku tak kata semua),once dah kawin je sure aura malas nak attend wedding kawan-kawan akan datang.Sebab pada fikirannya,"aku dah kawin","dah kawin ni,susah nak bahagi masa dengan kawan-kawan".Ooohh...jangan begitu ye ex-bride semua.


Makanya,penuhi la undangan orang yang dah menjemput kita.Aku dan en adha masih ada 4 wedding untuk attend bulan depan.huhuhu...InsyaAllah,akan cuba hadir.Cuma,kalau wedding hari ahad agak sukar untuk kami hadir sebab terengganu kerja ye hari ahad..Next entry aku akan cerita semua wedding yang aku attend.


Selamat berkerja di hari Isnin

p/s:tetiba rindu kat adik gemuk aku.haaiisshhh...

Dulang hantaran & VIP Gift wedding along

1 comments


Ok...aku nak share apa aku beli bersama mama aku untuk abang aku punya wedding.Tempat kejadian membeli-belah sebab lepas beli sure blah kan,tapi sebelum blah bayar dulu la...ok..ok tempatnya di kedai cina buruk cam nak roboh tapi best gila sebab banyak barang kawin yang best.Punya panjang mukadimah,tempatnya di 
Jalan Kuala Kangsar,Ipoh.

Dulang yang harga di bawah RM20.Murah tak?
Pada aku murah sebab bukan aku yang bayar ;P

Pastu g beli dan blah kat KK Home Deco berdepan je dengan kedai cina buruk buruk cam nak roboh tapi best gila sebab banyak barang kawin yang best tadi.Aku dah macam nak patah kaki layan mama aku yang memang rabun mata sebab banyak sangat sale dalam kedai ni.End up barang kami dekat 4 bakul penuh sampai orang belakang wat muka cam cekodok pisang sebab cashier lama gila ambil masa nak balut segala  mangkuk mama yang maha banyak tu.ehhh...bukan shopping barang long ke??sambil menyelam minum air.Lastly,barang mama lagi banyak dari barang along.ooohhh..dah biasa..
Pendek kata,VIP gift aku jumpa paling best~pada aku la~

3 ketul benda ni RM4.90.Murah tak?
Ohhh..benda ni dah habis kat KK Home Deco Ipoh.
Aku borong semua.Tu pun tak cukup kata mama..aiisshhh

Benda ni RM1.Gift untuk orang salam pengantin
Ingat nak letak coklat.Tak confirm lagi

RM4.90 untuk 4 ketul.Tambahan untuk yang atas tadi
Aku borong semua gak.Tapi mama nak lagi
Tamak mama aku ni.hahah...

Empat benda ni je along aku punya.Tapi masa kat kaunter bakul ada 4.Penuh.En adha yang adalah pertama kali ikut mak mertua dia g shopping,sampai terduduk kat kedai tu.hahahha...baru dia tau hobby mak mertua dia.Sampai pekerja kedai tu masukkan barang kami dalam 1 kotak besar supaya senang bawa.Tapi tetap ada  3 plastik lagi di samping kotak besar :)

So,sesiapa nak cari barang gift untuk wedding aku rasa berbaloi g KK Home Deco ni.Sale until end of Dec.Tapi untuk dapat diskaun yang boleh buat muka korang tersenyum sampai ke telinga macam mama aku,korang sign up jadi members.Berbaloi-baloi macam dalam iklan warna biru tu.

Happy weekend kawan-kawan

p/s:hujan rahmat sepanjang hari di Kelantan semalam.Attend wedding dalam hujan adalah mencabar :(



Berjaya mendapatkan hadiah itu!!!YAHHOOO!!

3 comments

Firstly,alhamdulillah ;P


Masih ingat entry ini?Tuan empunya blog iaitu ajjah yang comel telah announce winner.Insan yang bertuah itu adalah AKU.korang caye tak??Aku pun tak caye...tapi itu adalah hakikatnya.Aku menang!!!!Alhamdulillah lagi sekali ;P

Rezeki hari Jumaat yang mendung di pagi hari(kemaman hujan ye pagi ni).Lepas en adha pegi kerja,aku buka internet,memang tak ingat yang ajjah akan announce winner hari ni.Bila buka blog dia,dalam hati aku dah cakap takkan menang sebab entry participants lain pun best-best.Kalau tak caye,pergi baca entry mereka.huhuh..

Waaahh!!!happy wei bila menang.Rasa macam dapat pingat emas sukan Sea Guangzhou(agak-agak la wei,menang shawl je pun).Terus text en adha.Terus rasa nak lompat-lompat...hahahha...Aku dah siap cakap kat en adha,kalau aku tak menang sekali pun,dia tetap kena belikan aku shawl tu.Alamak..rugi plak bagitau aku menang,kalau tak boleh dapat dua helai(oiii..tak baik tipu suami,durhaka).Mesti en adha pun senyum sumbing kat office bila mengenangkan duit dia selamat tak payah nak beli shawl tu(en adha,shawl tu cantik,jom beli baju baru.gagagag)

Anyway,congrats also to other three winner and untuk semua yang cuba nasib.Korang punya entry semua best-best.Serius,tak tipu(aku baca semua entry sebab nak dapat idea)hahaha...Lastly,thanks a lot to ajjah sebab organize contest ni.Next time organize lagi ye ;P

terus verangan jadi yuna.gagagga... ;P


p/s: akan senyum sepanjang hari sambil verangan pakai shawl dan terus rasa diri ni macam yuna`DANGGG!!!!

Along aku nak kawin

4 comments

Ye..along kesayangan aku akan berkawin tahun depan.
InsyaAllah April.Mama aku memang suka sangat wat event bulan April.Mentang-mentang la dia lahir April Fool day.


So,next year akan ada event besar lagi sekali.Of coz,aku adalah planner terhebat.hahahha...Aku lantik diri aku sendiri.. ;P
Masa tau along nak kawin,aku dah siap bagitau aku nak dia pakai warna aqua blue as a wedding theme umah aku..Selamat along aku mau ikut cakap.Kot adik aku,mau bertekak sampai keluar anak tekak.Ko memang abang terbaek la long.Love u to the max(tetiba terus sayang sebab ikut cakap aku).hahahha....adik gila kuasa!!



So,even rasa macam lambat lagi,tapi masa berlalu sekejap je pun.Tup..tup dah bulan april.
Sempena cuti raya haji haritu,aku pun g bershopping dengan mama aku.Cari apa yang patut.Memang best shopping untuk orang...tambah-tambah orang yang tak banyak kerenah macam abang aku.huhuhu...


Aku dan mama dah berjaya membeli dulang hantaran and VIP gift.Then,adalah certain thing untuk wat deco.Next entry aku upload gambar benda-benda yang aku beli.Gambar belum transfer dari camera..hehehee..


Ohh..tunang abang aku orang Gombak.Tapi kenduri akan dibuat di tiga tempat..(gile glamer ko ye along..nak lawan aku la tu).Belah pompuan akan buat 2 kenduri.1 di Gombak and lagi 1 di Melaka(ada joget lambak tak?? :P ).Along aku dah tanya aku mahu ke Melaka atau tidak..Hooohooo..ajaib kalau aku cakap aku takmo pegi kan.Terus cakap nak and siap cakap aku nak ajak kawan-kawan karib aku pergi bersama (nad sure kegembiraan).


Makanya,after this mungkin blog ni akan bercerita serba sedikit catatan wedding along aku.Tetiba excited nak plan wedding balik..oohhh...rindu saat-saat masa jadi bride to be :)


p/s:akan makan nasi minyak di kelantan sabtu ni.berdoa semoga kelantan tak banjir...

Salam Aidiladha

0 comments

selamat dikorbankan ;P

salam & hai....
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang sudi singgah di blog aku ni.
Mohon ampun maaf jika ada terkasar bahasa,ok
Kepada yang akan pulang ke kampung halaman,drive carefully n ingat la orang tersayang :)

Aku akan pulang juga petang ni dan blog ini akan ditinggalkan sehingga minggu depan.Aku akan berada di kampung sampai hari ahad.weehoo!!!
Kepada sesiapa yang tak dapat pulang ke kampung halaman jangan sedih-sedih ye..
Selamat bercuti kawan-kawan

(^______^)


p/s: fakta untuk raya aidiladha: en suami saya dilahirkan pada raya aidiladha pada tahun 1983,sebab tu nama dia ada perkataan "adha".errkkk...selamat hari raya en"Adha".esok nak duit raya,ok.


Need it inside my closet

3 comments

Ohh..mata aku asyik tertarik kepada sesuatu lately ni...


maxi dress

Aku sebenarnya lebih selesa pakai seluar and aku cuma ada 1 je skirt labuh.Tu pun jarang pakai.Tapi lately ni aku tertarik untuk beli maxi dress.Saja nak ubah fesyen.Mula-mula aku cam tak confident nak pakai since aku ni kurus kering.Kang rupa macam papan plak kan.Tapi bila en adha bagi kata-kata semangat,terus rasa nak beli.hahah...


Mungkin,perempuan yang bertudung rasa tak sesuai untuk pakai maxi dress ni kan..ermm..sebenarnya,even bertudung pun still boleh pakai.Just mix and match kan dengan jacket or cardigan and pakai tudung yang sesuai.Pasti menarik,tertarik ^____^




Sejak dah bertudung ni,aku banyak refer pasal fesyen kat blog ni.Ada banyak tips untuk fesyen muslimah.And ada a few blog yang aku suka gak.Boleh refer kat side bar sebelah kanan blog ni.So,berbalik pada maxi dress yang aku nak tu...aku pun try la blogwalking blogshop.Yang aku berkenan semua dah sold out..sob..sob..sob...Aku suka maxi dress kat sini.Review dari kawan aku yang pernah beli dari blogshop tu pun memberansangkan.

Ada sape-sape boleh suggest mana nak cari maxi dress ni??kedai ke blog shop ke...share with me,k
Thank you ;P


p/s:esok akan pulang ke kampung halaman.weehooo!!!
      ooohh..thanks to yun sebab sudi jadi followers saya,saya sudah link awak ye ;P

3f's Contest:Maysaa Scarf to Grab!!!:

3 comments

jom ke blog ajjah ;P

Just blogwalking.Then,ternampak contest ni.Hadiah sangat tempting yang buat aku rasa teruja untuk memilikinya.So,sape-sape rasa nak,why not join this contest.. ;P

1. pick one entry that you like most from my blog

Semua entry blog ajjah adalah best.Semua pun aku suka.But,what i like d most is this post why should a muslim woman wear the hijab.

2. write a blog entry (malay or english) on why do you like that post

Since aku pun baru je pakai hijab since this year...entry post tu amat menyedarkan aku betapa pentingnya berhijab.Dan alhamdulillah,aku sudah pun berhijab.Cuma entry tu menyedarkan aku mengapa Allah mewajibkan perempuan memakai hijab.Pandangan  lelaki terhadap kita juga akan berbeza bila dia melihat kita respect pada diri kita sendiri.Itu juga aku baru pelajari dari entry ajjah tu.

Dulu aku tidak berhijab walaupun aku tau itu adalah kewajipan aku.Tapi sekarang aku bersyukur sebab aku dah berubah and i'm still learning.Alhamdulillah,banyak manfaat yang Allah yang bagi pada orang berhijab.Bagi aku yang dah berkahwin ni,kecantikan aku hanya untuk suami aku and dengan berhijab juga dapat menjaga keharmonian rumah tangga aku.Dengan berhijab ni aku dapat menunjukkan kasih sayang aku hanya untuk suami aku sorang.

Allah helps you to enjoy a successful marriage through wearing hijaab. Because you reserve your beauty for one man alone, your husband’s love for you increases, he cherishes you more, he respects you more and he honours you more. So your hijaab contributes to a successful and lasting marriage relationship. -Yup..im enjoy my marriage life now..my beauty only for my husband..


even berhijab,kita still boleh berfesyen but knows the limit.aku suka tengok ajjah berfesyen.Trendy tapi masih ada ciri-ciri muslimah..tak percaya??cuba tengok gambar ni

cantik kan??

p/s:berdoa semoga aku menang supaya boleh tambah collection shawl aku.. ;P