Showing posts with label others. Show all posts
Showing posts with label others. Show all posts

"aku tak pegi wedding dia sebab dia tak datang wedding aku"

9 comments

Ayat di atas merujuk kepada seorang teman.
Kejadian berlaku di online chat "muka buku"
Berkisar tentang invitation seorang teman ke wedding beliau bulan hadapan


Aku: babe,ko g tak wedding ali(bukan nama sebenar)
Beliau: tak tau lagi
Aku: nape plak?jom la..boleh jumpa ramai-ramai (taip dengan nada excited)
Beliau: malas ar,aku kawin pun dia tak datang haritu..Dia kawin,aku malas ar nak g
Aku: ooohh..ok


Pernah tak korang terjebak dalam situasi seperti di atas?Aku pernah dapat jawapan macam tajuk di atas dekat 3 kali kot.Kenapa ye jadi camtu??why..why..??


Pada aku,biar la ikhlas menjemput orang.Kita sekadar menjemput.Orang nak datang ke tak datang tu belakang cerita.Menghebahkan perkahwinan adalah wajib.Mungkin  orang yang dijemput ada hal atau perkara-perkara yang tak dapat dielakkan makanya tak dapat datang majlis kita.


Even,masa aku kawin hari tu ramai gak kawan-kawan yang tak dapat hadir.Pengapit a.k.a kawan baik aku pun tak dapat datang di saat akhir sebab mak dia sakit.Tapi aku takde plak nak dendam or nak balas sampai tak datang wedding kawan aku tu.


Cuma akan ada priority pada orang yang datang wedding aku.Contohnya,kalau ada 2 wedding pada date yang sama,mungkin aku akan consider untuk attend kawan aku yang datang wedding aku.


Aku dan en adha selalu dilabel couple yang suka attend wedding.Ramai yang cakap kami rajin attend wedding sebab takut orang tak datang wedding kami nanti(masa ni kami belum kawin).Takde niat pun camtu.Cuma memenuhi undangan je.Orang dah jemput,kalau ada kesempatan and takde aral melintang patah sure kami sampai.Tapi kebanyakannya(aku tak kata semua),once dah kawin je sure aura malas nak attend wedding kawan-kawan akan datang.Sebab pada fikirannya,"aku dah kawin","dah kawin ni,susah nak bahagi masa dengan kawan-kawan".Ooohh...jangan begitu ye ex-bride semua.


Makanya,penuhi la undangan orang yang dah menjemput kita.Aku dan en adha masih ada 4 wedding untuk attend bulan depan.huhuhu...InsyaAllah,akan cuba hadir.Cuma,kalau wedding hari ahad agak sukar untuk kami hadir sebab terengganu kerja ye hari ahad..Next entry aku akan cerita semua wedding yang aku attend.


Selamat berkerja di hari Isnin

p/s:tetiba rindu kat adik gemuk aku.haaiisshhh...

Salam Aidiladha

0 comments

selamat dikorbankan ;P

salam & hai....
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang sudi singgah di blog aku ni.
Mohon ampun maaf jika ada terkasar bahasa,ok
Kepada yang akan pulang ke kampung halaman,drive carefully n ingat la orang tersayang :)

Aku akan pulang juga petang ni dan blog ini akan ditinggalkan sehingga minggu depan.Aku akan berada di kampung sampai hari ahad.weehoo!!!
Kepada sesiapa yang tak dapat pulang ke kampung halaman jangan sedih-sedih ye..
Selamat bercuti kawan-kawan

(^______^)


p/s: fakta untuk raya aidiladha: en suami saya dilahirkan pada raya aidiladha pada tahun 1983,sebab tu nama dia ada perkataan "adha".errkkk...selamat hari raya en"Adha".esok nak duit raya,ok.


FREE SEAT!!!Its time to fly~~~

6 comments


Harus di share bersama.Apa lagi,jom la kita terbang bersama-sama.Kepada B2B,jangan lepaskan peluang ni.Kepada ex-bride,jom kita berhoneymoon sekali lagi.Mommy 2 be,boleh g baby moon.Tapi as usual,kena try berkali-kali.Sure ramai akan grab this opportunities kan..Bangun pepagi pukul 2am untuk book ye.Ni apa yang aku buat masa nak book tiket honeymoon aku haritu.Gigihkan ;P
'
'
'
En adha,kita nak terbang g mana tahun depan????
(-_________-)

p/s: macam nak g melawat kangaroo je tahun depan :-) 

Allah Maha Mengasihi-Rezeki diberi dalam pelbagai bentuk-

5 comments

Lately ni ramai sangat kawan-kawan aku yang menerima berita baik.Happy dan tahniah untuk korang semua :D


Apa yang buat aku berfikir sejenak,Allah tu Maha Mengasihi.Selalu kita rasa bila dapat duit tu adalah rezeki.Tapi sebenarnya,rezeki ada macam-macam bentuk dan cara.Ini antara rezeki kawan-kawan aku


Disahkan preggy untuk 2nd baby even 1st baby tak sampai 6 bulan lagi~nanti boleh pinjam anak demok ko ye


From contract staff dah jadi permanent staff~susah betul kan kerja kat company telaga minyak sampai saman traffic pun nak check before confirm jawatan.


Dapat further study even umur dah tua~tak perlu accept kalau tak suka course tu.Buat apa yang kita suka :D


Akan move to her own house~bestnya dah beli rumah.Acara pemanasan rumah nanti jangan lupa jemput


Dapat kerja balik~Sesuka ko je kan kuar masuk company tu.3 bulan lepas ko quit,bulan depan masuk kerja balik.


Getting married soon~Selamat Pengantin Baru!!!


En adha pun ada dapat rezeki gak baru-baru ni.Tapi dia tak accept offer tu for some reason(kawan-kawan,plan kita yang gempak gile tu sudah cancel okeh!!).It's ok.Pada aku,jangan paksa diri kalau kita tak suka benda tu.Buat benda yang kita suka.


Aku tumpang gembira dengan rezeki mereka.Semua tu dianggap rezeki.Tuhan bagi sebab Dia sayang umatNya.So,kita harus bersyukur.Jangan plak ada sifat dengki bila ada orang bagitau kita yang dia terima rezeki.Suppose,kita tumpang happy dan berdoa orang tu bertambah rezekinya.InsyaAllah,rezeki kita akan muncul juga nanti.


Tak semestinya Tuhan tak bagi kita rezeki Dia tak sayang kita..Teruskan bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha untuk mencari rezeki.Aku ada terbaca petikan ayat ni,tapi dah tak ingat dari mana aku dapat


" JIKA DOAMU DI MAKBULKAN ,TANDA ALLAH MENYAYANGI MU,JIKA DOA MU LAMBAT DI MAKBULKAN TANDA ALLAH INGIN MNGUJIMU,JK DOA MU TIDAK DMAKBULKAN TNDA ALLAH MERANCANG YANG TERBAIK UTK MU "

Selamat hari Rabu semua :D

P/s:baru teringat,ada orang tanya nak hadiah apa untuk birthday.Tu rezeki juga kan??Bila en adha nak tanya ni??isshhhh....

Raya Dulu VS Raya Kini

2 comments

Bila dah dekat nak raya ni,mula la otak aku mengimbau kenangan zaman lampau.ecehhh..ayat,macam sastera.hahah...Bawah ni aku list apa yang aku terlintas perbezaan raya zaman dulu dengan zaman sekarang...


1- Baju raya zaman dulu tema pelangi.Sekarang semua nak tema sedondon.Yelar dulu,1 family tu macam-macam warna ada,biru la merah la,kuning dll.Sekarang 1 family dah ada tema.Mesti nak pakai sedondon.


2- Kuih raya zaman dulu semakin dilupakan,contohnya kuih sarang semut,semperit.Sekarang,kuih wajib almond london.Boleh kata semua rumah ada.Rindu betul dengan kuih sarang semut.Kesian semut dah takde kuih ;P


3- Kalau dulu,raya selalunya mesti kacau dodol dalam kawah.Sekarang dah tak payah.Beli aje dodol tu.Macam-macam warna dan perisa.perisa strawberi pun ada


4- Dulu ucapan raya semua hantar kad.Macam-mcam jenis kad.Dari kad bisu sampai kad menyanyi.Pantun "pecah kaca pecah gelas" sure ada ;P.Sekarang semua main ucapan alam maya,pakai internet,guna "muka buku" or hantar je pakai sms.Dapat msg best,tekan je forward.Mudah dan pantas.


5- Bunga api,mercun zaman dulu relax je boleh main.Apa mercun yang takde..Sampai boleh main lawan-lawan mercun dengan kampung sebelah.Sekarang semua tu dah diharamkan.boleh main mercun pop-pop je.Tak mencabar langsung ;(


6- Dulu dapat duit raya RM1 tu dah syok gila.Budak sekarang dapat RM1 mula muka mencebik."Kak Na,mana cukup kalau kita nak beli PSP (ni ayat adik sedara aku tahun lepas.Hebat tak? ;P)


7- Zaman dulu gantung lampu kelip-kelip yang warna warni.Sekarang dah ada lampu bentuk ketupat..comelkan?? ;)


8- Dulu kerepek ubi kayu ada perisa original je. Sekarang dah dimodenkan.Ada macam-macam rasa contohnya black pepper,jagung etc.But, I still prefer yang original ;P


9- Balik kampung dulu selain kereta, orang akan prefer naik bas or train.Naik plane ni jarang.Tapi sekarang,tiket plane pun macam goreng pisang panas gak."Everyone can fly" :)


10- Ketupat pun dah tak payah nak anyam-anyam macam dulu.Beli je kat kedai,balik rebus.Siap!!!


Setakat ni,tu je yang aku dapat fikirkan.Kalau ada lagi aku tambah nanti.hahaha...Tapi walau apa pun yang berubah,aidilfitri tetap disambut meriah kan.Tak kisah la raya dulu ke raya sekarang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan (^_^)

Ramadhan

0 comments

Alhamdulillah sebab masih berpeluang menjalankan ibadat puasa dibulan yang mulia ni.Tahun ni aku berpuasa sebagai seorang isteri.Setakat ni semuanya berjalan lancar.Tak banyak perubahan pun aku rasa compare tahun-tahun sebelumnya.Cuma bezanya dulu aku berbuka dengan kawan-kawan tapi sekarang aku berbuka berdua bersama suami.


Kalau dulu rutin sahur aku,aku akan just sms en adha suruh dia bangun.Then dia akan reply.But,kalau tak reply dalam masa 5 minit,means dia tak bangun lagi dan aku kena call untuk kejutkan.Aku memang tak penah miss sahur dari dulu lagi unless kalau aku tak sedar.sahur dah jadi rutin sejak aku kecil sebab bapa aku amat marah kalau tak bangun sahur.First day sahur,en adha kunci alarm HP dia pukul 4.30am,aku plak kunci pukul 4.45am.bila aku tanya kenapa kunci awal sangat.dia jawab nak tolong aku prepare sahur.aku senyum je.kesudahannya,aku yang tolong off kan alaram HP tu.hahahah....


Berbuka pun,aku memang akan masak even masa aku bujang lagi.Aku memang tak suka pergi bazar ramadhan.Bukan apa,nanti semua benda aku nak beli tapi sudahnya ke tong sampah sebab tak sedap.Masa belum kawin dulu,balik kerja terus masak.Sekarang pun tetap camtu cuma bezanya aku dah tak kerja.Masak simple-simple je sebab aku bulan puasa memang tak makan banyak.kadang-kadang makan kuih sebiji dua,aku dah kenyang.en adha pun tak makan banyak sejak bulan puasa ni.konon nak diet la tu.ahakss...


Walaupun kami masih berdua,tapi kami tetap bahagia.Semoga ramadhan kali ni kita mendapat keberkatan dari-Nya.InsayaAllah...selamat berpuasa semua ;P

Gembira & Sedih

1 comments

Gong Xi Fa Chai!!!
hari ni baru aku keja.setelah beberapa aku cuti.company aku tutup seminggu.tapi untuk pekerja melayu,harini dah mula keja.yg chinese still bercuti.yelar...masih dalam mood raya.

sepanjang cuti tu,banyak benda dah jadi.sedih ada,gembira ada.
yang gembira,sepupu aku cik iryani dah tukar status jadi pn iryani.tahniah!!!
sekarang tengah berhanimunan kat batam & singapore(jangan lupa beli sourvenir aku ya)
nanti aku akan cite perjalanan majlis pink jambu iryani ye.dalam next entry,insyaAllah..

cite sedih...aku mungkin terpaksa tunda date kawin aku.hukhukhuk..
aku amat beremosi hari isnin lepas.tapi sekarang mood aku dah happy.hehheeh..
nanti aku akan cite selanjutnye..
oklah,aku nak balik.nak jumpa en adha..kami terpaksa menyusun kembali jadual kami..dan ahad ni aku dan adha ada pre wedding photoshoot bersama rakan2 tercinta..
happy holiday everybody!!

Merry Christmas!!!HO...HO..HO..

1 comments

tajuk gempak gilak!!!
actually,every year company aku akan wat celebration utk setiap raya2 yg kita sambut kat m'sia ni.so,utk krismas thn ni..company akan celebrate hari khamis lps...as usual,every year setiap staff kena beli present sbb at d end of celebration akan ada gift exchange..
so,masa en adha bz wat kad kt coffee bean hrtu,aku amat bosan.jadi aku ambil kesempatan g cari hadiah...akhirnya,aku ketemu juak...........


'
'
'
'
'
'
'
'

choymel x?




rules dia,minimum purchase of present is not below RM30,t'pksa la aku beli dua hadiah..ladybird tu aku sukerrrr!!!
celebration thn ni x meriah mcm last year..tmpt last year lg best..sbb celebrate atas cruise kt seri kembangan tu..thn ni just wat kt ofis sbb budget xde..hahahah..kerna kami br berpindah ke ofis baru...huhuhu...akan ku upload picture during that party,k..

p/s: nnti aku upload gmbr sape yg dpt ladybird choymel ku itew ;P








as promise

2 comments

seperti yg dijanjikan b4 ni..aku upload gmbr2 majlis wedding yg aku attend..actually,ada gak wedding yg aku x g,tp en adha yg attend.aku upload gak ye...sbb ada cite best sebalik gmbr2 tu..hehehe..Firstly,gmbr wedding Zafri a.k.a Jeff.wedding ni kt Klang..dia ni kwn en adha...so,just a few picture je...

 
en adha dan kwn2 UTM nye...saya bkn bdk UTM.. ;p



Tahniah ye En Zafri & pasangannye


2nd wedding ni kat Kuala Kangsar...En Adha yg attend.kwn UTM dia gak..eemmm..dia ckp best sbb ada 
'
'
'

Tukang Karut..heheheheh


Aku x g sbb dia g dgn sahabat2 dia..hukhukhuk..sedih ;( lpsbalik tu  en adha cite la pasal wedding tu..jeng..jeng..jeng...dr cite yg dia ckp tu..aku mcm tau je wife sahabat en adha tu..YESSS...wife dia adalah empunya blog modusoperandi.kelakar je rasa.sbb aku adalah silent reader blog afidah...kalo aku g wedding tu mesti mcm2 aku tnya kt afidah ;)...overall wedding dia nmpk meriah.congrats to Syahman&Afidah..lets the picture do the talking...



Mr Syahman&Mrs Syahman



Pelamin awak canteekk. ;P



Muka happy en pengantin



en adha & sahabat2


setakat tu dulu..ni pn br balik dr wedding kwn aku kt kota damansara..esok another wedding kt Kinrara n en adha akan ke Skudai.i will upload the picture later,k..
                                                     

Musim Mengawan ;P

3 comments

hehehe..tajuk x bleh blah..huhuhu..tu bf i yg ckp.musim mengawan means musim org kawin.bg i musim org lawan pukul kompang.so,bulan ni mmg byk sgt wedding invitation yg i kena attend..
last week on sunday, i attend wedding kwn i kt jengka.huhhuhu..jauh betul...This week kt ipoh.n following week kt selayang n Kuala kangsar n the list goes on untill end of this month...pokoknye,jemputan kenduri tu seluruh malaysia la i kena jln.smpai ke JB pn ada invitation..phewww~~i try to attend all the invitation.org dh jemput kan.lgpn,boleh jmpa balik kwn2 lama...n the important reason sbb i pn bride 2 be..heheheh..kena la rajin menghadirkan diri ke kenduri kawin kwn2...
I will update on the kenduri later.nk snap gmbr byk2.mn la tau boleh curi idea2 dr kenduri diaorg..i will share it here..

anyway,selamat pengantin baru kepada bakal2 pengantin.semoga semuanye berjalan lancar ;P...insyaAllah