Showing posts with label kedai kawan kami. Show all posts
Showing posts with label kedai kawan kami. Show all posts

Smocking Dress Cantik & Murah

4 comments

Assalamualaikum, lama tak menulis. Sejak puasa aku dah tak update blog. Gaya macam busy masak je. Mengalahkan orang amik tempahan jahit baju kan. Aku ada je. Tak busy mana pun cuma otak beku nak mengeluarkan idea nak share kat sini. Harini baru dapat ilham.

Aku nak promote kat korang baju dress untuk anak-anak perempuan. Yelar, takkan anak lelaki plak nak pakai kan. Ni bisnes kawan aku. Aku tolong promote je. Aku jeles sebab tak dapat nak beli. Makanya, aku share dengan dengan korang. Kalau aku ada anak perempuan, entah berapa helai aku beli agaknya.

Meh aku tunjuk korang gambar baju nya..





Saiz ada dari new born sampai budak umur 6 tahun. But, depends saiz budak. Material kain cotton yang tak panas. Amat sesuai untuk budak-budak. Design semua cantik-cantik. Warna lagi la. Ko cakap nak warna apa. Polka dot pun ada tau. Merah mak ngah pun ada.hehe...

Polka dot


Dusty Pink.
Suka la warna ni.sweet macam candy
^_^

Mesti ramai yang nak tau harga kan. Untuk baby, harga RM35, toddler RM45. Harga dah termasuk penghantaran. Murahkan + berbaloi sebab baju cantik and material memang kualiti sangat. Tak payah korang nak keluar berpanas-panas nak beli baju cantik & murah. Aku ni sebab hadif tu lain jantina je. Kot idak, memang dah berhelai-helai aku beli. Kenapa baju budak perempuan comel sangat ha??

Kalau korang nak tengok lagi gambar lain and nak order, boleh g kat page


Selamat bershopping.

p/s: hari ni nak g cari baju melayu hadif. Sedih sebab tak bleh beli smocking dress.sob3

Mana nak Beli Wooden Toys yang Murah

1 comments

Previous entry aku ada share gambar wooden toys hadif
Ada kawan-kawan yang tanya, kat mana aku beli..Meh aku share 

Korang boleh cuci mata kat page


Sila like page tersebut sebab akan ada barang-barang baru yang akan dijual
Buat masa ni, memang ada wooden toys je
Kalau sesapa ada anak, aku galakkan korang untuk beli
Sangat bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak

Dari dedahkan anak-anak dengan ultraman, power rangers semua tu, baik ajar anak untuk baca ABC or latih anak untuk tulis ABC
Contoh macam board yang kat bawah ni

Handwriting ABC Board
It comes with a wooden pencil for kids to practice handwriting on the board.
RM 30.00

Alif Ba Ta pun ada



Yang ni sesuai untuk baby
Boleh ajar face part
Budak pun suka sebab ada banyak warna-warna

Ada banyak lagi yang lain-lain
Korang boleh tengok sendiri kat page tu
Ohh..tu bisnes BFF aku. Aku tolong promote
Korang nak order nanti bagitau readers blog aku ye
Mana tau, kot-kot dapat diskaun
-____-


p/s: Adli Hadif 10 bulan minggu ni...Alhamdulillah.