Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Happy Birthday to Me

1 comments

Alhamdulillah dah 30 tahun hidup di muka bumi ni

Harini genap umur aku 30 tahun. Macam tak percaya. Perasaan??Ntah..macam takde perasaan.hahaha...Lately ni otak aku agak serabut, hati tak berapa nak happy. Maka birthday pun rasa macam biasa-biasa je.

But, malam tadi happy sangat sebab en adha buat suprise. Tak pernah dalam hidup dia buat suprise masa birthday aku. Yelar suami saya bukan lelaki romantik. Semalam aku tidur dulu sebab hadif dah macam zombie. Ngantuk tapi ditahan-tahan matanya supaya celik. Last sekali aku bawa dia naik bilik. Lately ni dia memang jenis tidur lambat. Selagi kitaorang tak tidur, dia pun sama. En adha still buat kerja dia. Aku cakap aku nak tidur dulu.

Hadif dah tidur, aku plak layan whatsapp kawan-kawan baik sampai le aku tertidur. Tiba-tiba aku rasa ada orang kejut aku. Dalam mamai-mamai aku celik, aku tengok bilik cerah je...rupanya lilin.hahahah..

Lepas dah tiup lilin makan-makan kek, sambung tidur balik.hahaha..tu je sambutan birthday aku tahun ni. Pada aku takde apa yang best birthday dah tua-tua ni selain dari ingatan dari family tersayang & kawan-kawan. Hadiah paling bermakna tahun ni of coz Adli Hadif. Anak teruna aku tu. And my beloved husband, en adha. Kalau diaorang takde memang rasa hidup ni kosong sangat.

Harapan untuk birthday tahun ni, cuma berdoa family kami dilindungi, dimurahkan rezeki and perkahwinan kami bahagia till jannah. Itu je harapan aku.
InsyaAllah.

p/s: entry Perth tu anggap jela dah habis.memang dah takde daya nak update.hahha...bulan Oct tahun ni paling meriah. Banyak berita gembira dari kawan-kawan. Korang happy,aku pun happy juga...

Adli Hadif First Birthday

2 comments

Fuhhh...alhamdulillah..lega hokey sebab birthday hadif dah setel. Letih wei even buat birthday party kecil-kecilan. Ni pun rumah tak habis kemas lagi. Kena setelkan juga before puasa. Ikutkan aku memang dah nak cancel event ni sebab last minit en adha kena out station ke JB 3 minggu. Nak mengharapkan aku sensorang setel semua benda memang aku tak hingin. Tapi en adha dok pujuk, katanya kesian kat hadif nanti takde memori nak sambut birthday and ramai kawan-kawan aku dok tanya bila nak buat makan-makan. Rumah kami memang jadi port makan-makan. Last ajak kawan datang makan-makan masa aku buat baby shower haritu. So, memang dah lama sangat tak ajak orang datang makan-makan. Maka,aku gagahkan juga buat birthday party ni.
Malas nak cerita panjang-panjang. Aku letak gambar jela.

Theme : Alphabet theme (tapi tema warna adalah kuning & biru. Reason sebab aku suka warna tu.haha..)
Date: 29 Jun 2013 ( Hadif lahir 24 Jun, kira lewat 5 hari)

Birthday boy.
Alhamdulillah, tak meragam sepanjang majlis. Suka sangat even dia agak pelik apsal rumah dia ramai sangat orang datang.heheh...


Meja Buffet
Makanan adalah home made. Ada laksa, mini burger, rendang daging, pulut kuning, roasted chicken, grilled lamb,buah, sandwich tuna.
Tidaklah aku sorang-sorang masak. Ingat aku ada tangan sotong ke. Of coz mama adalah chef of the day. Thanks mama. Makanan semua habis. Alhamdulillah.. Lamb tu tak cukup. Memang beli sikit je sebab aku tak makan lamb. Sebab aku tak makan, maka aku beli sikit je. Jahat tak? Sudahnya tak cukup.hahha...Ramai cakap sedap. Yang marinate adik aku. Thanks adik genuk..Siap dia yang tolong bakar.

Candy Buffet untuk kanak-kanak. Orang tua pun suka gak rupanya.
Chocolate fountain tu pinjam cousin aku punye. Sesiapa nak sewa bagitau ye *sempat lagi aku buat iklan*
Ada mashmellow, biskut jari, jelly, cream puff, apam polka dot and keropok ikan.
Cream puff dgn apam tu aku order je. Tak kose nak buat. Aku memang buta kayu skit bab-bab buat kuih ni. 


Cantik tak cupcakes tier aku??
Maka, terjahlah Kaison untuk pembelian
^_^

Kek Chocolate Indulgence
Aku tempah kek ni kat area rumah aku je. Senang nak pick up and murah
Even aku kecewa dengan design nya sebab tak seperti yang aku harapkan tapi ramai cakap sedap. So, terus  lega hati aku. Bior tak cantik asal sedap. Kek ni pun habis gak.


Nampak tak, mak dengan bapak lagi excited dari anak

Hadif suka betul pakai topi party tu. Tak pula dia nak tarik.
Ajaib ok.
Ehh...baju tu kami custom made. Design by en adha.
Siap ada mintak tolong buatkan. Nak buat tiga helai tu pun menangis wei..
-___-""

Photobooth suka-suka
Thanks to sepupu aku emah and kakak ipar aku sebab bersengkang mata tolong aku buat menatang.

Hadif dengan sepupunya Rayyan. Anak abang aku. Slim ok rayyan ni. Hadif dua kali saiz dia.hahha...Birthday rayyan pun tak lama lagi. Selamg dua minggu je dari hadif

Hadiah dari mama & babah. Actually babah yang beli. Mama tumpang nama je.heheh..
Kemain suka budak-budak yang datang main.


Anak kesayangan

Terima kasih yang tak terhingga untuk family aku yang banyak sangat tolong kami dari awal majlis sampai ke hujung. Thanks juga pada yang sudi datang. Ehh..yang bagi hadiah pun terima kasih banyak-banyak. Entry hadiah nanti aku buat ye. InsyaAllah, next year kalau ada rezeki kita celebrate birthday hadif dua tahun plak ye..


Happy birthday Adli Hadif
We love you so much!!!


p/s: korang dah shopping baju raya?

Thanks Mama ^__^

1 comments



Birthday present dari Mama tahun ni. Yaaahhhhooo!!!!!!
Love u so muchhhhhhhhhhh!!!!
Akhirnya dapat laptop idaman.hahah..Aku memang bukan teror IT. Bila ditanya nak laptop apa, jawapan aku senang je nak yang ringan, kecik and nipis.wot..wot..
Selama ni aku memang pakai laptop masa zaman dari aku belajar degree dulu. Bayangkan dah berapa tahun. Umur pun dah 29 anak pun dah satu. Tapi aku jenis cermat and akan jaga barang tu especially orang yang hadiahkan. Laptop yang haritu pun babah yang belikan. Aku sayang bangat laptop tu cuma dah agak ketinggalan zaman. Tapi setakat nak online, layan blog still tarak hal.

Thanks to mama sebab belanja laptop ni.
 Semoga mama dimurahkan rezeki and boleh belanja mac book plak next year
^____^

p/s: dapat laptop baru belum tentu blog update hari-hari ;)

Our Weekend *__*

0 comments

Cerita hari sabtu yang lepas. Dah nak berapa minggu berlalu baru sabtu lepas aku dapat celebrate birthday aku dengan en adha. Wahh..busy sungguh kami sampai nak celebrate birthday pun tak sempat-sempat. Aku sebenarnya tak kisah pun tapi en adha yang beria sangat nak belanja makan. So, birthday girl pilih nak makan kat Serai, Empire Subang.

Aku dah lama teringin nak makan kat sini cuma tak berkesempatan even kawan aku Yah asyik le ajak dulu. Masa nak g dengan dia, dah plak tutup sebab kes empire meletup haritu. So, sampai ke sudah tak perginya.

Sempena birthday ke 29 akhirnya impian ke Serai tercapai. Sampai je aku dah bengang dengan waiter tu sebab bagi kami seat paling belakang yang kat bahagian dalam. Diaorang tak nampak ke yang aku tengah tolak stroller. Memang ada orang tinggalkan stroller kat luar, tapi anak aku baru 4 bulan, tengah tidur plak tu. Kalau dah besar, boleh le aku letak dia dalam high chair tu. Takpe la, en adha pun berusaha la tolak sampai ke dalam siap angkat stroller tu sebab macam ada part yang bertangga kan. Tambah hangin, waiter kat tepi tu pandang je bukan nak tolong ke apa.Puuiiii!!!


Nak pengsan kot angkat stroller tambah plak dengan budak debab ni

Dah sampai kat belakang tu, boleh dia bagi kitaorang seat yang untuk berdua meja ala-ala couple nak bercinta. Habis tu stroller anak aku tu nak letak mana? Lipat-lipat masuk poket ke? aku dengan slumber g je dok meja untuk 4 orang yang kebetulan kosong. Dan-dan tu kami nak pangkah kedai Serai. Terus spoil mood birthday girl ok. Selamat hadif ni jenis kalau bawa g berjalan sangat behave. Kalau dia mengamuk lagi bertambah spoil mood kami.hahah...

Hati dah panas dah tentu-tentu perut lapar. Lunch tu kami pilih untuk makan tomyam sea food, nasi ulam ayam bakar and spicy thai rice. Aku pilih nasi ulam and en adha amik spicy thai rice. Sampai je makanan terus lupa pasal bengang dengan waiter sebab makanan tu super sedap.hahha..Semua pun sedap plak tu. Memang tak bercakap time makan tu.


Spicy Thai Rice

Nasi Ulam Ayam Bakar

Air Teh Serai
Memula aku macam risau nak minum
Bila dah minum rasa nak lagi
T___T

Overall sangat puas hati dengan makanan sampai terlupa dengan sakit hati yang memula tadi. Selamat makanan sedap. Betul kata pepatah, kenyang perut senang hati. Total damage tak sampai pun RM100. Tapi tu pun aku dah tak larat nak order cake. En adha suruh aku order Pavlova yang famous kat Serai ni. Tapi memang dah tak larat. Perut memang dah takde space. Maka untuk cake, aku paw en adha cake Secret Recipe je. Aku beli slice je tapi 5 cake.hahah..Puas hati aku.huhuh...

Tu jela celebration birthday tahun ni. Takde surprise-surprise pun. Lagipun tahun ni dah cukup banyak benda yang menggembirakan kami dah celebrate. Paling penting tahun ni celebrate bersama dengan anak debab kesayangan kami. 

Thanks to en adha sebab belanja makan and memenuhi impian aku untuk makan kat Serai. Next time boleh kita makan lagi ye. Hadiah je belum dapat lagi..teeeeeeeeeeetttttttttttt!!!

p/s: tetiba tersuka plak kat bracelet pandora..opppsss ;P


Helloooo 29

4 comments

Happy Birthday to me!!!Entry lambat beberapa hari. Im turning 29 on 31 Oct yang lalu. Wah dah tua aku rupanya. Next year dah 30.sob3...Biarlah umur tua tapi jiwa muda.hew..hew..

Hubby still jadi the first person yang wish.Suker!!But as usual,en adha tu bukanlah orang yang romantik pun. Takde la nak wat suprise ke apa ke. Aku dah boleh agak pun setiap tahun birthday aku apa dia akan buat.hahah...Kalau tetiba dia jadi romantik semacam masa birthday aku, takut plak aku kan.. +_______+

This year takde wish apa pun. Wish last year still ada yang pending. I think i had enough.Family is my everything now. Birthday last year, aku tengah pregnant. Itu adalah hadiah paling bermakna and this year dah keluar pun hadiah tu. Dah boleh peluk-peluk,gomol-gomol hadiah tu..Syukur atas kurniaan dari Allah.

Syukur alhamdulillah juga kerana masih bernafas dibumi Allah ini dan dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Dikelilingi dengan orang-orang tersayang. Ada hubby, hadif, family and kawan-kawan. Hidup terasa sangat indah. Berdoa agar kebahagiaan ini berkekalan hingga akhirnya

Terima kasih kepada semua yang wish birthday aku. Semoga hidup kalian diberkati ;P

Ini lah hadiah birthday aku
Kebetulan date check up 4 bulan dia kena 31/10
Berat birthday present aku ni 8kg
Hadiah birthday paling berat pernah aku dapat
^_____^

p/s: esok ada orang ajak celebrate birthday and esok nak jumpa bakal pengantin

My Birthday Celebration +___+

0 comments

Entry ni dah tersimpan dalam draft berbulan lamanya. Harap maklum T____T
Saya sudah semakin tua tahun ni. Sob3 -____-
Bulan Oktober lepas umur aku dah bertambah lagi. Sambutan adalah biasa-biasa je.
Tak perlu sambutan yang hebat janji orang tersayang sentiasa ada disisi aku. Itu lebih bermakna.
Sangat suka tahun ni sebab sambutan birthday dihujani dengan makanan-makanan yang lazat ^____^

Just having dinner with en adha malam tu kat Secret Recipe. Thanks hubby.. ;P
Esoknya Yah message ajak dinner together with Zue and Yan and tak ketinggalan en adha. Kami makan-makan di Chillis, Citta Mall. Sangat  best bila rasa diri dihargai. Thanks friends.
Tapi lepas sampai rumah, aku terus banned makan Chillis atas sebab-sebab yang tertentu. Aku takkan makan Chillis setahun.hahahha..Nanti aku cerita kenapa -____-"

thanks to all

Last but not least, harus celebrate bersama BFF aku kat Selayang, Nad and Fit. Even celebrate lambat but really appreciate sebab still ingat birthday aku. Sangat terharu. Thanks to Nad for the treat. Nad telah bermurah hati untuk belanja di Marche. Namun amat sedih sebab takde gambar yang diambil. Aku tak bawa camera and everybody is busy eating.
But overall aku amat gembira tahun ni. Even umur bertambah but age is just a number. Dapat hadiah paling bermakna dari en hubby. Ohhh..sangaaaattt suker. Aku rasa antara benda best yang happen in this year is my birthday. Thanks a lot for all the wishes from my family, friend through Facebook, message, call. Im really appreciate it. Hope next year I still can celebrate my birthday. InsyaAllah....

p/s: sudah semakin menghampiri 3 series ;(


27th=Crocs+"Rahsia Resipi"+Bubba Gum+Frends+happy

3 comments

Crime scene: Curve + Ikea (cam takde tempat lain kan??hahah)
Date: 4 December 2010
Team member: Burfday girl, Nad, Fitri, Puza, Marlina last but not least en adha ;P


Aku muda lagi sebab baru celebrate birthday aku sabtu lepas.hahaha....

kaki sampan aku memang susah nak cari saiz ;(

pencarian berhasil.thanks to Nad,Fit & Ani for the present

us at secret recipe

hazel cheese yang nad & en adha tak suka ;P

next stop Bubba Gump



wajib ke Ikea untuk menghabiskan duit ;)

nad with her new look

Sangat happy.Really appreciate for the celebration,cake,crocs,bubba gum.Masa amat memcemburui (ayat tak nak kalah) kami.Tak puas bergossipan.hahahha...
Rasa diri dihargai bila dikelilingi dengan orang yang sayang kita. Pada aku tak perlu ada sahabat yang ramai,just cari sahabat sejati.

Friendship Forever 
(^____________^)

p/s: akan review pasal makanan di Bubba Gump untuk next entry,k








27

9 comments

Semalam aku dah 27.Rasa seronok bila dilayan bagai puteri :-D
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
air tangan en adha :)

En adha volunteer untuk masak sempena birthday aku semalam.Kami tak dapat celebrate kat luar since Ahad adalah hari bekerja di Terengganu.

Pulang waktu lunch terus masak untuk birthday girl.Birthday girl plak layan tv sambil tangan dok sibuk balas wish kawan-kawan kat "muka buku"

He manage to cook within 1 hour for only 2 dishes.hahahah...aku dah gile lapar time ni.Dia masak tomyam seafood and telur dadar.Oklah kan sebab tomyam en adha memang sedap tanpa menggunakan paste tomyam.Hebat la suami saya... ;P

Malam tu en adha nak belanja aku makan kat "resipi rahsia" tapi aku request nak makan kat Pizza Hut.But,dia still beli kek untuk  aku.


Kek no 2 untuk en adha

Kek no 7 untuk aku

yummyummm..

Celebration birthday paling bermakna untuk aku even nampak simple.Pada aku tak perlu hadiah mahal-mahal,tempat makan mahal-mahal. Yang penting disambut bersama yang tersayang sudah lebih dari mencukupi.Kasih sayang dari dia adalah hadiah birthday terhebat yang aku dapat untuk 27 tahun ni.

LOVE U SO MUCH EN ADHA

(+_+) 


p/s: akan ada celebration kedua bersama teman-teman.hidup rasa bermakna bila dikelilingi dengan orang-orang yang menyanyagi aku....alhamdulillah...


::Saya mahu hadiah ini::*_*(entry khas untuk nuttyNAD)

5 comments

Seperti dalam previous entry,aku ada cakap pasal rezeki yang datang bergolek kat aku.Yaaa...ada orang baik hati nak bagi hadiah birthday.Siap tanya nak hadiah apa.Korang ada kawan camni???Aku ada..Saya sangat sukerr and SAYANG korang!!!

Dengan malu-malu kuda(sambil goyang2 ekor)hahahah..,aku nak hadiah ni...(blushing..wink..wink..)
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

ko mesti jeles nad sebab yang ni ada lining purple


yang ni pun ok

Aku nak hadiah kasut buaya ni sebab crocs malindi aku dah tua sama cam tuannya.
Lagipun,boleh la kita jadi geng kasut buaya kan Nad :D
Last but not least
I LOVE U ALL SO MUCH XOXO!!

P/s:boleh tak stop kan masa supaya umur aku tak bertambah??huhh!!!