Ayat di atas merujuk kepada seorang teman.
Kejadian berlaku di online chat "muka buku"
Berkisar tentang invitation seorang teman ke wedding beliau bulan hadapan
Aku: babe,ko g tak wedding ali(bukan nama sebenar)
Beliau: tak tau lagi
Aku: nape plak?jom la..boleh jumpa ramai-ramai (taip dengan nada excited)
Beliau: malas ar,aku kawin pun dia tak datang haritu..Dia kawin,aku malas ar nak g
Aku: ooohh..ok
Pernah tak korang terjebak dalam situasi seperti di atas?Aku pernah dapat jawapan macam tajuk di atas dekat 3 kali kot.Kenapa ye jadi camtu??why..why..??
Pada aku,biar la ikhlas menjemput orang.Kita sekadar menjemput.Orang nak datang ke tak datang tu belakang cerita.Menghebahkan perkahwinan adalah wajib.Mungkin orang yang dijemput ada hal atau perkara-perkara yang tak dapat dielakkan makanya tak dapat datang majlis kita.
Even,masa aku kawin hari tu ramai gak kawan-kawan yang tak dapat hadir.Pengapit a.k.a kawan baik aku pun tak dapat datang di saat akhir sebab mak dia sakit.Tapi aku takde plak nak dendam or nak balas sampai tak datang wedding kawan aku tu.
Cuma akan ada priority pada orang yang datang wedding aku.Contohnya,kalau ada 2 wedding pada date yang sama,mungkin aku akan consider untuk attend kawan aku yang datang wedding aku.
Aku dan en adha selalu dilabel couple yang suka attend wedding.Ramai yang cakap kami rajin attend wedding sebab takut orang tak datang wedding kami nanti(masa ni kami belum kawin).Takde niat pun camtu.Cuma memenuhi undangan je.Orang dah jemput,kalau ada kesempatan and takde aral melintang patah sure kami sampai.Tapi kebanyakannya(aku tak kata semua),once dah kawin je sure aura malas nak attend wedding kawan-kawan akan datang.Sebab pada fikirannya,"aku dah kawin","dah kawin ni,susah nak bahagi masa dengan kawan-kawan".Ooohh...jangan begitu ye ex-bride semua.
Makanya,penuhi la undangan orang yang dah menjemput kita.Aku dan en adha masih ada 4 wedding untuk attend bulan depan.huhuhu...InsyaAllah,akan cuba hadir.Cuma,kalau wedding hari ahad agak sukar untuk kami hadir sebab terengganu kerja ye hari ahad..Next entry aku akan cerita semua wedding yang aku attend.
"aku tak pegi wedding dia sebab dia tak datang wedding aku"
Info::Lantern::
Pagi tadi aku chat dengan cik farah kat muka buku.Dia suruh aku tulis pasal entry lantern(tetiba farah kena..heheh..).Actually,aku dah lama nak share,tapi MALAS.So,hari ni dah rajin sikit.Last week aku balik KL,aku g Ikea(tempat wajib kot..erkk).Nak tengok benda-benda baru sebab dah ada katalog baru kan.Benda yang menarik perhatian aku ialah lantern.Ada banyak design yang baru.Tak caya,cuba tengok ni
Yang jenis biasa yang bulat tu pun ada tapi yang ada just warna putih.Yang biasa tu harga dia RM9/each.So,sesiapa yang berminat boleh dapatkannya di Ikea.Masa wedding aku haritu,aku ada gak guna lantern.Actually nak beli warna kuning je.Jenuh la aku cari kedai tu kat Petaling Street.Last minit punye plan.Boleh kata semua kedai yang aku rasa ada jual lantern aku masuk.At last baru jumpa.Dah jumpa,lantern plak habis warna and tinggal sikit je.Demit!!!!Aku beli jela mana yang ada.Dari nak warna kuning,terus jadi tema pelangi.Hantam saja la..
Kalau ada sape2 nak cari lantern ni kat Petaling Street, boleh cari kat area Jalan Panggung,opposite dengan vegetarian punya restaurant.Nak cakap exact location aku memang tak ingat.Korang kena pusing-pusing area tu.Yang aku ingat,kedai tu bukan kat main road yang gerai-gerai tu.Kalau dari depan pintu gerbang PS tu,lorongnya sebelah kiri.Kalau salah ampunkan aku.Jangan g sorang ye..bahaya.Aku haritu selamat abang aku temankan..Harga kalau x silap yang besar below RM 15.Yang kecik sekali tu dalam RM4-5.Aku dah x ingat.Ada macam-macam saiz and warna.Tapi masa aku g,memang dah takde choice.Stock dah habis..Hanya tu je info yang aku boleh share pasal lantern ni..OOhh..next entry pasal lantern gak..Nanti aku update,k
P/s:nice chatting with you farah ;P.Next week i pos ye "bola-bola api" tu.ahakss..
thanks to rDnA sebab sudi jadi followers saya :))
Perkara remeh yang penting semasa kenduri kawin
Aku sebenarnya tak tau tajuk apa yang sesuai nak letak.So,jadilah seperti tajuk di atas.Tajuk x penting,yang penting isi entry nya,betul tak?Aku nak share apa yang aku rasa agak penting dalam sesuatu kenduri kawin tapi agak tak diambil berat oleh kita.Sebagai seorang ex-bride aku pun tak rasa wedding aku haritu perfect.Masih ada cacat cela di sana sini tapi aku akan share kat sini supaya dapat jadi panduan kepada bride 2 be yang lain.Ini juga adalah pengalaman aku sebagai pengunjung tegar ke majlis kawin kawan-kawan.
-Pengantin please be punctual.Ni memang penting.Sebab aku pernah pergi kenduri yang orang terpaksa tunggu pengantin berjam-jam.Dalam kad tulis pengantin bersanding pukul 1,tup-tup pukul 2 baru sampai.Kena ingat,tetamu yang datang tu mungkin dari jauh or ada kenduri lain nak attend.Kalau yang datang tu kawan kita,sure kesiankan diaorang nak kena tunggu lama-lama.So,what we can do,before print card make sure dah inform semua yang terlibat,FIL,MUA and others.Discuss pukul berapa agak-agak waktu yang sesuai untuk bersanding.Kalau rasa pukul 2,tulis dalam kad pukul 2,so orang takkan tertunggu-tunggu and kawan-kawan pun boleh plan pukul bape nak datang.If ada pasangan yang munkin berlainan negeri,may be boleh datang awal sehari or plan your journey earlier.Mungkin ada yang rasa kita ni Raja Sehari orang tak kisah,tapi kena ingat gak,tetamu kena dahulukan.They make an effort utk datang, so layan tetamu anda jayanya :-))
-Situasi di atas adalah sambungan di sini.Ermmm..kebiasaannya ada antara kita yang akan datang awal sebab dah janji dengan kawan-kawan lain sedangkan pengantin hanya akan muncul sejam selepas itu.Makan sudah, tapi takkan nak melepak-lepak di meja sedangkan tetamu lain sedang tercangak-cangak nak cari meja kosong.Korang pernah tak kena camni??Jadi berlaku la senario gadis-gadis comel berdiri di tepi-tepi khemah tunggu pengantin.Untuk mengelakkan ini berlaku,why not korang sewa extra kerusi dari orang khemah.Then,letak je kerusi tu kat tepi-tepi khemah or kat tempat yang teduh skit.Takde la orang berdiri lama-lama especially kalau tetiba pengantin datang lambat.
-Pesan kat DJ bertugas jangan la pasang lagu kuat-kuat. Pernah aku g 1 kenduri ni,punya la kuat dia pasang lagu sampaikan nak cakap pun terjerit-jerit.Suruh DJ tu test sound system betul-betul.Kalau kenduri korang ada karaoke,cari la yang suara sedap-sedap ye.Macam aku haritu,aku memang x benarkan karaoke.hehehe...Rosakkan mood aku je kang..
-Kat meja beradap tu tak yah la makan macam dah takde makanan nak makan lepas tu.Makan just untuk alas perut cukup la. Sebab apa aku cakap camni sebab time ni ramai yang tunggu pengantin untuk bersalam and ambil gambar.Kesian kat tetamu tunggu kita lama-lama.Aku haritu memang makan sikit sangat.Asyik sound en adha suruh cepat sebab aku tak sampai hati tengok kawan-kawan aku kat belakang khemah tengah tertunggu-tunggu.
-Masa bersanding after dah tepung tawar and ambil gambar dengan family,may be boleh terus proceed dengan acara bersantap.Pesan kat photographer post-post korang berdua kat pelamin buat after tetamu dah kurang.Tak perlu la nak amik time tu gak.Korang pun sure malu-malu kambing nak wat pose-pose manja depan orang kan.Apa yang aku cuba sampaikan ialah,sila fikirkan pihak keluarga lagi 1 iaitu family mertua kita.Sure semua dah lapar time tu.Ni nak kena tunggu plak pengantin bergambar bagai baru nak makan.Maybe ada yang datang dari jauh.Photographer sure faham cuma inform earlier pasal tentative wedding korang.
-Assign ahli keluarga yang boleh diharap untuk terima hadiah dari tetamu.Selalu terjadi sampai kenduri tak tau nak bagi hadiah kat siapa.terpaksa la pegang sampai jumpa pengantin sendiri.Ada setengah malu nak masuk rumah especially kaum lelaki.Aku pernah kena masa g kenduri kawan en adha.Last-last aku yang masuk rumah sedangkan mak pengantin pun aku tak kenal.Macam kenduri aku haritu,kawan-kawan aku yang kena kerahan tenaga untuk terima hadiah.Tapi disebabkan diaorang tak larat nak ulang alik masuk dalam rumah bawa hadiah,last sekali diaorang bawa keluar meja dan letakkan kat tepi meja guest book.So,may be ini boleh diaplikasikan dekat majlis korang ;P
-Cari pengapit yang senang korang nak berkomunikasi.ermm..dalam erti kata lain yang korang rapat.Make sure dia jalankan tugas dengan penuh tekun.Jangan jadi cam kawan aku,pengapit sampai lambat.pengantin dah nak berarak baru terkedek2 nak datang.
Setakat ni jela kot.Ni je yang aku dapat fikirkan. May be ex-bride lain ada benda yang lain yang boleh share lagi.Kita hanya rancang,kadang-kadang kita dah plan seeloknya,tapi still ada benda yang tak sepatutnya terjadi.Pada aku,kalau kita dah plan sehabis baik yang selebihnya serahkan pada-Nya.Redha dan pasrah saja, yang penting majlis kita berjalan lancar.Kita hanya merancang Dia yang menentukan-Nya.. :-))
p/s:terima kasih pada follower baru saya Mama Hasya.Nanti saya link awak ye ;P