Showing posts with label wedding along. Show all posts
Showing posts with label wedding along. Show all posts

Wedding Along-Melaka

0 comments






Dondang sayang yang best ;P







Majlis berlangsung di Masjid Tanah, Melaka. Seminggu sebelum kenduri Along di rumah kami.
Kenduri adalah sangat meriah.Sebab apa aku cakap meriah, sebab ada dondang sayang.
Melaka kan memang terkenal dengan dondang sayang
Penyanyi kumpulan dondang sayang tu muda lagi tapi suara mantap..
Siap boleh berpantun dan menari +_+

Rasa seronok bila tengok adat dan budaya dari negeri lain.
Ruginya malam tu kami tak join sebab along cakap malam tu siap ada bakar bunga api & mercun
Kami satu family g layan ikan bakar kat tanjung bidara.hehee...
Takpe la tunggu adik aku kawin plak
Tapi dia lagi jauh,sebab kena tempah tiket flight *_*

p/s: time ni en adha berada di tengah laut ;(





Wedding Along

0 comments


Entry tertangguh selama sebulan. Maafkan daku.
Disebabkan entry ni dah agak berkurun, aku malas nak cerita banyak.
Majlis berjalan lancar cuma ada la insiden-insiden kecil yang tak dielakkan.
So, kat bawah ni semua gambar-gambar sekitar majlis kahwin along aku.




time ni aku 5 weeks pregnant ;P

Catering

Disebabkan banyak komen yang memberansangkan masa kenduri aku, maka mama masih menggunakan khidmat catering yang sama.



Menu agak kenduri kali ni ayam masak kicap, acar buah, kurma daging, nangka masak lemak, ikan masin, ulam-ulaman dan bubur caca.
Aku dengan en adha membalas dendam sebab masa kenduri kami hari tu makan tak sampai sepinggan.
Time ni memang aku makan banyak gile. Katanya pregnant lady kan.hahaha...
Mama ambil semua pakej dari catering ni. Pakej termasuk makan,khemah,
 & DJ. Harga seorang RM10.Murahkan?*_*

Pelaminan


Pakej pelamin dan baju semua along ambil kat kedai kat MARA,KL. Tapi details kedai dan pakej harga aku tak tanya plak. Ermmm...baju yang along aku pakai semua adalah baju baru yang di buat khas untuk dia.
Aku paling suka baju along masa kenduri belah perempuan di Melaka. Nanti aku upload next entry,k

Overall, majlis ni berjalan lancar. Aku dah ada geng perempuan dalam family aku.Ada kakak ipar.hehehe..
Semoga Berbahagia buat Along dan Ayu.


p/s: time along kawin aku dikecualikan dari membuat sebarang kerja ;)







Dulang hantaran & VIP Gift wedding along

1 comments


Ok...aku nak share apa aku beli bersama mama aku untuk abang aku punya wedding.Tempat kejadian membeli-belah sebab lepas beli sure blah kan,tapi sebelum blah bayar dulu la...ok..ok tempatnya di kedai cina buruk cam nak roboh tapi best gila sebab banyak barang kawin yang best.Punya panjang mukadimah,tempatnya di 
Jalan Kuala Kangsar,Ipoh.

Dulang yang harga di bawah RM20.Murah tak?
Pada aku murah sebab bukan aku yang bayar ;P

Pastu g beli dan blah kat KK Home Deco berdepan je dengan kedai cina buruk buruk cam nak roboh tapi best gila sebab banyak barang kawin yang best tadi.Aku dah macam nak patah kaki layan mama aku yang memang rabun mata sebab banyak sangat sale dalam kedai ni.End up barang kami dekat 4 bakul penuh sampai orang belakang wat muka cam cekodok pisang sebab cashier lama gila ambil masa nak balut segala  mangkuk mama yang maha banyak tu.ehhh...bukan shopping barang long ke??sambil menyelam minum air.Lastly,barang mama lagi banyak dari barang along.ooohhh..dah biasa..
Pendek kata,VIP gift aku jumpa paling best~pada aku la~

3 ketul benda ni RM4.90.Murah tak?
Ohhh..benda ni dah habis kat KK Home Deco Ipoh.
Aku borong semua.Tu pun tak cukup kata mama..aiisshhh

Benda ni RM1.Gift untuk orang salam pengantin
Ingat nak letak coklat.Tak confirm lagi

RM4.90 untuk 4 ketul.Tambahan untuk yang atas tadi
Aku borong semua gak.Tapi mama nak lagi
Tamak mama aku ni.hahah...

Empat benda ni je along aku punya.Tapi masa kat kaunter bakul ada 4.Penuh.En adha yang adalah pertama kali ikut mak mertua dia g shopping,sampai terduduk kat kedai tu.hahahha...baru dia tau hobby mak mertua dia.Sampai pekerja kedai tu masukkan barang kami dalam 1 kotak besar supaya senang bawa.Tapi tetap ada  3 plastik lagi di samping kotak besar :)

So,sesiapa nak cari barang gift untuk wedding aku rasa berbaloi g KK Home Deco ni.Sale until end of Dec.Tapi untuk dapat diskaun yang boleh buat muka korang tersenyum sampai ke telinga macam mama aku,korang sign up jadi members.Berbaloi-baloi macam dalam iklan warna biru tu.

Happy weekend kawan-kawan

p/s:hujan rahmat sepanjang hari di Kelantan semalam.Attend wedding dalam hujan adalah mencabar :(



Along aku nak kawin

4 comments

Ye..along kesayangan aku akan berkawin tahun depan.
InsyaAllah April.Mama aku memang suka sangat wat event bulan April.Mentang-mentang la dia lahir April Fool day.


So,next year akan ada event besar lagi sekali.Of coz,aku adalah planner terhebat.hahahha...Aku lantik diri aku sendiri.. ;P
Masa tau along nak kawin,aku dah siap bagitau aku nak dia pakai warna aqua blue as a wedding theme umah aku..Selamat along aku mau ikut cakap.Kot adik aku,mau bertekak sampai keluar anak tekak.Ko memang abang terbaek la long.Love u to the max(tetiba terus sayang sebab ikut cakap aku).hahahha....adik gila kuasa!!



So,even rasa macam lambat lagi,tapi masa berlalu sekejap je pun.Tup..tup dah bulan april.
Sempena cuti raya haji haritu,aku pun g bershopping dengan mama aku.Cari apa yang patut.Memang best shopping untuk orang...tambah-tambah orang yang tak banyak kerenah macam abang aku.huhuhu...


Aku dan mama dah berjaya membeli dulang hantaran and VIP gift.Then,adalah certain thing untuk wat deco.Next entry aku upload gambar benda-benda yang aku beli.Gambar belum transfer dari camera..hehehee..


Ohh..tunang abang aku orang Gombak.Tapi kenduri akan dibuat di tiga tempat..(gile glamer ko ye along..nak lawan aku la tu).Belah pompuan akan buat 2 kenduri.1 di Gombak and lagi 1 di Melaka(ada joget lambak tak?? :P ).Along aku dah tanya aku mahu ke Melaka atau tidak..Hooohooo..ajaib kalau aku cakap aku takmo pegi kan.Terus cakap nak and siap cakap aku nak ajak kawan-kawan karib aku pergi bersama (nad sure kegembiraan).


Makanya,after this mungkin blog ni akan bercerita serba sedikit catatan wedding along aku.Tetiba excited nak plan wedding balik..oohhh...rindu saat-saat masa jadi bride to be :)


p/s:akan makan nasi minyak di kelantan sabtu ni.berdoa semoga kelantan tak banjir...