Showing posts with label mama. Show all posts
Showing posts with label mama. Show all posts

Happy Mother's Day!! ;P

0 comments

 Happy Mother's Day untuk semua ibu-ibu dan bakal-bakal ibu 
Especially my lovely mama Pn. Hamidah Ghadzali
^______^

Pagi-pagi dah wish walaupun pada hakikatnya aku rasa nak je balik kg celebrate sama-sama
Apakan daya, aku tak mampu. Tak mungkin aku akan drive sorang-sorang dalam keadaan camni
Actually aku pun ada dapat hadiah sempena hari ibu ni
Teruja+gembira+terharu

Senduk+tupperware from IKEA
I love Ikea *__*

Hadiah from Sport & Recreation Club office aku. Tiap-tiap tahun memang ibu-ibu akan dapat hadiah.
Tapi bagi aku, this year first time aku dapat.
Thanks sangat-sangat sebab aku bakal ibu je pun.
Bulan depan insyaAllah baru confirm bergelar ibu

Buat mama tersayang, I love u so much. No one can replace you and you're the coolest mum in this world. U're my best friend ever. Thanks for your love and care!!!
^_______^

p/s: en suami saya tak mau wish ke??sob3

SuperMAMA

4 comments

Walau kat mana pun aku berada, dalam hati aku tetap ada mama. Dalam sehari tak sebut nama mama tak sah hidup aku.
Mama tak jaga aku dari kecik. Masa kecik, aku dijaga oleh arwah opah aku kat kampung sebab mama and babah kerja.So, takde sape nak tengok-tengok kan kami. Tapi every weekend parents aku akan datang tengok kami kat kampung. Umur aku 6 tahun baru mama bawa aku duduk KL sebab aku dah nak masuk tadika. Time tu adik aku 4 tahun. Rumah aku ada maid time ni. Disebabkan "kekurang ajaran" maid aku tu, kami adik beradik memecat dia.Padan muka ko!!


Maka bermula la episod Supermama. Disebabkan mama kerja dan kami time ni dah masuk sekolah rendah, mama terpaksa bangun pukul 4.30 setiap hari untuk prepare breakfast dan lunch untuk anak-anak tersayang. Mama jarang tapau makanan dari luar untuk kami walaupun dia bekerja. Pukul 6.30 mama dah pergi kerja.Babah anta sebab mama ada lesen tapi dia amat penakut nak drive.


Balik kerja terpaksa naik bas sebab babah still kat ofis and waktu kerja tak sama. Sampai rumah terus buat kerja rumah dan prepare dinner. Mama tak pernah lupa untuk jenguk kami setiap malam untuk make sure kami pakai selimut, kipas buka ke tak. Setiap malam mama akan cek at least 3 kali. Mama juga tak pernah lupa untuk luangkan masa cek semua kerja sekolah kami.


Babah dulu selalu outstation. Mama terpaksa ganti jadi babah sementara dia takde. Kalau babah takde, mama terpaksa bangun lagi awal sebab dia kena g kerja naik bas. Kalau ada majlis penyampaian hadiah atau nak ambil report card, mama tak pernah tak datang walau dia kena naik bas dari tempat kerja dia dan aku selalu jadi orang terakhir dapat report card sebab mama selalu terlambat datang.Katanya bas lambat +_+


Mama tak pernah pukul,cubit or tengking aku dari aku kecik sampai dah besar gajah ni. Mama adalah ibu terbaik. Boleh anggap macam kawan-kawan. Tak pernah marah nak keluar dengan sape janji dia kenal sape kawan aku tu. Mesti balik before pukul 10. Boleh kata semua kawan aku dia kenal. Boleh slumber cite pasal pakwe, putus cinta, cgpa drop, kawan lari dari rumah sampai la ke perkara-perkara remeh. Mama adalah kawan terbaik yang aku ada.


Dulu masa kat UiTM, setiap minggu aku mesti call mama. Bila aku sembang dengan dia, ramai ingat aku sembang dengan kawan-kawan. Even, kawan-kawan aku pun boleh slumber-slumber je dengan mama. Kalau kawan-kawan baik aku nak bertunang ke kahwin ke, dia mesti nak sponsor 1 dulang kalau tak ralat sampai ke sudah(nad, ko jangan kecikkan hati mak aku.hahaha)


Sepanjang dia bekerja dengan kerajaan ni, aku rasa dah 4 kali dia dapat anugerah cemerlang sampai dia dah tak nak orang calonkan.Katanya bagi la orang muda-muda plak. Mama tak pernah MC sepanjang dia berkhidmat dari umur dia 19 sampai umur dia dah 56 tahun ni T_T. Mama sangat pemurah sebab kalau dia melancong ke mana-mana, dia akan belikan untuk semua orang sampai ke pakcik jaga dan makcik sapu sampah kat sekolah pun dia belikan juga. 


Adha selalu cakap, aku akan ikut macam mama. Memang tak kan. Mama dah letakkan satu standard yang sangat tinggi. Mama adalah tukang masak terhebat, pandai menjahit, melukis, mengait, buat cross stitch, seorang yang seni, sangat penyabar. Aku jangan 50%, 30% pun tak sampai kalau nak samakan dengan mama. Tapi jauh disudut hati aku, amat berdoa semoga aku boleh jadi macam mama. Mama tetap idola di hati aku.


Kalau nak cerita pasal mama, memang takkan habis satu malam. Hari-hari doa aku untuk mama semoga dia bahagia dan sihat. Alhamdulillah, dalam usia macam ni, mama tetap sihat tanpa sebarang penyakit serius. Semoga tuhan panjangkan umur mama sebab masih banyak benda yang aku nak share dengan dia. Masih tak terbalas jasa mama untuk aku.


I LOVE YOU MAMA

p/s: hajat nak jadi mama tahun ni tak kesampaian ;(