Manusia ni ada banyak kategori. Sepanjang hidup aku ni dah ramai sangat aku jumpa kategori manusia ni.
Tapi sejak dah setahun berkahwin ni, tetiba ramai plak yang jatuh dalam kategori manusia "Prihatin".
Baru kawin 3 bulan, dah mula ada tanya-tanya
"dah ada isi ke"
"bila lagi nak bertiga"
"korang ni planning ke"
Tapi aku memang ramai tak tanya. Mungkin aku dikelilingi dengan masyarakat yang memahami sensitiviti orang lain. Bukan la takde langsung kan, tapi kurang. Ada gak yang cam sengal ubi, sampai aku upload gambar kereta kat FB, tetiba komen "dah ada good news ke"?. Desperate nya la nak tau pasal aku. Yelar, aku memang jarang nak upload apa-apa kat FB. Aku tak suka. Takde privacy dan sebab ramai sangat yang "PRIHATIN" kan.
Bila dah pregnant, memang ramai tak tau. Aku ingat lepas aku pregnant, takde la golongan-golongan PRIHATIN ni nak ganggu hidup aku. Tapi bila aku miscarriage, soalan-soalan yang aku terima lagi sakit hati dari sebelum aku pregnant. Masa aku belum pregnant, aku boleh lagi terima soalan-soalan yang berkaitan, tapi dalam keadaan aku tengah sedih, tetiba orang tanya benda tak sepatutnya, aku sakit hati ok...sedih semua ada :(
"ko gugur sebab ko tak jaga betul-betul ni"
"i rasa u miscarriage sebab u banyak wat kerja rumah, lagipun u stay alone kan..husband u dok jauh kan"
"early pregnancy better stay dengan husband, at least ada orang jaga"
Dan banyak lagi komen-komen yang menyakitkan hati aku. Kang aku cakap akal pendek, semua yang cakap tu golongan bijak pandai. Serius wei, ibu mana sanggup nak gugurkan anak dia sendiri?Aku sejak tau aku pregnant, aku memang jaga semua benda. Susu yang menjadi musuh utama aku pun aku paksa gak untuk telan. Makan plak tak pernah skip. Setiap jam kot aku makan.
Pasal kerja rumah, memang aku tak buat. Tambah plak aku dok sorang. Apa sangat benda nak wat. Setakat iron baju je. Laundry memang akan tunggu en adha yang wat bila dia balik weekend. Masak? Memang aku dah cuti dari masak sejak pregnant sebab balik kerja aku memang letih yang teramat. Pukul 9 aku dah tidur. So, before balik rumah aku akan tapau makanan siap-siap tak pun ajak Yah teman aku makan.
Pada yang pasangan yang LDR cam aku je tau camne perasaan berjauhan dengan suami dan pada masa sama kita pregnant. Memang perit tapi pada aku tu adalah dugaan. Orang bercakap memang senang tapi orang tak tahu sebab diaorang tak lalui apa yang kita lalui.
Pada aku rezeki untuk aku belum sampai. Serius aku sedih bila terima komen-komen camni. Selamat en adha ada. Thanks hubby...Katanya, kalau kita jaga elok camne pun, kalau tuhan dah kata takde rezeki, dia pergi juga. Ada kebenarannya gak. Korang bayangkan kalau budak pregnant luar nikah, g telan macam-macam benda, nenas la, coke la...tapi kalau tuhan kata baby dia selamat, lahir gak baby tu kat dunia.
Aku amik yang positif je. Mulut oarang memang tak boleh tutup. Anggap je mereka-mereka ni golongan yang tarlampau "PRIHATIN". Terima kasih ye semua...
Kepada mommy to be yang masih LDR macam farah dan yang lain-lain, kuatkan semangat demi anak tercinta. InsyaAllah, tuhan ada bersama kita. Walaupun suami tercinta takde di sisi, tapi anak kita tetap ada bersama 24 jam sehari. Aku doakan semua mommy to be semua berjaya mengharungi dugaan mengandung dan lahirkan baby-baby yang comel (*_*)
p/s: ada hikmah yang tersembunyi,akhirnya en adha dah dapat tukar ke KL.alhamdulillah...
Tak Payah la "PRIHATIN" Sangat
Saat Dia Diambil-Part II
3 Mei 2011
Alhamdulillah malam tu memang takde apa-apa yang jadi. So, pagi ni bangun still bleeding. Tapi aku g gak kerja cam biasa. Kerja banyak wei. Lepas lunch aku dah perasan yang bleeding aku dah makin banyak. Terus text en adha. Katanya dia try balik KL petang tu. Dalam pukul 3.30ptg, aku g toilet lagi. Bleeding aku dah banyak macam period.Apakah???
Terus text Yah, tanya dia watpe lepas kerja. Katanya dia ada aerobik. Bila aku cakap nak ajak dia teman g hospital, terus dia cakap ok. Aku still wat kerja cam biasa. Dalam pukul 4.30 aku dah mula rasa sakit perut. Tangan aku dah sejuk-sejuk. Muka berpeluh sedangkan dalam aircond. Tapi aku boleh tahan je. Time tu gak aku terfikir, camni ke rasa sakit nak bersalin. Aku memang tak pernah sakit senggugut, so aku tak tau. Aku boleh tahan je sakit tu, boleh wat kerja cam biasa.
Pukul 5.30ptg aku masuk toilet sebab rasa cam nak past urine and aku nak tukar panty liner aku sebab bleeding aku dah banyak *tak terfikir nak bawa pad*. Buka seluar je darah dah menitik cam air paip. Aku duduk je kat bowl tu terus rasa keluar something yang besar cam kita period yang keluar ketul-ketul tu. Aku dapat rasa benda tu keluar dua kali. Yang second tu cam kecik skit. Aku bangun sambil tenung toilet bowl. Time tu aku dah tau baby aku dah kuar. Terus hilang sakit perut aku.
Aku rasa cam nak flush tapi aku terfikir takkan nak flush anak aku sendiri. NO!!!.Kalau aku flush memang aku takkan masuk toilet tu sampai bila-bila. Tindakan drastik aku, aku ambil baby aku. Serius dah ada bentuk but tak nampak jelas. Aku balut dengan tisu. Tukar panty liner,cuci toilet tu sebab darah aku menitik-nitik kat lantai kan. Dah setel semua, aku masuk ofis cam biasa.
Setitik pun airmata aku tak jatuh time ni. Kebetulan dalam drawer aku ada tupperware, aku letak baby aku dalam tu. Terus text yah cakap baby dah takde. Dia suruh aku sabar. Text en adha"hubby, baby kita dah takde. B redha ye. Drive keta elok-elok. Nanti kita jumpa kat hospital". Dia terus call tanya betul ke tak.Aku cakap betul and suruh dia banyak bersabar.
Pukul 6ptg, aku terus balik. Terus g umah yah. Kebetulan rumah dia dekat sangat dengan ofis aku. Sampai je terus je bf yah si Jeff bawa kitaorg g hospital. Aku g PPUM sebab paling dekat dengan ofis aku.
Lepas daftar semua proses menunggu memang lama sangat even aku g trauma and emergency. Aku memang amat relax dan airmata aku memang tak keluar time ni. Tapi dalam hati tuhan je tau. Otak aku asyik fikir en adha je.
Dari pukul 7mlm, aku hanya dapat jumpa gynea pukul 12.30 tgh mlm. Korang bayangkan betapa lama aku tunggu. Dengan tak makan nye. Selamat la aku tak rasa sakit ke apa. Boleh jalan-jalan, gelak-gelak dengan kawan aku si yah tu. Pukul 12.45 adha sampai dari Kemaman. Ternampak je muka en adha terus aku jadi sayu.
Doc scan and cakap uterus aku memang dah kosong. Dia amik darah aku untuk antar ke lab. Result akan keluar hari Khamis. Means, aku kena g balik PPUM hari Khamis. Lagipun, doc tu nak tengok gambar scan baby aku. Semua gambar-gambar tu ada kat specialist yang aku g before ni. Terpaksa plak aku amik dulu.
Pukul 2pg aku setel semua. Before balik aku dengan en adha sempat g makan kat mapley dulu. Kami memang tenang sangat. Maybe dah redha. Pukul 3 pagi sampai rumah. Time ni baru aku rasa sedih and terus menangis. En adha bagi aku kata-kata semangat, baru la aku rasa tenang.. ;(
4 Mei 2011
Aku g specialist. Memang kebetulan aku ada appointment dengan doc. Masa nurse tu timbang aku, dia pelik berat aku turun dari 41kg jadi 39.8kg. Dia tengok aku. Aku senyum then cakap aku miscarriage petang semalam. Terus nurse tu pegang aku. Dia cakap sabar ye. Jumpa doc then aku aku insist dia scan aku lagi sekali in case ada lagi benda lagi yang tinggal. Hohoho...doc cakap baby memang dah keluar but still ada ketul-ketul darah yang tak keluar. Dia print gambar tu and tunjuk kat aku.
Katanya better aku buang supaya tak jadi kuman and aku takde la bleeding teruk sangat. Dia bagi option untuk wat kat tempat lain pun takpe. After decide dengan en adha, kitaorg decide buat kat situ je.
Serius aku takut sangat sebab tak pernah le aku kena masuk ward sepanjang hidup aku. Lagipun, dari apa yang aku baca ramai cakap D&C ni sakit. Takut!!!!. Pukul 1 dah masuk ward. Doc suruh aku rest and tidur. Memang tak la kan aku nak tidur. Pukul 3.30 aku masuk OT. Doc bagi ubat bius, 2 saat pastu aku dah tak sedar apa-apa. Sedar-sedar dah ada balik dalam ward.hahahah..Tengok jam dah pukul 3.50.aikkk..kejap je and tak rasa apa pun.Terus tanya nurse "mana husband saya,saya nak balik"..T_T
5.30ptg dah setel semua, aku pun pulang..Badan memang rasa lemah. Tapi still larat la nak jalan-jalan.
5 Mei 2011
Another visit to PPUM. Nothing much. Sebab aku pun dah wat D&C kat specialist tu, so dia nak scan pun tak guna katanya. Cuma aku ada tanya kenapa aku boleh miscarriage. Katanya, dalam 10 pregnancy akan ada 2-3 kes yang miscarriage untuk 1st pregnancy. Rahim aku takde problem apa and katanya sometime janin tu dah tau dia tak sihat and dia akan gugur sendiri. Macam kes aku, baby aku tak develop. Even dia survive pun maybe akan cacat kalau lahir kata doc.
Aku ada tanya ada ke sebab aku langsung takde alahan menunjukkan yang baby aku tak sihat. Katanya tidak. Sometimes ada orang dah masuk 12 weeks ke atas baru akan kena alahan and ada gak yang takde alahan sebab faktor genetik. Yang ni aku agree sebab mama memang langsung takde alahan masa pregnantkan kami adik beradik. Langsung takde muntah-muntah and elok je deliver kami secara normal.
Ramai yang cakap aku dengan en adha sangat tenang hadapi semua ni. Kami positif and redha dengan ketentuan_Nya. Tak guna untuk kami menangis beria-ria untuk benda yang dah takde. Tapi aku syukur sangat sebab Allah mudahkan semua urusan aku. Dari aku pregnant sampai la aku miscarriage. Aku takde sakit-sakit macam yang aku baca pengalaman orang lain. And aku tau baby aku sangat baik and sayang kat aku sebab dia datang cara baik and dia tinggalkan aku pun dengan cara baik.
We will always love you baby ;(
p/s: sentiasa percaya pada ketentuan-Nya
Saat Dia Diambil-Part I
Sepanjang aku pregnant, aku langsung takde alahan. Loya-loya ada la.Tapi aku kuatkan semangat. And aku rasa baby aku pun tau kot yang aku sebatang kara. So,kalau aku asyik alahan sape la nak layan aku. Love you baby!!!. Cuma aku memang kuat sangat makan. Even pukul 3 pagi pun aku boleh terjaga sebab lapar ;P
Bila pregnant tapi suami jauh di mata, memang kena berhati waja. Independent tu wajib. Alhamdulillah, aku boleh harungi semua tu. Sehinggalah dugaan melanda.....
23 April 2011
Aku ada check up kedua. Tapi aku tak gi klinik yang aku g first tu sebab aku dah hilang kredibiliti dengan doctor kat situ. Sebab dia scan tak nampak memula. Konon nak dapat opinion dari doctor lain. Klinik ni pun kawan aku yang suggest. TAPI, jawapan yang lebih mengejutkan, dia suruh aku gugurkan je kandungan aku sebab katanya aku mengandung luar rahim.WT*!!!Siap suruh aku g hospital untuk wat D&C. Sebab apa dia suruh aku wat camtu, sebab dia pun tak nampak baby aku.
Masa dalam bilik doctor tu, aku relax je tapi once keluar je, terus rasa sayu. Terus call en adha, dengar suara dia,aku terus menangis maha dasyat. En adha terus cakap nak balik KL.Terus text Yah cakap tak jadi join dia.Aku ada janji dengan dia nak g Pesta Buku. Lepas tu dia plak call.Nangis lagi. Drive balik rumah sambil nangis.
Kawan bidan aku si Syafak plak call bila aku dah sampai rumah. Dia suruh aku jangan caye cakap doctor tu. At least cari opinion lain before buat apa-apa. Sebab katanya, aku tak sakit and tak bleeding. Kalau luar rahim, aku akan rasa sakit sangat dan akan bleeding dengan teruk. Time ni aku rasa tenang sikit.
En adha sampai,lepas rest and discuss, kami terus g cari klinik yang ada gynea specialist. Dari Columbia Asia sampai ke KPMC,Puchong semua gynea cuti.Memang camtu,gynea selalu ada office hour saja. Maka malam tu kami g makan-makan bersama kawan-kawan. Semua bagi semangat kat aku. Bayangkan dapat berita camni pada hari anniversary kami. Memang sedih ;(
24 April 2011
Aku dapat tau ada 1 klinik specialist ni buka on wekend. So,kitaorg g sana. Doctor cek through vagina and result nya adalah menggembirakan. Terus nampak si baby di dalam. Doc cakap, ikut saiz baby baru 5 weeks,sedangkan ikut LMP aku dah 8 weeks. Time tu hati aku dah tak sedap. But, dia cakap takpe since period aku irregular, so LMP maybe berubah. Next week kena datang lagi untuk tengok baby ada development atau tak. Balik ke rumah dengan senyuman walaupun aku dah rasa something yang tak berapa best :(
27 April 2011
Tetiba malam tu aku kuar brown spotting. En adha memang ada kat KL sepanjang minggu ni sebab dia ada kerja kat Subang. Alhamdulillah...at least aku tak risau sangat kalau apa-apa jadi. Aku tak g klinik pun sebab aku ingat takde apa-apa. Lagipun sikit je and aku tak sakit.
29 April 2011
Dari brown spotting dah jadi red. Terus minta kat manager aku nak g klinik. Waktu lunch en adha datang amik terus g specialist. Doc scan and cakap jangan risau. Baby aku ok. Dia bagi ubat tahan darah and MC untuk hari tu. If bleeding lagi dia suruh datnag on Selasa untuk sambung MC. So, aku hanya bed rest . Tak boleh wat apa-apa. Semua en adha yang buat. Kesian sangat tengok dia time ni..
30 April 2011
Parents datang ke KL. Disebabkan aku dah bleeding, plan nak balik kg terus cancel. Mama datang tolong jaga aku kat rumah. LAgipun, en adha still kerja even hari sabtu pun. Aku still bleeding. Sepanjang duduk rumah, aku asyik search tanda-tanda nak miscarriage supaya aku dapat bersedia mental dan fizikal.
Malam tu aku cakap kat en adha, andai kata baby ni memang bukan rezeki kita, redhakan dia pergi. Mungkin tuhan ada perancangan lain untuk kami.
2 Mei 2011
Pukul 4 pagi en adha dah gerak balik Kemaman. Dia kena kerja hari Isnin tu..Parents aku pun balik gak tengahari tu. Mama ajak aku balik kampung sebab dia risau aku tinggal sorang-sorang kat KL. Tapi aku malas nak sambung MC dah. Tambah plak aku baru je kerja.Aku still bleeding sampai ke malam. Malam tu aku memang tidur tak lena. Every hour aku terjaga. Risau sangat kalau tetiba aku sakit tengah-tengah malam, sape ke nak bawa aku g hospital. Sampai aku cakap kat baby aku "kalau baby rasa nak keluar, mama dengan babah redha. Tapi biarlah dengan elok, jangan bagi mama sakit ye. Mama sorang-sorang. Kalau mama sakit malam ni takde sape nak bawa mama g hospital" :(
akan bersambung.....
Saat Dia Dipinjamkan
Tetap ingin membuat coretan di sini walaupun ianya telah berlalu..
Dengan harapan agar ia akan menjadi kenagan manis yang ingin aku kenang di masa hadapan.
Seminggu sebelum ianya positif, aku asyik mengadu kat kawan sejati aku Yah, yang perut aku boncit dan berat aku naik mendadak.Dari 38kg ke 41kg T_T. Serius aku sangat takut en adha bising sebab aku dah gemuk. Dia tak suka aku gemuk.Dia gemuk takpe plak ;P
Aku tau Yah join kelas aerobik.Dengan gatalnya aku nak join sebab dah boncit. Yah bising gak memula tu,katanya mustahil aku boleh gemuk. Tetiba keluar soalan
Yah: ko pregnant kot?
Aku : memang tak la kan sebab aku tak rasa apa-apa pun. Aku tak muntah-muntah pun T_T
Yah : ko ni memang cerekarama melayu tau.Muntah-muntah baru pregnant.Tak semestinya la wei
Aku memang tipikal. Lagipun time tu aku memang tengah tunggu period aku. So, aku memang tak syak apa-apa. Period aku pun jenis yang tak regular, so memang susah nak kira. Tapi aku notice yang aku cepat lapar and selalu sangat letih. Lepas kenduri along kat Melaka, aku keluar dengan Yah.
Dia telah memaksa aku beli pregnancy test. Aku beli yang paling murah. Sebab murah aku beli dua. Kalau negative pun tak membazir duit aku.hahha...Yah siap pesan suruh aku cek cepat-cepat. Katanya pepagi esok dia nak message aku tanya result. Gile kawan aku tu.
Kebetulan esoknya tu aku baru lewat period sehari. Tetiba pagi tu aku terbangun awal dari biasa. 6.30pg aku dah terkebil-kebil atas katil. Selalu pukul 6.45 baru aku bangun. Hati berbelah bahagi nak wat ke tak. Aku macam tak sure nak wat ke tak sebab en adha takde. Dia di tengah laut. Kalau boleh aku nak dia ada time-time camni. Tapi memikirkan kalau aku tau awal, boleh la aku ambil langkah berjaga-jaga.
Dengan penuh semangat, aku wat juga. YES!!its double. Alhamdulillah. Terkebil-kebil tengok strip tu. Yelah, before ni buat semua negative kan. Terus solat subuh and cepat-cepat siap g kerja. Sampai ofis awal gile.hahah...terus on YM. Chat dengan en adha. Dia pun terkejut aku sampai awal sangat. Terus cakap congrats sebab dia bakal jadi Babah ;P
En adha memang happy sampai tangan menggeletar katanya nak taip.hahhaah...Terus MMS gambar strip tu kat Yah and kawan aku si mak bidan, Syafak. Syafak ni kerja kat hospital Ampang. Dia memang bahagian perbidanan. Siap terus bagitau EDD aku.hahahha...ko memang hebat la syafak.
Then, en adha pulang seperti di entry ini. Sebelum pulang ke kampung untuk wedding along aku, kami sempat g klinik untuk wat confirmation dengan doctor. But, scan doctor tu tidak menampakkan baby kami. Kata doctor still in early pregnancy,baru 5 weeks so agak kecil untuk nampak dalam ultrasound.
Masa wedding along, aku memang tak wat kerja.hahahha...kerja asyik makan je. Heaven ;P
Actually, naluri aku dah rasa yang aku pregnant *_*. Before en adha nak g offshore tu, aku ada tanya if aku pregnant, adakah dia nak jadi orang pertama yang tau. Mesti la jawapan nya YA. Cuma aku tak nak terlalu berharap. But always percaya, Allah selalu mendengar permintaan kita ;P
p/s: masih terasa kegembiraan masa terima berita double line ni
Taken
Tuhan lebih menyanyangi baby kami.....
Dia telah pergi selamanya hari selasa lepas sewaktu berusia 9 minggu..
Aku dan en adha redha dengan pemergiaanya
Kami percaya semua kejadian ada hikmah disebaliknya
InsyaAllah rezeki kami akan ada lagi
Walaupun tuhan hanya pinjamkan dia sekejap untuk kami
Kami tetap gembira
Hati aku jadi lebih tabah selepas kejadian ni
Baby, kami doakan semoga baby tenang di sana. Mama dan babah tetap menyanyangimu selamanya ;(
P/s: aku akan ceritakan detik hari pertama aku berkongsi nyawa dengan baby ku sehingga hari terakhir dia meninggalkan kami.