Happy Birthday to Me
HELLO OKTOBER!!!
Nak Cantik Katanya :P
Umur dah nak masuk 30 ni aku tetiba jadi concern plak dengan muka aku. Baru realize yang aku memang tak berapa nak jaga muka sangat. Masa zaman tak kawin, beria sangat membelek muka. Sekarang semua pun malas..tambah dah ada anak. Not good ok. Jangan ikut macam aku.
Sekarang ni plak, aku dalam fasa kemalasan yang melampau. Rutin aku setakat cuci muka je. Tu pun kadang-kadang aku tak cuci. Kalau dah cuci malas, jangankan nak pakai masker bagai. Masker clinique aku berkurun dah tak pakai. Banyak lagi. Membazir sungguh rasanya. So, kalau boleh aku nak cari benda yang tahap mudah. Tak payah nak bermacam-macam step. Lagi bagus benda tu yang aku makan pastu dia cuci segala benda yang kotor-kator. Kira macam cuci dalaman, luaran pun cantik sekali.
Bila dah ada kesedaran, mula la aku cari produk apa aku nak sapu kat muka aku yang kusam ni. Haruslah dapatkan khidmat nasihat dari kengkawan baik a.k.a pengkritik tetap.hahah..
Dari nak cerita pasal produk nak cantik, udah meleret-leret sampai entah apa kitaorang sembang. Tapi mission tetap tercapai untuk cari produk nak cantik tadi. Macam-macam produk yang kami diskus. Kawan aku si Yah dok heboh suruh try aura white, ada yang suruh try elmarino la, beautiskin la. Macam-macam produk sampai ada produk nama sama macam en adha. Produk a-DHA.hahaha...Tergelak aku dengar. Tapi ada plak pantangnya. Tak boleh pakai bedak sebulan. Ko mampu? Aku memang tak boleh. Bedak tu macam benda wajib pakai kalau nak kuar umah. Kot idak, entah rupa apa muka aku agaknya.
At last, aku fikir nak try makan kolagen je. Pure marine colagen yang tengah hot dipasaran. Sebab apa aku nak try kolagen tu? Sebab murah.hehhee...So, kalau tetiba aku makan sekerat jalan, tak le rasa ralat sangat. Nampak sangat yang aku ni memang pemalas kan. Lagipun, kawan aku si syafak tu memang duduk sabah. So, memang suruh dia je belikan. Harga lebih murah and kalau tetiba tak berkesan, aku boleh pulangkan balik rumpai laut tu.hhahaha...Tak salah nak mencuba sebab banyak khasiatnya rumpai laut ni.
Maka, rumpai laut tu dah pun selamat sampai kat rumah aku. Punya nak cepat, aku suruh syafak pos pakai skynet. Kang pakai pos laju, lambat plak muka aku nak cantik kan.hehehe...Sekilo aku beli tau. rugi beli sikit sebab postage dari sabah ke KL mahal tau. Tapi tak la aku sorang yang nak makan. Aku share dengan kawan-kawan lain gak.
Doakan aku berjaya habiskan kolagen tu and dapat kulit muka yang tulus mulus gebus.hahha..semua aku nak kot. Tak cantik macam neelofa, dapat sipi sipi pun jadi la. Tapi neelofa tu cantik ke??err...Cantik le dari aku ye tak T__T
p/s: aku dah masak kolagen tu,tapi tak mau beku plak..adooii..memang saja tak bagi aku cantik gamaknya
Helloooo 29
Happy Birthday to me!!!Entry lambat beberapa hari. Im turning 29 on 31 Oct yang lalu. Wah dah tua aku rupanya. Next year dah 30.sob3...Biarlah umur tua tapi jiwa muda.hew..hew..
Hubby still jadi the first person yang wish.Suker!!But as usual,en adha tu bukanlah orang yang romantik pun. Takde la nak wat suprise ke apa ke. Aku dah boleh agak pun setiap tahun birthday aku apa dia akan buat.hahah...Kalau tetiba dia jadi romantik semacam masa birthday aku, takut plak aku kan.. +_______+
This year takde wish apa pun. Wish last year still ada yang pending. I think i had enough.Family is my everything now. Birthday last year, aku tengah pregnant. Itu adalah hadiah paling bermakna and this year dah keluar pun hadiah tu. Dah boleh peluk-peluk,gomol-gomol hadiah tu..Syukur atas kurniaan dari Allah.
Syukur alhamdulillah juga kerana masih bernafas dibumi Allah ini dan dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Dikelilingi dengan orang-orang tersayang. Ada hubby, hadif, family and kawan-kawan. Hidup terasa sangat indah. Berdoa agar kebahagiaan ini berkekalan hingga akhirnya
Terima kasih kepada semua yang wish birthday aku. Semoga hidup kalian diberkati ;P
2012
My Birthday Celebration +___+
Entry ni dah tersimpan dalam draft berbulan lamanya. Harap maklum T____T
Saya sudah semakin tua tahun ni. Sob3 -____-
Bulan Oktober lepas umur aku dah bertambah lagi. Sambutan adalah biasa-biasa je.
Tak perlu sambutan yang hebat janji orang tersayang sentiasa ada disisi aku. Itu lebih bermakna.
Sangat suka tahun ni sebab sambutan birthday dihujani dengan makanan-makanan yang lazat ^____^
Saya Masih Di sini ;P
Rumah aku ada singa
Sejak aku pindah kat Kemaman ni,ada seekor SINGA dalam rumah aku.
Tapi SINGA ni jinak.hahhahha...
Aku le SINGA tu.wawawa...en adha cakap rambut aku cam SINGA.damit!!!!
Kalau dulu boleh kata 2 bulan sekali g wat steam la,trim la,rebonding dan semua yang sewaktu dengan nya kecuali warnakan.Mungkin sebab tu juga rambut aku dah kasar cam berus dawai.Kadang rasa cam benda kat bawah ni pun ada