Showing posts with label Perth. Show all posts
Showing posts with label Perth. Show all posts

Perth:: E-Shed Market

1 comments

Orait lepas dari Kings Park kami pergi ke E-Shed Market plak. Datang sini semata-mata nak beli sourvenir. Sebab mostly suggest beli kat sini. Ramai yang cakap murah compare kat tempat lain.
Ni le rupa EShed Markets tu. Macam gudang je pun. Tapi dalam tu ada kedai-kedai 

Mostly dalam ni memang jual sourvenir je. Ada gak kedai jual makanan tapi tak banyak. Dalam ni ada kedai makanan halal. So, jangan risau kalau tetiba lapar kat sini.
Cari je kat area food court, ada 1 kedai yang halal.

View dari pintu belakang Eshed Markets


Belakang Eshed ni actually pelabuhan.

Ok. Sila pergi ke kedai Megabes Souvenir. Kedai ni dekat dengan pintu masuk

Aku memang banyak beli barang kat Megabes dengan Freo Souvenirs. Kedai ni berdepan je. Yang Megabes tu owner dia cina Spore. Yang Freo tu owner dia org Indonesia. Harga tak banyak beza sangat tapi bila korang cakap korang dari M'sia and tau kedai dia dari blog, sure dapat diskaun masa nak bayar. So, lepas korang baca ni, cakap je ada blogger suggest kat kedai dia. Untung jadi bloggerkan.

Mana yang takde kat Megabes, aku beli kat Freo.Korang pandai-pandai la survey. Aku memang beli banyak fridge magnet je. Keychain memang tak beli sebab aku tak suka. hahaha..So, aku rasa orang lagi suka dapat fridge magnet macam aku. Macam-macam ada kat sini. T-shirt, apron, beg, fridge magnet...isshh..tak tau nak cakap.hahaha...Cuma setiap kali beli mesti nak kena kali dengan 3. Terus fikir 3 kali nak beli ke idak. Katanya budget holiday, gini le gayanya.

Disebabkan aku dok Perth seminggu, memang bukan kat sini je sourvenir yang aku beli. Ada satu kedai lagi kat area hotel aku duduk tu pun sourvenir murah gak. Nanti aku share ye.

Sempat bergambar dengan kereta antik
Ehh..kereta tu ada ownernya. Maybe tengah shopping dalam Eshed.
Kat Perth memang banyak kereta camni.

p/s: ok,ada lagi beberapa entry untuk settlekan story Perth ni.

Perth::Kings Park

0 comments

Hari kedua pagi-pagi lepas sarapan terus g ke Kings Park.
Park ni besar gile. Even sehari pun belum tentu boleh habis pusing. View memang cantik sangat waktu pagi.

Hadif muka tak puas hati sebab kena duduk atas rumput


Gaya macam model sangat.haha..
^___^

aawww..rasa macam zaman couple-couple dulu

ni namanya whispering stone.duduk hujung dengan hujung batu tu pastu bisik-bisik.
Boleh dengar wei..teruja kitaorang.
Tapi tak amik plak gambar gambaran sebenarnya 

Budak debab tu cukup geli dengan rumput.Melalak-lalak dia taknak baring atas rumput.
Hygiene sangat kononya


Ini memang aktiviti diaorang kat sana. Ramai sangat yang BBQ dengan family. Best sungguh aku tengok
Even diaorang masak, makan bagai, ketahui;ah bahawa park mereka adalah SANGAT BERSIH.
Sekian,terima kasih

Bunga-bunga baru nak kembang time aku g ni. Banyak lagi gambar bunga,malas le nak upload.

Kitaorang just jalan-jalan amik gambar sikit-sikit, then terus gerak g tempat lain. So, sesiapa yang ke Perth make sure datang Kings Park. Jalan-jalan and amik gambar ye.

p/s: semua entry pendek-pendek je aku buat. janji ada memori dalam blog ni,k

Perth::Caversham Wild Life Park & Freemantle

0 comments

Disebabkan en adha pergi Perth ni atas dasar kerja, maka weekend jela kami dapat berjalan bersama-sama. Hari biasa nak berjalan kena tunggu dia balik dalam pukul 5 baru sampai hotel. Malangnya, kat Perth ni kedai & semua shopping mall pukul 5 dah tutup -__-''. Sedih ok..

So, kami decide nak sewa kereta je untuk weekend. Senang nak bergerak, lagipun travel with infant. Banyak benda nak kena fikir. Tak boleh nak gamble-gamble macam trip Singapore kitaorang dulu. Maka, pagi Sabtu tu bangun pagi-pagi. Kat sini cepat sangat cerah. Pukul 6.30pg dah terang. After breakfast, terus jalan kaki pergi tempat kereta sewa. Aku jalan berdua je dengan en adha. Mama dengan hadif tinggal kat hotel. Lagipun, si debab tu tak bangun pun lagi.

Pemandangan pagi di Perth


Aries Car Rental

Kitaorg sewa kereta kat Aries Car Rental. Mula-mula ingat nak sewa kat Bayswater, berdepan je dengan Aries, tapi companynya tak buka lagi. So, pilih kereta, bayar deposit, settle.
Kitaorang pilih kereta Nissan Tiida Hatchback. Kereta paling murah rasanya kat situ ;)

Rate : $55 x 2 days = $110
GPS Hire : $7.70 x 2 days = $15.40 (penting sebab tak reti jalan kat sana)
Baby Seat : $7.70 x 2 days = $15.40 (wajib guna untuk baby tapi tak sure untill umur berapa)
Deposit : $500 (boleh bayar guna kredit kad. Tapi en adha lupa nak inform bank. Maka bayar cash)

Minyak memang dah full masa kami sewa tu. Before pulangkan nanti kena full kan balik minyak tersebut.

Lepas balik hotel, siapkan hadif then terus gerak ke Caversham. Tempat ni ala-ala zoo. Tapi tak semua binatang ada. Mostly binatang yang memang ada kat Australia je yang ada kat sini. Yang bestnya, kita boleh main dengan kangaroo. Boleh bagi makan, ambil gambar secara dekat, lepak-lepak dengan kangaroo..lepak ok..hahaha...

Muka ceria masa baru sampai. Time ni hujan renyai-renyai.
Sejuk wei.

Mama pose dengan kangaroo.
Alih-alih kangaroo nak melompat nak kejar sebab nak makanan lagi
^___^

Acara bagi makan kangaroo. Hadif nampak berani.
Hakikatnya dia geli nak pegang kangaroo tu.


Ada banyak show kat sini and timing pun lain-lain.
Show yang ni je kami sempat pergi. Agak terkilan juga


Koala. Keja asyik tidur je. Bahagia ko ye koala.
20 jam waktu tidur sehari
-_____-''

Binatang ni nama wombat. Lelaki tu je boleh pegang.
Yang lain boleh ambil gambar je

Kalau pergi sini, ambil pamplet and tengok semua waktu show. Macam aku ni sebab nak kejarkan masa. Pastu anak debab tu dah mengamuk nak tidur. Kesian plak. Terpaksa berkorban show ketam bulu biri-biri demi hadif.sob3...

Next stop kami pergi Freemantle. Kat sini pun just pergi market dia je. Tengok life orang Perth. Weekend memang ramai sangat orang sebab diaorang semua bawa family keluar. Aku tak pergi pun penjara ke apa ke.

Budak debab tidur masa ni. Selesa mak berjalan nak

Kami borong buah kat sini. Buah kt sini fresh and manisssss



Dari freemantle ni, kami berjalan kaki sebab nak g makan fish & chips yang famous kt sini. Actually ada dua tempat yang ramai sangat suggest untuk g makan. Tapi kami makan dekat Kaili's. Yang lagi satu tu Cicerello's.

Muka tahan sejuk.



Ok, mula-mula kami pilih seat kat luar. Biasalah orang Malaysia kan...kalau lepak mapley pun sure nak dok luar. Kekonon sambil makan boleh tengok kapal, cuaca sejuk. Sekali, masa makanan sampai kat meja, seagull dah curi sotong!!Hampeh betul. Patut takde orang duduk kat luar.hahaha..Last sekali, en adha suggest kitaorang tukar seat kat dalam.




Ni Cicerello's. Kedainya dekat-dekat je.
Tak senonoh ok patung tu

Lepas makan, terus gerak balik hotel. Lagipun dah hujan time kitaorang balik. Tapi kat sini hujan dia jenis tiba-tiba. Tau-tau dah hujan. Cuma hujan tak lama. So, memang cuaca agak sejuk. Settle hari pertama. Nanti aku sambung lagi.

p/s: entry Perth ni aku nak wat pendek-pendek je lepas ni.heheh

Perth

0 comments

Flight ke Perth ambil masa 5 jam. Aku depart dari KLIA pukull 6.45. Aku sampai Perth lebih kurang pukul 1am. Disebabkan Hadif still tidur masa flight landing tu, so, aku tunggu le semua orang turun dulu. At least lama sikit dia tidur. Lagipun, aku risau dia mengamuk masa kat imigresen. -___-''

Pada yang bawa stroller, kat Perth stroller kena check in. Means, stroller akan keluar sekali dengan bag. Selamat kat airport tu memang ada sediakan stroller. Kalau tak pengsan aku nak dukung hadif. 

Masa sampai kat imigresen tu aku memang doa banyak-banyak hope takde apa-apa yang jadi. Sebab dari apa yang aku tau, kat Perth ni immigresen dia strict skit. Sampai turn aku, tetiba pasport kami tak bleh nak scan. Best tak??Bukan pasport aku sorang, mama dengan hadif punya pun sama. Maka dia suruh kami ke tepi sebab nak re-scan kat dalam plak. Dalam hati punya risau tuhan je tau. Katanya, pasport Malaysia yang baru ni memang agak problem untuk di scan. Bukan kami je, ada sorang lagi lelaki dari Malaysia tu pun sama. But, everything is fine after 15 minit kot. Alhamdulillah..

Then, after the immigresen, belum kuar lagi wei..nak hadap plak yang cek beg tu. Mama dok cakap, "ok je na..takde pun dia cek bag kita".hahah..aku Aku cakap "belum lagi ma..azab belum habis lagi'hahaha.Nanti akan ada sorang yang akan tanya apa yang korang bawa masuk especially makanan. Aku memang bawa banyak instant food. Ada yang aku baca, maggi kari tak boleh bawa, milo 3 in 1 pun tak boleh. Maggi kari dengan milo memang tak bawa sebab dua-dua tu aku memang tak suka. Masa tanya tu, aku just jawab dengan confident. Kejap je pun, terus lepas.hahah..Memang bag kami tak kena buka pun. Maybe dia tengok kitaorang travel dengan infants and mak aku pun warga emas kan. Kebetulan yang tahan tu pun perempuan Islam. Alhamdulillah memang lega sangat.

Aku memang sangat gamble sebab en adha memang tak tunggu kami pun kat airport. Sampai kat terminal tu, hari hujan. Cuaca memang sejuk wei. Aku rasa suhu time tu 10c kot. Hadif sampai menangis bila kena tempias air hujan tu.hahah..Sampai kat luar, terus cari taxi. Jangan risau cab kat sana takde yang menipu. Even takde double charge pun after midnight. Alhamdulillah, sampai hotel around 2am. En adha dah tunggu kami depan hotel. After dah rest kejap, terus tidur. Esok pagi baru berjalan ^__^

 p/s: berusaha nak habiskan cite perth ni ;)

Pengalaman Bawa Hadif Naik Flight

0 comments

Jangan plak ingat aku terbang bawa si hadif tu. Nak cerita pasal pengalaman bawa Hadif naik flight masa g Perth haritu. Nightmare ok. Rasa macam lepas ni g mana-mana naik kereta jela -___-''

Before aku story lebih lanjut, cerita camne aku boleh ke Perth tu pun agak mencabar minda. Actually, masa bz beraya kat kg haritu, en adha dapat phone call dari boss dia, bagitau yang dia kena g Perth end of Aug. Time tu memang terkejut sebab less than 2 week je dari msa dapat call tu. Balik KL terus settle untuk flight tiket. Semua company dia yang uruskan.

So, bila dah settle semua, en adha tanya aku nak ikut ke tak. Ehhh..lagi mau tanya. Of course jawapan adalah hendakkan. Dia pergi dua minggu. Kitaorang decide untuk pergi lewat seminggu dari en adha. Haruslah aku membawa bonda tercinta ku sekali sebagai peneman. Lagipun en adha dapat bilik besar kt sana. 1 queen bed, 1 single bed. So, hotel dah kira free. Tinggal bayar duit tiket. Sebab tu aku suka kerja baru en adha ni. Kalau kerja lama dulu, asal outstation mesti g tengah laut dok atas pelantar.

Setelah di timbang atas dacing, maka aku sepakat dengan mama nak naik MAS instead of AirAsia sebab kan timing and juga atas faktor keselesaan. Bukan apa,sebab ni first time aku naik flight bawa hadif and en adha takde dengan kami. Untuk tidak mengambil sebarang risiko, pejam mata bayar jela flight tiket MAS tu. Maka terbang la kami ke Perth hari Jumaat 30 Ogos. Sangat tak patriotik pergi meninggalkan negara di kala kemerdekaan kan.hehehe...


Pasport budak nepal kata adik aku -___-''
Masa first tengok pasport ni, terus dia gelak macam hape. Pastu upload dalam IG dia. Kuang asam punya adik.

Senang betul proses nak buat pasport sekarang. Tak payah nak isi form bagai
Haritu aku buat tak sampai sejam siap. Aku buat kat Ipoh

Disebabkan semua benda last minit, aku lupa nak call untuk reserved kan seat -___-''. Pandai sangat aku ni. Sudahnya, aku dengan mama tak dapat duduk sebelah menyebelah. Kebetulan pulak, flight memang full. Ramai sangat le pun nak g Perth. Konon-konon nak minta tukar seat dengan orang sebelah aku, sekali nenek tua mat salleh tu cakap, dia memang book seat tepi tingkap tu. Maka, aku duduk sebelah gak dengan mama cuma dipisahkan oleh lorong dengan seat sebelah. Aku dok seat 2 orang, mama duduk seat yang 4 orang.

Waktu nak mula take off, hadif ok lagi. Diam je duduk atas pangku aku. Lepas setengah jam, dia mula menangis. Bukan menangis je, meraung ok. Kebetulan masa aku g tu, ada dua lagi baby yang travel dalam flight tu. Baby tu dok menangis juga. So, mula-mula aku tak heran sangat. Tapi, bila baby tu dah diam, hadif tak juga diam-diam. Aku siap bangun bawa dia jalan 1 flight. Dari depan sampai belakang aku dukung. Memang mencabar minda bila dukung baby dalam flight. Dengan sempit, pastu hadif tu debab...berat dia je 10kg. Macam nak pengsan aku rasa.

Duduk je, dia meraung balik siap dengan pakej meronta-ronta. Time ni aku memang dah nak menangis. Rasa macam give up. Mama dok pujuk pun dia tak nak. Aku pelik sangat sebab dia tak pernah macamni. Pastu aku syak mesti ada something wrong. Bila aku tepuk perut dia, rupanya perut dia kembung T___T. Rupanya, siang tu opahnya bagi makan buah betik banyak sangat.hahaha...Aku plak memang busy siangnya settlekan hal-hal bank en adha. Tinggal berdua dengan opah. Opah tak nak dia menangis, maka bagi dia makan macam-macam. Aku tak salahkan mama pun.

Masa naik flight plak, aku memang tak spare minyak ke apa ke. Suma aku letak dalam beg yang di check in. Selamat mama ada balm sakit kepala dia. Lepas sapu, urut-urut sikit baru dia diam. Tak lama lepas tu dia tidur. Lega gila time tu. Dalam kepala otak aku, memang dah rasa tak nak bawa dia travel naik flight dah. Taubat aku.hahhaha...Bayangkan dia menangis dekat nak sejam lebih.

Masa dia tidur tu, sempat la aku makan bagai. Tak lama lepas tu, ingat aku nak tidur kejap, boleh plak dia bangun.Sob3....Sambung mengamuk balik.hahahha...Tapi tak lama pun. Dalam hati aku berdoa cepat le sampai. Lagi 45 minit nak sampai, dia tidur balik. Tapi aku memang tak sempat nak tidur. Badan letih gile.

Aku anggap ni first time experience bila travel dengan baby. Jangan le nak bagi makan yang boleh menyebabkan perut dia meragam. Lapar takpe lagi. Kalau sakit perut kembung tu yang haru. Make sure, dalam handbag standby minyak yuyi ke apa ke. Beli saiz yang paling kecik. Jangan bawa yang besar plak. Tak pasal-pasal tak boleh bawa masuk flight nanti. Bawa toys or buku yang boleh melekakan dia. Macam flight g Perth tu, 5 jam. Lama wei...bukan budak je bosan, mak budak pun bosan tau.

Ok next entry, aku sambung pasal Perth plak.

p/s: kemalasan nak update blog amat berleluasa ;)

Baru Pulang Dari Melawat Wombats

0 comments



Alhamdulillah..kembali menghirup udara Malaysia setelah seminggu aku holiday ke Perth.
Bagi aku relax-relax dulu before up entry perth ye. Holiday yang tak dirancang memang camni. Banyak halangan before sampai ke Perth. Tapi sangat puas hati sebab aku suka Perth. Hope dapat pergi lagi


p/s: minggu ni dok umah diam-diam. Duit dah mengalir macam Niagara Falls ^_^
Posted by Picasa