Selamat Hari Guru
Rindu??
First time aku update blog tengah-tengah malam sejak aku jadi mak-mak ni. Bukan apa, nak habiskan masa tunggu en adha online skype. En adha takde seminggu g Pattaya. Ada class kat sana. Ini kira second time dia kena outstation sepanjang dia jadi lecturer and this is first time dia kena mengajar luar dari Msia.
Kerja dia yang sebelum ni memang dah sedia maklum selalu sangat takde kat rumah. Selalu g offshore tak pun plant atas darat. But still more than 2 weeks. Bila dia dapat kerja baru, aku harap dia akan sentiasa dirumah. Kerja ikut normal working hours. Lagipun itu adalah main thing kenapa en adha quit dari oil n gas field. But, hakikat seorang yang makan gaji, terpaksa gak follow rules and schedule company. Cuma beza dari kerja dulu, dia outstation pun takde lama sangat and kami still boleh contact via email,skype,sms. Kalau dulu g offshore payah sesangat. Nak call jangan harap. Pergi plak tu lama-lama. Bila dah ada anak ni memang macam tak sanggup. Cukuplah aku survive masa pregnant 7 bulan dok sorang-sorang masa en adha g Labuan. Seksa wei!!
So, masa dia cakap bos hantar dia g Pattaya untuk mengajar, aku rasa bangga dengan en adha. Yelar, kerja tak sampai setahun, bos dah percaya untuk hantar g oversea mengajar kat sana. Ohh..kerja baru ni plak yang bestnya, family boleh ikut kalau husband travel ke mana-mana. Wahh..suker mak. Flight tiket sendiri la. Aku doa en adha dapat mengajar kat Korea ke Aussie ke, memang aku follow.Hu..hu..
Perasaan aku masa tau tu biasa je. Tak macam masa dia nak g offshore dulu. Sedih manjang. Belum pergi lagi air mata aku dah bercucuran macam hujan lebat.Dalam fikiran aku terdetik, mungkin sebab aku dah ada hadif, so aku tak rasa sedih sangat. At least hadif boleh jadi teman aku. Lagipun setiap kali en adha outstation memang mama akan datang rumah aku temankan kami. Selamat gak mama pun dah pencen. Aku ok je nak tinggal berdua dengan hadif, tapi mama risaukan kami especially cucu debab dia tu.
Sedih memang takde but rindu still ada. Mungkin aku dah biasa independent and dah biasa en adha takde, maka hati aku lebih cekal. Macam dah lali. Just set dalam mind, dia g kerja cari duit untuk kami. Lagipun aku still bersyukur sebab aku boleh contact and tau perkembangan dia hari-hari. Tu dah cukup untuk aku. Sanggup aku berjaga malam-malam buta ni nak skype walau aku dah tau soklan pertama dia sure "hadif buat apa harini" -___-. Sentap mak!!
Takpe..aku tak kisah asalkan kami still contact each other..Pada sesiapa yang husband memang ada hari-hari depan mata, hargailah husband anda.eehhh...macam ustazah plak aku.hahah..Perasaan rindu tetap ada. Hidup rasa tak lengkap sebab takde kawan nak gaduh, nak sembang, takde orang nak tolong tukar pampers.hew..hew..
So, aku doa cepat la hari ahad. Dah tak sabar nak jumpa en suami saya ^__^
Dah,tu je aku nak cite..Nampak sangat entry ntah apa-apa. Just nak isi masa lapang.
Nite..nite..
p/s: Selamat bercuti semua!!
Kosong
Happy Birthday Hubster ;P
17 September yang lepas birthday en adha. Bayangkan Jumaat wat open house, Sabtu birthday dia. Perghh..memang mencabar minda. Last-last aku tak sempat nak plan apa-apa. Sob3.. ;(
Pukul 12 tengah malam, en adha dah tertidur depan hall. Masa aku wish pun, dia mamai. hukhuk...Sian birthday boy letih.hahaha...
Ikutkan banyak gila planning aku. Siap dah pakat dengan kawan-kawan aku nak buat suprise party untuk dia kat Janda Baik. Nak tolak dalam kolam ikan kat sana.hahaha... Semua plan hancur lebur sebab aku tukar date open house. Tukar pun sebab Yah takde 24/11 nak ke Kenyir katanya. Kang dia nangis plak tak dapat makan kat open house aku. Hobi dia dah la makan. Last-last dia tak jadi gi Kenyir. Damn u Yah!!!!
Tapi takpe la, aku still akan plan something untuk en adha Sabtu ni ;P. Tapi sabtu pagi-pagi, aku dengan adik aku g bawa en adha beli hadiah birthday. Hadiah birthday mengikut pilihan sendiri. Dekat nak sejam lebih aku tunggu dia pilih -____-
Hadiah dari En Suami
Aku tak Perlukan Seth Tan
Aku memang tak jatuh cinta pun kat Seth Tan
Sebab aku sedar aku bukan Nora Elena, aku cuma Hazlina T_T
Nooruladha je yang cintakan aku =)
Fenomena Nora Elena tetiba je melanda Malaysia. Wahh..semua gadis-gadis pingitan berangan-berangan nak dapat lelaki cam Seth. Makcik-makcik plak berharap-harap dapat menantu cam Seth..Terus lupa kat bakal menantu cam Adam dengan Aidil -__-
Aku layan gak cite Nora Elena tu tapi ada gak episod-episod yang aku tertinggal. Drama ni buat kita tertunggu-tunggu untuk episod seterusnya. Bila aku dengar ramai sangat perempuan-perempuan tergila-gila Seth lakonan Aaron Aziz, aku rasa itu normal. Naluri wanita. Suka dimanjakan, suka lelaki romantik-romantik. Bagi bunga, tolong dukung sedangkan kaki terseliuh sikit je T__T
Tapi bagi aku, en suami aku lebih romantik dari Seth. Apa cebik-cebik,pukoi nak? :P
Aku bukan pompuan yang cair bila lelaki bagi bunga sekuntum, sebonet penuh pun aku tak cair.huh!!
Pada aku, bunga tu membazir. Bukan boleh makan, dah layu campak je dalam tong sampah *__*
Ya..aku bukan wanita yang comel-comel sebab aku tak suka bunga.
Definisi romantik dalam kamus hidup kawin aku lebih menjurus kepada perkara-perkara kebajikan yang dilakukan oleh pasangan. Sebagai contoh, en adha memang romantik tahap dewa sebab selalu sangat tolong sidaikan kain. Aku suka basuh je. Sebab senang kan. Masuk mesin, tekan-tekan pastu siap. Nanti dia akan datang tolong sidaikan. Lately ni, aku selalu basuh baju malam. Pagi sebelum g kerja, dia akan sidai. Aku balik kerja, dia dah tolong angkat sebab dia sampai rumah dulu. See...romantik tak ;)
Dalam sebulan, kami mesti akan shopping barang rumah. Selalu g beli sama-sama. But, sometimes en adha g sorang sebab cuti dia tak menentu. Kalau aku kerja, dia akan g beli sorang. Aku balik, semua ikan, udang, ayam semua dah siap siang and cuci. Dah simpan elok-elok dalam peti ais. Weehhhooo!!!Sejuk perut ibu mengandung
En adha adalah seorang yang sangat rajin. Dia memang bukan jenis lelaki yang balik kerja, tukar baju terus layan tv, main game macam dah takde hari esok. If dia rasa nak makan apa-apa untuk minum petang and aku belum sampai rumah lagi, dia akan goreng sendiri nugget, fries and buat air kopi. So, by the time aku balik aku just duduk and makan sama-sama sambil mulut pot pet cerita pasal ofis and dia just tadah telinga dengar..
Dia adalah peneman yang setia. If dia tak kerja, dia akan sentiasa ada dengan aku. Even aku dok melepak dengan BFF aku pun, sure dia ada walaupun hanya dia je berlainan jantina. So, apa-apa fesyen terbaru perempuan semua dia tau -__-. Kawan-kawan aku pun dah naik bosan tengok muka dia. Dah boleh slumberland wat lawak kasar. hahahah...
So, aku nak tanya, adakah perlu aku termimpi-mimpikan si Seth sedangkan aku ada lelaki yang berganda lebih baik dan romantik dari dia. Ayat nak puji suami ko tak hengat wei!!!. Mungkin ada yang rasa over sangat aku puji en suami aku . Siapa lagi nak puji suami sendiri kalau bukan isteri dia. Dari aku puji Seth baik aku puji en adha. Dapat gak pahala.^___^
Pada aku lebih baik kita hargai apa yang kat depan mata. Sayang orang yang sayang kita. Buat apa jeles-jeles dengan husband Nora Elena, sampai berharap nak suami jadi cam dia. Belum tentu akan dapat. Asyik dok puji-puji Seth, suami sendiri makan hati. Setiap orang ada kelebihan. Mungkin dia tak seromantik Seth, tapi rajin tolong wat kerja rumah, tak sekaya Seth tapi kaya budi bahasa. Ermmm...tapi Seth tu perogol kan? -__-
p/s: yang elok tu boleh jadikan pengajaran.Nama pun drama ;)
Penantian Berakhir ;P
Semalam telah pulang ke rumah lambat.Berdatingan dengan Yah di Jemari,Kelana Jaya.
Pukul 10 malam baru sampai rumah (katanya single kan.balik awal bukan ada orang kat rumah :( )
Lepas membasahkan diri dan bersolat,mata belum boleh terkatup.
Capai In-Trend yang cover Armani yang comel..baca dengan penuh kusyuk
TETIBA....
Aku dengar macam ada orang kat luar pintu bilik aku.Orang tu tengah try nak buka pintu bilik aku
CUAK OKEH!!!
Aku melompat dari katil pastu terus pergi dekat pintu sambil tangan dok pegang tombol dengan harapan dia tak bleh bukak..(tak sedar diri yang aku kurus melidi)
Sambil pegang tombol pintu,mata sempat jeling Hp aku.Otak terus terfikir nak call polis and kawan gemuk aku Yah..
At the same time,aku dengar bunyi kunci dari luar.Dalam otak dok fikir lagi mesti dia try kunci mana yang sesuai...
Memandangkan dulu aku pesilat kat sekolah (macam la ingat sangat kan buah-buah silat tu),aku dah nekad nk bukak pintu tu..Konon nak sepak layang je orang tu.KONON la kan..hahaha...
Sebelum aku buka pintu,aku telah terfikir idea untuk ketuk pintu tu sekuat hati untuk takutkan orang tu..Lepas aku ketuk pintu bilik tu
TETIBA..
Ada suara jantan sebut "sayang..sayang.."
Aku cam terkejut...kenapa suara penjahat ni cam suara suami aku.hahahahha..
Pastu suara tu bunyi lagi "sayang, ni hubby la"
Aku terus buka pintu terus nangis.Nangis??hahhaa..aku nangis sebab aku takut sangat
Aku takut and happy sangat pun ye juga...
Rupanya dia pun tak sangka dia dah boleh balik
Dia tak ketuk pintu bilik sebab takut aku dah tido.Tak nak kaco la kononnya.So,dia tengah dok cari mana satu kunci pintu tu.
Kalau dia tak panggil,memang masuk headline Metro,"Suami menjadi mangsa sepakan isteri" (+_+)
Yang peliknya,aku boleh tak dengar bunyi keta en adha yang macam motorbot tu..
Ooohh...sangat gembira dia dah balik
Rasa hilang semua masalah..
Dia pulang pada waktu yang tepat..
Syukur sangat
Petang ni nak balik kampung.Wedding along aku sabtu ni
Aku akan update sekerap mungkin and review perjalanan majlis along aku nanti ye..
Lastly,
Penantian aku dah berakhir ;P
Alhamdulillah...
p/s:harus menabung dari sekarang ;P
BILA NAK BALIK??
Hye semua...
Ada lagi ke readers kat blog aku ni?Sorry la semua,aku memang takde mood nak update apa-apa sekarang ni sebab en suami saya takde di sini sudah 2 minggu.Hidup rasa kosong ;(
En adha terpaksa ke offshore selama 3 minggu.Paling awal dia akan turun ke darat 27/3.Masa bujang dulu aku tak berapa kisah kalau dia nak g offshore even 2 bulan pun.Memang la ada rasa rindu tapi still ok.Tapi bila dah kawin ni hidup jadi tak tenang bila dia takde ;(
Before dia g haritu, en adha dah amanahkan aku untuk setel semua bil-bil rumah, kredit kad dll.Pergghhhh...blur aku tengok list tu mula-mula. Dia dah siap bagi semua no akaun yang patut aku masukkan. Aku memang tak suka bekerja dengan nombor, sebab tu aku tak jadi akauntan ;P
The best part is ATM card dia pun dia dah bagi.hahahhah...part tu aku suka.Silap-silap bil-bil aku tak bayar,duit gaji dia habis aku shopping..huhhhu..
Aku memang tak suka nak g bank beratur panjang-panjang untuk bayar bil-bil. Ada kawan aku cakap guna online je, maybank 2u.Masalahnya,gaji en adha dalam bank islam. Duit kereta dia bayar kat CIMB, keta aku kat Ambank, sewa rumah maybank dan urusan lain semua di bank yang berlainan.So,still aku kena g bank untuk wat suma tu.Sebenarnya tak susah mana pun.Tu semua alasan je..yang sebenarnya aku malas.huhuhuuh....
Aku terpaksa survive sendiri lepas ni..need to adapt with this situation. Lepas ni maybe dia akan ke offshore lagi. So,nak tak nak kena belajar untuk wat semua benda tu. Kadang-kadang aku terfikir kawan aku yang husbandnya kerja dengan kapal yang berbulan dok laut, boleh je dia survive.Aku yang baru 2 minggu en adha takde dah tak tenteram.aiiisssshhh....
Nak sedapkan hati,aku selalu cakap "takpe dia g offshore at least dia kat tengah laut tu memang akan kerja je, semua pun lelaki atas tu dari dia g outstation yang jumpa ntah sape-sape" (+_+)
Ohhh...along aku dah selamat jadi suami orang sabtu malam yang lepas. Sorry,aku takde gambar nak tunjuk sebab aku tertinggal camera kat rumah.Boleh terima alasan tertinggal camera??Kan aku dah cakap hidup aku agak huru hara sejak en adha takde.Sebab selalunya dia yang akan concern pasal camera tu.
Hari-hari doa semoga en adha boleh balik before hari sabtu ni sebab majlis abang aku akan diadakan kat Melaka untuk belah perempuan and 2/4 kat rumah aku plak. Tapi dari gaya email dia kat aku macam tak boleh je...ada task baru la apa la.Menyampah boleh tak??
But still bersyukur sebab bilik en adha ada internet connection, tapi hp memang takde la. So, boleh la email-email, chat kejap-kejap sebab dia keja on shift rotation. Takpe la, aku still boleh survive.Selamat la abang aku nak kawin, so family aku every week datang rumah aku. So, tak rasa sunyi sangat.
En adha,tolong balik segera sebelum saya habiskan semua duit gaji awak dalam bank tu. Balik darat saya nak MAC book air sebagai upah tolong bayarkan bil-bil kita tu ye ;P
p/s: duit banyak pun belum tentu boleh buat kita bahagia. saya hanya mahu en adha saya ;(
Bersendirian di Kuala Lumpur
As I mention on my previous entry, aku dah pindah ke KL.Reason why, owner rumah sewa aku tu nak jual rumah tu early this year. Just inform us on middle November, then nak suruh kosongkan early 2011. Nak mencari rumah sewa di Kemaman adalah cabaran yang getir nye kawan-kawan.
Before kawin haritu en adha hari-hari pusing 1 Kemaman nak cari rumah sewa.Lagi seminggu nak kawin baru dapat rumah. So,kalau nak cari rumah dalam masa sebulan memang tak mungkin. At last,we decided to move to KL since en adha maybe akan balik juga menetap di KL dalam bulan 6 ni.InsyaAllah...Buat sementara waktu,aku akan dok kesekoran di KL ;(
Akhirnya, kami sudah berjaya menemui rumah di Kuala Lumpur. Everything is last minit.Memang aku takde masa nak survey area rumah aku tu ada kedai ke, pasaraya ke,Giant ke etc.Lepas bayar deposit semua,awal bulan haritu aku dengan en adha pun basuh rumah. Thanks to Mala and Puza. I owe you something girls ;P
Sedih mengenangkan terpaksa meleburkan duit untuk perpindahan ni. Habis elaun sara diri December aku di sekat oleh en adha.Meleleh air liur tengok Handbag Paris Hilton Nad.hahahah...Yelar, deposit je 2+1.Lori nak hangkut barang aku yang maha banyak tu je dah almost 1k.Danngggg!!!!Terus rasa nak pengsan.Terus terbayang Coach Hobo Kristin Leather handbag berlari-lari cipan meninggalkan aku.hukhuk...
But,anyway aku dengan en adha tenang hadap semua ni.Still boleh gelak even kawan-kawan rapat keep asking kitaorang nak mintak tolong apa-apa ke.Allah tu Maha Adil.Dia takkan uji umat dia kalau dia tau hamba dia tak kuat.wahh..tazkirah petang plak.
Officially aku pindah masuk adalah 24 Jan haritu.Lori sampai pun dah malam.Dari Kemaman katanya.Aku g kerja esoknya,en adha sibuk mengemas rumah.Sampai je rumah semalam,aku dengan en adha berusaha kemas sikit-sikit rumah tu.Tengah malam buta pasang kuali astro.hahahha...Almost 3am baru kitaorang tidur.Terpaksa gak en adha pasang astro tu malam-malam buta sebab dia akan pulang ke Kemaman paginya.Haruslah aku meroyan kalau tak dapat tengok tv.
Pukul 5 pagi tadi en adha dah balik Kemaman.sob..sob..sob..Sedih-sedih pun,lepas je en adha gerak,aku terus sambung tidur balik.hahaha...Disebabkan melayan perasaan and feeling-feeling diva masa drive kereta,aku salah jalan g kerja harini.Bagus Adlyn!!!Syabas dan Tahniah diucapkan. ;P
Petang ni,aku tak tau apa nak wat.Kira macam ni adalah 1st time aku dengan en adha akan dok jauh after kami kawin.Even masa bercinta dulu aku tak kisah,but dah kawin ni memang rasa lain bila en adha takde.Rumah aku dah la 2 tingkat, 4 bilik plak tu..yang dok aku sorang.wawawawawawa...
Takmo sedih-sedih lor petang-petang ni.Kang aku sesat lagi nak balik rumah.Tu memang aku nangis dalam kereta.hahaah..Mau pulang sudah..Selamat pulang kawan-kawan ke rumah.Esok sambung kerja kembali ;P
p/s: aku suka kerja baru aku ;)
Chinta
Tidak diundang tak jua dipinta
Walau ku lari namun kau tetap datang jua
Kerana mu cinta tak mampu menahannya
Aku terus mencuba
Untuk lari dari cinta
Kerana perit terasa sengsara tanpa kata
Kerana dusta
Aku akan terus melangkah
Walau tanpamu oh cinta
Aku yakin akan adanya setia
Cinta kau luluhkan hati ini
Membuat segalanya indah
Walau sesekali menjengah tiba
Hanya menunggu saat dan tika
Kerana cinta
Terasa bahagia
Cinta
27
6 Bulan=Setengah Tahun
Perut Jauh ke depan~PJK~
Perut jauh ke depan???oohh..bukan mengandung ye.Penyakit yang paling en adha nak elakkan.heheh...Sebelum kawin lagi en adha agak berjaga-jaga tentang berat badan beliau.Dia agak pantang kalau ada orang tegur badan dia gemuk.Sure hati dia tak tenang.Kalau boleh dia nak g jogging time tu juga. Sebelum kawin gak,dah ramai yang sound-sound dia"alaa...adha tak yah la jaga-jaga badan.Dah kawin nanti sure badan naik punye.Aku bagi masa 3 bulan je"..gagagga...en adha aku punya reaksi senyum-senyum kambing je.Katanya,dia akan buktikan bahawa orang dah kawin tak kan gemuk bagai dikata.huhuhu...
After dah kawin,before aku move ke Kemaman, dia asyik pesan suruh aku bawa aku kasut jogging aku.Setiap kali disuruh ada je alasan yang aku bagi.Aku cakap tak tau kat mana letak la,hilang la..hehheh...Akhirnya,lepas seminggu aku dok kat Kemaman,dia bawa aku g beli kasut jogging baru.gagagga...Takde alasan lagi ;(
So, rutin terbaru aku lepas kawin every week akan g jog.En adha cuti hari Jumaat,so, pagi Jumaat mesti g jog.Lepas solat Subuh,kami akan g.wawawawa....aku sebenarnya bukan rajin sangat nak g.Aku pernah cakap,aku bukan gemuk pun nak kena jog,kalo g jog juga makin kurus la..hahaha...Jawapan en adha senang and mantap"tak semestinya jogging untuk kuruskan badan,jog tu untuk sihatkan badan gak"BAEEKK!!oooo...tak bleh lawan.Kang durhaka..konon isteri mithali la kan ;P
Tapi aku selalu je main ngelat.hahah...Aku tak pernah jogging lebih dari 2 round.Haahah...Kadang-kadang, 1 round je aku dah duduk kat tepi.Aku cakap aku sakit perut la, lapar la,pening la.huhuhu...jahat tak??weeii...tak larat.serius!!Dah la kat tepi taman aku jog tu ada gerai makan.Jog je kat situ,macam-macam bau boleh cium..nasi dagang la,nasi kerabu...uiiiii...tak bleh tahan.Semalam pun aku tak g juga. Mata aku macam kena gam.Tak larat nak bangun.Akhirnya,en adha mengalah.Dia g sorang-sorang.huhuhu...
En adha ni kalau dah jog,memang aku tak larat nak layan.Sure setengah jam punya.Tak tau bape round dia jog.Dulu masa aku kat UiTM Shah Alam,aku memang akan jog every week.Setakat jog 2 round kat tasik shah alam tu no hal la.Lagipun,time ni aku join adventure club, so stamina kena ada.Kang tak pasal-pasal pancit plak nak panjat gunung.Tapi masa sambung kat UiTM Dungun,aku dah stop jog sebab dah takde geng and kat sana takde adventure club.Sejak dari tu aku memang dah tak bersenam.
Buat masa ni,pada pandangan mata aku yang bulat ni,misi en adha untuk menepis tanggapan orang yang dah kawin akan gemuk terbukti tidak betul sebab en adha masih maintain seperti dulu.Malah lagi kurus dari sebelum kawin.Beliau menjadikan bapa mertuanya sebagai roll model.hehehhe..Memang betul pun..sebab babah aku memang kurus dari dulu sampai sekarang.Sebenarnya,aku tak kisah pun en adha tu gemuk ke kurus..sebab aku memang sayang dia sangat-sangat (*_*)
p/s:azam aku lepas ni,nak rajin-rajin g jogging.tapi tu azam tahun depan.bukan sekarang.hahahah..tapi tahun depan pun dah tak lama dah,betul x??;)
his mine
since dari mula aku wat blog ni,aku x pnh cite sape kah gerangan lelaki pojaan hatiku..hehehe..aku bg nama dia en adha.tp nama betul dia nooruladha (aku selalu kutuk nama dia cam pompuan ;P)...
both of us 1 sekolah masa kt teknik lebuh cator,ipoh.tapi aku x kenal pn dia.hehehe...sbb dia budak pandai,aku budak nakal..ni mmg terbukti..x boleh disangkal...huhuhu...tapi sbb jodoh,maybe kami dipertemukan..(cewahhh..ayat x bleh blah)..nnti aku wat entry lain cmne aku kenal en adha..
kami dh kuar dating2 almost 4 years since we declare in Oct'05..wahhh..sgt letih rasanye bercinta ni.lgpn,kami adalah pasangan PJJ terbaeekk..hehehe...kenapa aku ckp terbaek..sbb kami x pnh duduk dekat2.sumanye disebabkan tuntutan keja en adha..kejap kat lumut,t'ganu,miri..after this,do no yet..yee..saya pasrah ;( so,hopefully dah kawin nnti no more PJJ ye en adha..sy sudah x sanggup hokay..
But then,im still lucky kerna even kami psgn PJJ terbaek,relationship kami alhamdulillah went smoothly..semoga sumanye akan berakhir dgn ikatan yg sah.insyaAllah...
to my dear hubby..thanks for the love and care. love u always...