HELLO OKTOBER!!!
Berat Terkini
Rata-rata bila lepas bersalin je, mesti semua pun runsing pasal berat badan naik mendadak -__-''. Tapi kisah aku lain macam sikit. Masa 9 bulan pregnant haritu, berat aku 50kg. Siap kena sound dengan doc sebab berat aku macam tak naik sedangkan berat baby dah dah 3.3kg.
Lepas deliver, berat aku 47kg. Masa ni aku dah berazam lepas bersalin nak maintain berat badan aku at least 42kg. Tapi dalam masa yang sama, aku risau gile bila semua seluar jeans dengan baju aku semua sendat sana sini. Seluar aku mostly saiz 24 or 25. Lepas bersalin tu, semua tak muat okehh...Tetiba aku stress yang amat. Baru aku tau macamana perasaan orang bila seluar semua tak muat sebab lemak di sana sini. Waktu aku habis berpantang tu, nak raya plak. Tension kata ko!!. Terus buat muka kesian kat en adha suruh belanja seluar jeans baru.
Aku plak tak terfikir yang lepas bersalin ni badan akan mengembang and amik masa untuk mengecut balik. Aku ingatkan lepas je anak keluar, saiz badan pun terus kecik. Sangkaan aku meleset. Lagipun aku fully breastfeed, katanya kalau BF baby berat cepat turun.hohoho....Waktu berpantang haritu pun aku takde la over sangat pantangnya. Even ubat jamu Nona Roguy yang pil Pythonatal tu pun aku tak makan sebab takut susu jadi kurang. Time ni terus rasa nak kuruskan badan jadi macam before bersalin. Puas la en adha cakap berat aku dah ok and even better dari yang before. Sebab berat aku before ni pregnant 37kg je kot.hahaha...Ya..aku memang kategori underweight =___=
End up aku pasrah je dengan berat aku. Terus simpan semua levis-levis favorite aku. Tetiba, lepas raya haritu, aku rasa seluar jeans baru macam dah longgar. Keluarkan balik levis terus try and taadaaaa....dah muat!!!seronok kemain mak....hahaha...Until today, berat aku dah back to normal macam before delivery 38kg. Aku rasa aku memang susah nak naikkan berat aku. Berat aku memang camni sejak zaman belajar lagi. Nak ke 40kg tu pun payah. Masa pregnant tula first time aku tengok angka 50kg.
Masa pregnant haritu lagi, en adha dah pesan kalau berat aku over sangat lepas bersalin,dia suruh aku g jogging and jaga makan kalau nak kurus balik. En adha ni obses pasal berat badan ni. Dia tak suka kalau aku gemuk. Pastu pada dia, kalau nak kurus kena exercise and makan healty food. Takde makna la nak masuk london weight management ke hape..Tapi sekarang macam dah terbalik, lepas dah ada anak, dia plak yang gemuk.hahaha..mungkin sebab environment kerja dah tak macam dulu.
For me, biarlah berat macamana pun asalkan sihat. Alhamdulillah aku sihat and takde plak penyakit. Aku rasa untuk aku naikkan berat aku agak susah sebab aku dah memang baka kering-kering. Bapa aku memang kurus kering and tinggi sejak dari dulu hingga kini.So, aku percaya aku mewarisi berat badan babah.hehee...
Tapi at the same time, aku still berharap berat aku naik le sikit sebab sekarang ni nak dukung si budak gebob tu pun dah mengah. Baru 4 bulan kot. Sekarang ni pun berat dia dah dekat 8kg, lagi 2 bulan ntah bape agaknya....mau pengsan kot nak dukung. Bila tengok anak, orang mesti tak caye aku maknya.hehehe...
Mungkin ramai cakap aku bertuah tapi aku rasa tak gak sebab berat aku still underweight. Cuma bestnya, aku still boleh pakai baju saiz S, seluar saiz 24 or 25.hahaha..Mungkin juga sebab aku BF hadif antara penyumbang kenapa berat aku maintain. So sekarang aku dengan rasa tak bersalah makan je apa aku nak.Cuma lebihkan makanan berkhasiat untuk maintain milk production untuk Hadif. At the same time still kena paksa g jogging dengan en adha untuk kesihatan katanya. Sekarang teammate jogging dah tambah lagi sorang. Tapi dia main tipu sebab dia jogging atas stroller.hehehe...
Saya Masih Di sini ;P
Allah Maha Mengasihi-Rezeki diberi dalam pelbagai bentuk-
Lately ni ramai sangat kawan-kawan aku yang menerima berita baik.Happy dan tahniah untuk korang semua :D
Apa yang buat aku berfikir sejenak,Allah tu Maha Mengasihi.Selalu kita rasa bila dapat duit tu adalah rezeki.Tapi sebenarnya,rezeki ada macam-macam bentuk dan cara.Ini antara rezeki kawan-kawan aku
Disahkan preggy untuk 2nd baby even 1st baby tak sampai 6 bulan lagi~nanti boleh pinjam anak demok ko ye
From contract staff dah jadi permanent staff~susah betul kan kerja kat company telaga minyak sampai saman traffic pun nak check before confirm jawatan.
Dapat further study even umur dah tua~tak perlu accept kalau tak suka course tu.Buat apa yang kita suka :D
Akan move to her own house~bestnya dah beli rumah.Acara pemanasan rumah nanti jangan lupa jemput
Dapat kerja balik~Sesuka ko je kan kuar masuk company tu.3 bulan lepas ko quit,bulan depan masuk kerja balik.
Getting married soon~Selamat Pengantin Baru!!!
En adha pun ada dapat rezeki gak baru-baru ni.Tapi dia tak accept offer tu for some reason(kawan-kawan,plan kita yang gempak gile tu sudah cancel okeh!!).It's ok.Pada aku,jangan paksa diri kalau kita tak suka benda tu.Buat benda yang kita suka.
Aku tumpang gembira dengan rezeki mereka.Semua tu dianggap rezeki.Tuhan bagi sebab Dia sayang umatNya.So,kita harus bersyukur.Jangan plak ada sifat dengki bila ada orang bagitau kita yang dia terima rezeki.Suppose,kita tumpang happy dan berdoa orang tu bertambah rezekinya.InsyaAllah,rezeki kita akan muncul juga nanti.
Tak semestinya Tuhan tak bagi kita rezeki Dia tak sayang kita..Teruskan bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha untuk mencari rezeki.Aku ada terbaca petikan ayat ni,tapi dah tak ingat dari mana aku dapat