Assalamualaikum Dunia ^__^

7 comments


Assalamualaikum semua ^_^

Nama saya :- Adli Hadif B. Nooruladha
Tarkh Lahir: 24 Jun 2012 (7.03pm)- Normal Delivery
Berat:- 3.5kg

Alhamdulillah syukur our adlyn jr dah lahir ke dunia. Proses bersalin yang dipermudahkan oleh-Nya. Hanya 3 jam keluar lah si comel tembam ni *___*. Syukur sangat-sangat.
Banyak aku nak share nanti, pengalaman bersalin, berpantang, anak kena jaundice ;(
Ada masa nanti aku share ye.


p/s: yang mana EDD lebih kurang aku, korang dah bersalin ke?dah lama aku tak buka blog...

Jubah untuk Hari Raya

0 comments

Korang dah shopping untuk raya ke?
If rasa nak nak pakai jubah yang contemporary & chic, boleh la tengok kat page business aku






Banyak lagi baju-baju lain untuk dipilih. Boleh tengok and silalah like page business saya tu ye


^______^

p/s: baby belum nak keluar lagi ;)

Masih Menghitung Hari

6 comments

Lamanya tak berkarya kat sini sampai ada yang tanya aku dah bersalin ke ;P
Belum lagi ye kawan-kawan. Adlyn jr masih seronok dok dalam perut mama dia. Perkembangan terbaru after last check-up selasa lepas, kata doc kepala baby dah engage kat bawah. Anytime akan keluar. Terus rasa berdebar-debar.

Sekarang ni pun pergerakan aku dah agak terbatas. Nak berjalan pun sakit. Kat celah kangkang aku memang perit. Kadang-kadang boleh rasa macam kepala baby tolak-tolak kat bawah tu.huhuhu....Tidur malam pun memang dah tak lena. Nak pusing kiri kanan pun sakit yang amat. Lastly, aku memang tak tidur pun. Semenjak dah tak g kerja ni, aku bantai tidur siang. Heaven giler ^___^

Aku memang dah dah tak g kerja dari Isnin lepas. So, last week memang aku busy and very hectic week bagi aku. Nak handover semua kerja kat orang yang akan ganti aku. Ingat dah setel la last week, budget boleh relax-relax kat rumah minggu ni tapi sangkaan aku meleset. Even until today, hp aku tak stop-stop bunyi. Semua call dari ofis. Tension wei...Semalam aku silent hp, tak reply msg.haahhahha...Pastu dah semua ingat aku dah warded plak..adoii la..-____-

Bila ada yang tanya aku takut tak nak bersalin, aku tak tau nak jawab apa. Benda baru kan..aku tak tau nak expect apa. Just berdoa semoga semuanya dipermudahkan. Aku rasa macam minggu depan je adlyn jr nak kuar.hehehhe...Tak sabar pun ada. En adha hari-hari tanya bila dia nak keluar. Soon ye hubby....InsyaAllah..

p/s: rezeki yang tak disangka kami terima even baby belum lagi keluar. Terima kasih ya Allah ;P